Sunday, April 28, 2013

Donut Gebu ....

 
Bahan-bahan
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega-dalam 2 sudu besar
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
 
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.

Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

kek kukus coklat cheese ............


Bahan-bahannya
1cawan gula*
1cawan susu cair *
1cawan koko*
1/2cawam susu pekat*
1cawan minyak*
bahan diatas campur semuanya dan masak atas api dan kacau sampai sebati siap tutup api serta ketepikan biar sejuk

Bahan B
3biji telur (A)

Bahan C
1cawan tepung naik sendiri

Cara-caranya
Pukul bahan B sampai kembang dan gebu , masukkan dlm bahan A kacau sebati, masukkan bahan C kacau sampai sebati dan boleh lah dikukus separuh dulu(AIR MESTILAH DIMASAK DULU ) Loyang hendaklah disapu majerin serta dialas kertas nak kukus dalam bekas kecil-kecil pun boleh jugak .Sementara tunggu masak sediakan cream cheese..

Bahan-bahannya
250gm cream cheese
60gm gula castur
25ml air biasa
25gm tepung gandum
1biji telur

Cara-caranya: pukul bahan diatas kecuali telur sampai kembang dan gebu , masukkan telur dan pukul lagi siap bila bahan coklat dah masak masukkan cheese sampai habis , kukus lagi sampai masak siap masukkan baki coklat tadi dan kukus lagi sampai masak dah masak tunggu sejuk baru dikeluarkan dari loyang.

KEK KUKUS AISKRIM .........

 
 
 Bahan-bahan:-
10 biji telur putih je(ukur bg dapat 2 cawan kopi )+garam sedikit
1 SB Ovellette
*250 gm gula*100 gm Tepung Gandum
*175 gm Tepung Hong Kong
*1 SB Susu Tepung
1/4 gm buttercup(250g) dicairkan
1 penutup "butter oil"/ essence vanilla
*kukus selama 40-45 mins

Cara-caranye:-
1- pukul telur+ ovellette hinga kembang (agak2 dlm 3 min)
2- masukkan bahan2 yg bertanda *(pukul dlm masa 2 min)
3- masukkan butter yg tlh dicaikan dan sedikit butter oil..
4- siap utk dikukus...

Wednesday, April 24, 2013

Homemade Marble Ice-cream(rainbow version) ........

 

Resepi : Homemade Marble Ice-cream(rainbow version)
Oleh:Nur Honney Robbi
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan:

1 tin susu pekat manis (saiz kecil tu je)
2 tin air masak(sukat guna tin susu)
1 sudu besar ovallet
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko (honney guna perasa coklat)
Pewarna merah jambu(honney guna sedikit pewarna ibu sirap)
Sedikit perisa strawberry

Cara-caranya:
-Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
-Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
-Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
-Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu
-Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla
-Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan
-Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian
-Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla)
-Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry)
-Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat)
-Pastu boleh le dicorakkan aiskrim macam marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis
-Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais
-Bila dah beku/keras boleh la dinikmati.(disarankan aiskrim tu dibekukan semalaman)

yummy...

-SELAMAT MENCUBA-

 Bahan-bahan:

1 tin susu pekat manis (saiz kecil tu je)
2 tin air masak(sukat guna tin susu)
1 sudu besar ovallet
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko (honney guna perasa coklat)
Pewarna merah jambu(honney guna sedikit pewarna ibu sirap)
Sedikit perisa strawberry

Cara-caranya:
-Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
-Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
-Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
-Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu
-Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla
-Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan
-Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat
-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian
Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla)
-Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry)
-Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat)
-Pastu boleh le dicorakkan aiskrim macam marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis
-Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais
-Bila dah beku/keras boleh la dinikmati.(disarankan aiskrim tu dibekukan semalaman)

Sunday, April 14, 2013

Roti Jala .........

 
 
 
 
Bahan-bahan:
1. 3 cawan tepung gandum
2. 2 1/2 cawan santan/susu cair/susu kotak
3. 1 biji telur
4. 2 1/2 sudu besar minyak masak/minyak sayur
5. 1 sudu teh garam
6. sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Kisar semua bahan sehingga sebati.
2. Perap selama 20-30 minit.
3. Gunakan kuali non stick untuk menjala dan masukkan ke dalam bekas acuan roti jala.
3. Gunakan api kecil sahaja dan biarkan beberapa saat.
4. Angkat dan terus di gulung.
5. Bila dah habis menjala bolehlah di makan bersama kari ayam.

p/s kalau pakai santan rasanya lain sikit..resepi yang ni memang tahan lama..tetap lembut bila di makan. Boleh di makan bersama serawa/kuah durian ataupun kuah kari.

Wednesday, April 10, 2013

Cara-cara Mengawal Nafsu Makan ...........



Cara-cara Mengawal Nafsu Makan


Semua orang mempunyai nafsu makan. Nafsu makan ini yg menjadikan salah satu kenikmatan hidup jika tuntutan nafsu makan dapat ditunaikan. Namun jika nafsu terlalu diikutkan bakal memberikan kemudaratan pada kesihatan diri seperti obesity. Terdapat beberapa cara yg boleh membantu dalam pengawalan nafsu makan:

1. Utamakan minum air 

Minum air sebelum makan makanan berat. Minum air selalu (not less than 2 Litre) akan membuatkan anda sentiasa kenyang, membantu untuk mengurangkan pengambilan makanan dan minuman manis. Minum air sentiasa akan memudahkan penghadaman, memudahkan pembuangan air kecil dan besar.


2. Makan buah sebelum makan makanan berat

Adalah lebih baik jika didahulukan dengan memakan buah sebelum mengambil sebarang carbohydrate, kerana ia akan memudahkan proses penghadaman berlaku, malah membantu utk mengurangkan pengambilan calorie dlm makanan berat.


3. Kurangkan makanan dan minuman manis

Makanan dan minuman manis akan menaikkan kadar insulin, yg akan mengakibatkan anda cenderung untuk makan lebih. Makanan dan minuman manis selalunya mempunyai calorie yg tinggi, dan menjadikan anda lebih bernafsu untuk makan lebih.


4. Mengunyah berulang kali

Anda perlukan masa 20 minit untuk merasa kenyang. Untuk mencapai 20 minit, kurangkan pengambilan makanan dan mengunyahnya sehingga berulang-ulang kali. Setelah 20 minit, akan mencapai mesej pd perut telah merasa kenyang. Kunyah berulang kali juga elok untuk penghadaman yang bagus. Sebaik-baik mengunyah adalah sebanyak 40 kali.


5. Tekanan menjurus memakan berlebihan


Untuk mengawal nafsu makan, elakkan diri daripada merasa tekanan. Hal ini kerana tekanan diri boleh mengeluarkan hormone Cortisol yg mempengaruhi kenaikan insulin dan selera makan.  Anda boleh melepaskan tekanan dengan melakukan senaman aktif yang menghiburkan.



6. Makan makanan bersumberkan protein

Memakan protein lebih mengenyangkan. Ia boleh membantu dalam pengawalan nafsu makan kerana protein juga terdiri daripada makanan yg enak. Tapi sebaiknya adalah sumber protein yg original supaya dapat mengelakkan daripada pengambilan calorie berlebihan dan lemak tepu. Contohnya, ayam.