Sunday, January 13, 2013

Daging masak hitam .......

1/2kg daging -potong nipis
5biji bwg merah *
3 ulas bwg putih *
1 inci halia *
2 btg serai *
10 biji cili kering *
8 sudu besar kicap pekat*
2 sudu besar sos tiram *
2 sudu besar sos tomato*
- blend semua bhn *
Minyak utk tumis
2 tangkai daun kari
1 btg kayu manis
5 biji buah pelaga & cengkih
Garam & air secukupnya

1. Panaskan minyak, tumis daun kari, kayu manis, pelaga & cengkih
2. Masukkan bahan yg diblend. Biar masak kejap & mendidih
3. Masukkan daging & air. Kacau jgn bagi hangus, Masak sampai daging empuk
4. Rasakan dgn garam
5. Kalau nak byk kuah, tambah air lagi sikit & biar pekat.

KRIM PUFF ..........

Photo: KRIM PUFF
Oleh: Muza Muzawati

Untuk Puff:
250gm butter
4 1/2 cawan air
12 auns tepung gandum
4 biji telur (Gred A)

Untuk Kastad:
1 biji telur
1 tin susu cair
6 sudu besar gula
1 tin air
6 sudu besar tepung kastad

Puff:
Masak butter dengan air sehingga butter cair.
Masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi doh atau tepung tidak melekat pada periuk.
Sejukkan seketika, kemudian masukkan telur satu persatu. Kacau rata.
Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celcius, selama 30 minit.
Kastad:
Satukan semua bahan, masak dengan api sederhana sehingga pekat.
Potong puff dan isikan kastad ke dalam puff.

Selamat Mencuba! :)

Wednesday, January 9, 2013

APAM MODEN ..........

 BAHAN A:
1/2 cwn gula (bole gantikan cawan dgn gelas atau mangkuk..jika besar sukatan cawan, adunan lbh bnyk)
1/2 cwn air..
*masak gula sehingga perang dan campurkan dengan air..masak sehingga gula larut(bole masukkan daun pandan tuk lebih wangi)...angkat dan sejukan..

BAHAN B:
2 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 s/k soda bicarbonat
1 s/k esen vanilla
1 cwn gula pasir
1 cwn susu cair..

CARA2: 
Pukul telur dan gula sehingga kembang n gebu(blender je)..masukkan susu cair dan esen vanila...blender sbntr...
masukkan tepung yg telah diayak bersama soda bicarbonat..kedalam mangkuk dan tuangkan adunan yg telah diblender sedikit2 sambil dikacau rata dan sebati...
masukkan bahan A dan dikacau sehingga sebati
masukkan adunan dlm loyang yg telah disapu minyak@majerin...
panaskan kukusan dahulu...
siap bole lah dikukus selama 45 minit - sehingga masak.

Monday, January 7, 2013

Taufu Fah ........

Bahan2
250gram Kacang soya
2liter air
2sudu besar tepung jagung
1sudu kecil GDL/sekko
1cawan air suam (200ml)

Untuk buat gula
2cawan gula merah
1cawan gula
3cawan air
(sukatan ini ikut cara sendiri pun boleh)
 
 Cara membuatnya :
1.rendam Kacang soya dalam 6 jam atau seeloknya semalaman.
2.kisar Kacang soya dengan 2 liter air,kemudian tapiskan.(guna tapis teh atau kain)
3.masak Kacang soya dgn api perlahan Dan Kacau sehingga panas.(jgn Sampai mendidih,nanti tumpah pula)
4.sementara tunggu soya Masak,bancuhkan air suam+GDL+tepung jagung sehingga larut.
5.gunakan periuk yang tak kuar wap seperti periuk nasi.(saya guna periuk nasi),tuang bancuhan tadi dalam periuk itu.
6.last sekali bila soya tadi agak2 panas,tuang ke dalam periuk tadi Dan Tarik tinggi2.(jangan tinggi sangat).jangan Kacau tau.terus tutup periuk tu.tunggu 1 jam baru buka.
7.sementara tunggu tau fufah siap,buat lah air gula.
8.masukkan kesemua bahan air guna Dan Masak hingga larut.
8.akhir sekali selepas 1 jam boleh lah buka periuk yang isi taufu fah tadi.dah siap.
9.boleh lah makan.

Tips:pasti kan periuk itu tak ada lubang yang boleh keluar wap.

GDL atau SEKKO boleh beli kat kedai Kek.kalau tak tahu, Tanya lah penjual itu.

Nak guna daun pandan masa Masak Kacang soya pun boleh.bagi wangi sikit.

Resepi taufu fah
Oleh: Sharifah Annis wafa (resepi shj)

Bahan2
250gram Kacang soya
2liter air
2sudu besar tepung jagung
1sudu kecil GDL/sekko
1cawan air suam (200ml)

Untuk buat gula
2cawan gula merah
1cawan gula
3cawan air
(sukatan ini ikut cara sendiri pun boleh)

Cara membuatnya
1.rendam Kacang soya dalam 6 jam atau seeloknya semalaman.
2.kisar Kacang soya dengan 2 liter air,kemudian tapiskan.(guna tapis teh atau kain)
3.masak Kacang soya dgn api perlahan Dan Kacau sehingga panas.(jgn Sampai mendidih,nanti tumpah pula)
4.sementara tunggu soya Masak,bancuhkan air suam+GDL+tepung jagung sehingga larut.
5.gunakan periuk yang tak kuar wap seperti periuk nasi.(saya guna periuk nasi),tuang bancuhan tadi dalam periuk itu.
6.last sekali bila soya tadi agak2 panas,tuang ke dalam periuk tadi Dan Tarik tinggi2.(jangan tinggi sangat).jangan Kacau tau.terus tutup periuk tu.tunggu 1 jam baru buka.
7.sementara tunggu tau fufah siap,buat lah air gula.
8.masukkan kesemua bahan air guna Dan Masak hingga larut.
8.akhir sekali selepas 1 jam boleh lah buka periuk yang isi taufu fah tadi.dah siap.
9.boleh lah makan.

Tips:pasti kan periuk itu tak ada lubang yang boleh keluar wap.

GDL atau SEKKO boleh beli kat kedai Kek.kalau tak tahu,Tanya lah pen jual itu.

Nak guna daun pandan masa Masak Kacang soya pun boleh.bagi wangi sikit.

Selamat mencuba! :)