Monday, September 30, 2013

Milo & Oreo Jelly (Agar-Agar Milo Lapis Oreo) ~


  Makes: 8" square

INGREDIENTS:

1 packet / 10g Jelly Powder (Agar-Agar Powder)
750ml Water
160g Sugar
1 can (400g) Evaporated Milk
3/4 cup Milo Powder
1 pack (137g) Oreo Cookies - break into small pieces but keep the sandwich togethe
METHOD:
1. Place jelly powder and water in a pot & cook until jelly is dissolved.
Add in sugar & cook until sugar is dissolved.
Add in milk, stir well & off fire once boiled.



 

 METHOD:
1. Place jelly powder and water in a pot & cook until jelly is dissolved.
Add in sugar & cook until sugar is dissolved.
Add in milk, stir well & off fire once boiled.


2. Separate 2 cups of the mixture into another pot & add in Milo powder.
Stir well until milo is dissolved.

3. Pour 1cup of Milo mixture into a square container and let the remaining half warm up on smallest fire.
Let it set slightly on surface before pouring another layer.
Pour the plain mixture on top.
Sprinkle oreo cookies & let is set on the surface.
Pour the remaining milo mixture.

4. Let it set completely at room temperature before chiiling it in fridge.
Serve cold.

TIPS FOR LAYERING:

a. Do not wait until the layer is completely set before pouring the next layer, or else it will not stick. If happened, scratch surface with fork before pouring the next layer.

b. Make sure the mixture is still hot when pouring on the earlier layer so that it will stick well


Tuesday, September 24, 2013

The Ultimate Painkiller. .

APAM PURI ...........

 
 
 
KULITNYA
2 CWN TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR
1 PEKET YIS
4 CAMCA TEH GULA
2 CWN AIR
GARAM SKIT
PEWARNA KUNING

SEMUA BHN NI BLENDERKN AJE DN PERAP DLM 5 MINIT

INTINYA PULA

1 CWN TEPUNG GANDUM
2 CAMCA BESAR TEPUNG KASTAD
1 CWN GULA
3 CWN AIR
WARNA KUNING

KACAU ATAS API SAMPAI LIKAT

Tuang adunan tu mcm kite wat pancake..tp jgn terbalikkan..masak smpai permukaannyer kering, angkat, pastu letak inti macam kuih karipap..tekan2 tepinye bg melekat.
 
 
.............................................................................................
 
 
Bahan-bahannya
1 cwn tpg gandum
1 cw air
½ cwn susu cair
2sb gula halus
1/2sk yis mauripan
1/2sk eno (paket biru)
1/2sk pest pandan
Secubit garam
                                                                    Pewarna disukai


CARANYA
Tepung diayak dulu dan satukan dengan gula, garam & susu cair
semua bahan gaul rata letakkan yis kacau rata
tutup adunan dgn plastic rap dan perap selama 1 jam
Selepas 1 jam adunan akan berbuih campurkan eno tadi dan kacau rata
Diatas kuali non stick letakan minyak sikit tuang 1 senduk adunan dan dilayangkan atas kuali spt kueh dadar
Acuan karipap sapukan sikit minyak (supaya x melekat)
Letakkan dadar atas acuan karipap letak intinya dan tekan, siap..!


INTINYA
1 biji kelapa parut
Gula merah/gula melaka/daun pandan
Kacau atas api hingga kering

Friday, September 20, 2013

NASI AYAM MUDAH

 
 
 
 1st step:
-1ekor ayam(siap potong) d rebus dgn 2kiub ayam & 2"halia..
-asingkan ayam & air rebusan

2nd step:(Resepi Nasi)
Bahan2:
-4cwn beras(cuci,tos)
-2sudu makan marjerin
-garam
-5cwn air rebusan ayam
-1kiub ayam
-1btg serai(titik)
-penumis(1kkm,3bg lawang,2pelaga,3cengkih)

Bahan blend:
*1"halia
*4ulas baw.putih
*1bj baw.besar

Cara2:
-panaskan marjerin
-tumis bahan blend,penumis&serai sampai wangi
-masuk beras,gaul sebati
-masuk air rebusan,kiub& garam.kacau
-tutup periuk.masak mcm biasa
-Bila nasi agak kering..kacau supaya nasi x melekat..
Siap
Selamat mencuba
 Step 3:(Resepi Ayam)
Bahan2:
-Ayam yg d rebus td
*2"@3"halia
*1/2labu baw.putih
(bahan* dblend)

-garam
-kicap manis
-madu

Cara:
-gaul ayam dgn bahan blend,kicap,garam&madu
-perap kejap
-goreng dlm myk panas..api jgn kuat
Siap
Selamat mencuba

Step 4:(Resepi Sambal Nasi Ayam)
Bahan2:
*4btg cili merah
*1bj tomato
*4ulas baw.putih
(bahan * dblend)
 -garam
-gula
-1"halia(ketuk)
-1kiub ayam

Cara:
-tuang bahan blend dlm kuali
-masuk halia,garam,gula,kiub
-biar didih
Siap

Step 5:(Resepi cili kicap)
Bahan2:
-4bj cili api
-gula
-kicap manis kipas udang
-air rebusan ayam(agak2)

Cara2:
-Blend semua bahan sebati
Siap

Step 6:(Resepi sop)
-air rebusan td cuma tambah garam
-bleh tambah carrot,kentang klu suker
-tabur daun sop
Siap
Selamat mencuba

Friday, September 13, 2013

Buah Melaka (onde-Onde)

 
 
Bahan-bahan;-

2 cawan tepung pulut
Gula melaka diracik/disagat
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
3-4 helai daun pandan + 1 cwn air (diblend sekejap saja)@ gunakan pes pandan
Kelapa parut secukupnya (ambil putihnyer sahaja)

Cara:
1. Campurkan tepung pulut,garam dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air jus pandan supaya adunan tidak terlalu lembik dan melekit.
3. Jika adunan melekit, tambahkan tepung pulut sedikit demi sedikit dan gaul lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan.
4. Buat kepalan sebesar atau sekecil saiz yang disukai dan bulatkan. Kemudian lubangkan di tengah-tengah dan masukkan inti gula melaka tutup kembali menjadi seperti bebola.
5. Didihkan air yang banyak dalam periuk.
6. Setelah air benar-benar mendidih, masukkan adunan bebola tadi ke dalam periuk dan tunggu sehingga timbul.
7. Angkat dan bolehlah di golekkan atas kelapa parut yg telah telah digaul dgn sedikit garam dn di kukus sebentar.

PAU GEBU ...........

 
 
DOH:
 
2 1/2 cwn tp. gandum
3/4 sdt yis kering
1/2 sdt b/ powder
4 sdm gula castor
1 sdm lemak sayuran(shortening)
1 sdt bread sofener(saya guna Bread Improver)
1/2 cwn air suam
 
 
Caranya
 - masukkan tpung,yis,b/ powder,bread improver dlm bekas
- gaul rata &masukkn air suam sedikit2
- masukkn shortening.,uli lagi hingga doh licin/ x melekat
- rehatkan DOH 20 minit
- bhgi:kn DOH @ bulat2kan
- masukkn INTI KELAPA & bulatkan kemas2
- letakkan PAU diatas paper cup & susun dlm pngukus.
- biarkankn PAU 45mnit dlm pengukus(biarkan ia naik dulu)
- kukus 10 minit(pastikan air pengukus dah mndidih dulu..yer..)

**utk PAU yg lembut dan gebu ; air mesti betul2 panas

Thursday, September 12, 2013

Kek coklat kukus moist ...........

 
 
Bahan A
1 cwn gula pasir
- saya guna 1 cwn gula perang coz bnyk stok gula perang kt umah
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat - saya cuma guna 1/2 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak


Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
- guna sudu kecik KFC
* ayak bahan B sebanyak 3 kali


Bahan C
4 biji telur Gred B - blend hgga kembang/ berbuih

Cara2
1. Satukan semua Bahan A dlm periuk. Masak atas api perlahan. Kacau selalu. Masak hgga semua larut & sebati. Bila dh mendidih ckit, bleh la tutup api. Ketepikan & biarkn sejukMasak Bahan A atas api perlahan
2. Panaskn periuk kukusan
3. Masukkn Bahan B & Bahan C ke dalam Bahan A scara berselang-seli. Kacau sebati setiap kali bahan dimasukkn. Tapiskan adunan jika nampak berketul2. Masa buat ni sye tapis adunan tu. Tekstur kek pn jd cantik. Adunan mmg agak cair
Masukkn tepung. Kacau sebati
Masukkn telur. Kacau sebati lagi.
Buat selang-seli hgga telur & tepung abis
dimasukkn dlm mangkuk adunan coklat
4. Masukkn adunan ke dlam loyang yg telah digris ngn mentega/marjerin & telah dipanaskn terlebih dahulu. Tutup loyang ngn aluminium foil. Klau xde aluminium foil, penutup kukusan kena la balut ngn kain bersih supaya air x menitik atas kek semasa proses mengukus. Kukus selama 1 jam
5. Bila kek dh masak, bleh la angkat & Topping tuk kek ni
Coklat masakan + susu cair + butter ckit. Masak atas api kecik hgga sebati. Biar agak sejuk baru tuang atas kek..

Bleh gak guna resepi ni..1 cwn serbuk koko1 cwn susu pekat manis1-2 sudu teh serbuk nescafe 3 in 11/4 cwn minyak1/4 cwn susu cair- masukkn semua skali dlm periuk & masak atas api perlahan hgga semua sebati. Pastu rasa sndri, apa2 yg kurang bleh tambahkn.. adjust ikut suka. Sukatan ni pn kdg2 sye x ikut sgt pn..
Selamat mencuba

Tuesday, September 10, 2013

Puding Roti Karamel Lapis Coklat ........

 




Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
  • 3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis
  • 7 keping roti gardenia – dicarik-carik
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar tepung jagung (optional)


 Cara-caranya ialah:
  1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
  6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.
  7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
  8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan.

Kek Coklat Cheese Kukus ..........


 
 

Bhn2 utk lapisan kek coklat:

1 cwn gula
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
3 biji telur (pukul smpi kembang n gebu)
1 cwn tpg naik sendiri
 Cara penyediaan:
1.Campurkan semua bhn di atas kecuali telur dan tpg naik sendiri. Masak atas api yg kecil.kacau sebati.bila da masak, ketepikan dan sejukkan.
2. Bila dah sejuk, masukkan telur yg dipukul.kacau sebati.kemudian masukkan tpg naik sendiri. Kacau lg smpi sebati.
3. Tuangkan separuh adunan td dlm loyang dan kukus sehingga separuh masak.
Sementara tunggu ia separuh masak, sediakan cream cheese.

Bahan-bahannya:
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
25 gm tpg gandum
25 ml air
1 bj telur

Cara:
Campurkan smua bhn kecuali telur.pukul smpi kembang n gebu.kemudian masukkan telur, pukul lg smpi kembang n gebu.!

4. Bila lapisan coklat td dah separuh masak, tuangkan bancuhan cream cheese ke atasnya.kukus smpi masak.
5. Tuangkan baki adunan kek coklat utk lapisan atas setelah cream cheese td dah masak.kukus lg smpai masak.

Friday, September 6, 2013

PANCAKES MAYONIS


 
 
 
Bahan2 :
3/4 cwn tepung naik sendiri ( tepung gandum pun x pe)
1 camca teh baking powder (tambah 1 camca teh lagi kalau guna tepung gandum)
1 biji telur
11/2 camca besar gula halus
30 gm mentega, dicairkan (boleh ganti dgn 1 sudu besar minyak masak)
1 camca besar mayonis
1 cwn susu segar/susu sejat/susu tepung + air
1/2 camca teh esen vanila ( boleh ganti sebarang perisa cth strawberi emelco)
secubit garam

Cara:-
Ayak tepung dan satukan semua bahan dan blender je...tuang adunan dlm bekas kemudian rehatkan 20 minit.. masak atas kuali yg telah di sapu sikit saje minyak dgn api yg kecil agar pancake masak sekata. Kl guna kuali non stick x perlu sapu minyak.

Monday, September 2, 2013

Apam Marble Mitsuya Cider ( Aiskirm Soda atau Sprite) ..........





Bahan-bahan

150gram tepung gandum  (1 1/2 cwn)
3 biji telur
90gram gula  (1/2 cwn)
1 penutup (2 sudu kecil)  esen vanila
100ml air mitsuya cider atau aiskirmsoda atau sprite
sedikit pewarna hijau
2 sudu kecil baking powder


Cara-caranya
1. Ayak tepng gandum bersama baking powder, ketepikan, kemudian telur di asingkan putih dan kuning nye, pukul putih telur hingga berbuih sedikit, selepas itu masukkan separuh kuantiti gula, pukul lagi sehingga putih telur menjadi kental (meringue), ketepikan.

2. Selepas itu pukul kuning telur bersama baki gula hingga kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan air mitsuya cider, gaul mengunakan spatula ataupun senduk kayu, masukkan pula esen vanila, gaul sebati, akhir sekali, adunan meringue (putih telur) di bahagi tiga bahagian, dan masukkan satu bahagian meringue di dalam adunan tepung tadi, ulang langkah tadi sehigga adunan meringue habis, pastikan meringue sebati dalam adunan tepung.

3. Adunan di bahagia 2 bahagian, satu bahagian biarkan warna asal dan satu lagi diwarnakan dengan warna hijau, masukkan beberapa titik pewarna hijau dan sedikit pandan emulco ( pandan emulco ni kalau takde pun takpe), sediakan loyang, alas loyang bulat dengan baking sheets ( kertas minyak) sapukan keseluruhan loyang dengan sedikit minyak,  sendukkan satu bahagian adunan asal di dalam loyang dan letakkan satu lagi senduk adunan hijau di atas adunan warna asal, selang selikan adunan, ulang langkah tadi sehingga adunan semua habis.

4. Panaskan Pengukus, biarkan air kukusan mendidih,  Tutup loyang bulat dengan alumunium foil ataupun baking sheet, kukus apam marble selama 40 hinga 45 minit ataupun sehingga apam marble masak, cucuk dibahagian tengah apam dengan menggunakan lidi sate, jika tiada adunan yang melekat, maknanye apam marble sudah masak.

5. Setelah masak, keluarkan adunan dari loyang bulat dan sejukkan, potong dan sedia untuk dihidangkan, boleh juga dimakan bersama kelapa parut ataupun dimakan begitu sahaja, Selamat Mencuba.

Kek Lapis Pelangi


 
 

Bahan-bahan:
6 biji telur
2 biji kuning telur
250 gram gula kastor
½ sudu teh esen vanila
½ sudu teh garam
1 sudu teh ovalette
175 ml santan KARA - ditambah dengan sedikit air
200 gram tepung kek

Pewarna:
Ungu, biru gelap, biru laut, hijau, kuning, orange, merah.

Loyang 22 x 22 x 8 cm yang digris dengan mentega dan alas dengan kertas minyak dan gris lagi. Taburkan dengan sedikit tepung nipis-nipis.
Panaskan periuk kukusan hingga air mendidih.

Cara-cara :
1. Pukul telur, kuning telur, gula kastor, garam, ovelette dan esen vanila hingga kembang dan gebu kira-kira 5-6 minit. Masukkan tepung kek sambil diayak secara sedikit-sedikit dan kacau rata.
2. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
3. Bahagikan adunan menjadi 7 bahagian. Dan setiap bahagian lebih kurang 130gm dan diletak pewarna yang berbeza.
4. Tuang adunan pertama warna ungu ke dalam loyang, dengan api perlahan kukus selama 10 minit. Tuang adunan kedua warna biru gelap kukus selama 10 minit. Buat hingga adunan seterusnya dan kukus yang akhir selama 20 minit hingga masak. Angkat.
5. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang.
 
...........................................
 
 


Kek Lapis Kukus Velvet Haw Flakes



Bahan-bahannya:-

5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sudu kecil rata baking powder*
1 sudu besar ovalette
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna ikut suka (saya guna hijau, merah dan kuning macam traffic light..hahaha..)
haw flakes (letak le secukupnya)

Cara-caranya:-

Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.

Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan saya ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Puding Trifle .........

 
 
 
Bhn A:
2 biji putih telur
20 g gula halus

Bhn B:
40g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
20g gula halus
3 biji kuning telur
1 sudu teh ovalette
1/2 sudu teh vanilla
25 ml air
25 ml minyak jagung

Cara membuatnya:

Putar bahan A hingga kembang. Ketepikan
Putar bahan B kecuali minyak hingga pekat. Masukkan minyak dan putar hingga sebati.
Kaup dan baikkan adunan A ke dalam adunan B.
Ratakan dalam tin pembakar dan bakar pada suhu 180 darjah hingga masak...
Bila kek tlh sejuk potong kepada bentuk kiub dan susunkan ke dalam bekas yg sesuai...sebaiknya guna bekas kaca...kalau nak bt 2 layer macam saya bt, susun separuh jer dulu kek td dlm bekas...

 
 
Lapisan kastad:

1 cawan gula (kurangkan kalau tak suka manis)
1/2 cawan tepung jagung
1/4 sudu teh garam
3 cawan susu yg dipanaskan
3 biji kuning telur - pukul sedikit
1 sudu teh vanilla

Cara membuatnya:

Satukan susu, gula, tepung jagung, dan garam. Kacau atas api sederhana hingga mendidih. Biar mendidih selama 2 minit sambil dikacau selalu.
Angkat dari api dan masukan setengah adunan ini ke dalam kuning telur. Kacau. Masukkan kembali adunan yg bercampur kuning telur ke dalam periuk bersama baki adunan kastad tadi.
Masak atas api kecil hingga pekat sambil sentiasa dikacau. Angkat dan masukkan vanilla.
Tuangkan kastad di atas lapisan kek tadi.

Lapisan Jelly

2 kotak jelly (saya guna Nona) perisa strawberry
350 ml air
buah2an dlm tin atau segar ( saya pakai pic dlm tin)
 
Cara membuatnya:

Masakkan air hingga mendidih. Matikan api dan masukkan serbuk jelly. Kacau hingga benar2 larut dan tuangkan atas lapisan kastad.
Biarkan jelly separuh keras dan susun buahan2 biar separuh tenggelam di atasnya.

Topping:
Krim Putar secukupnya
Buah2an dlm tin atau segar secukupnya

Putar krim hingga kembang dan ratakan atas lapisan jely tadi. Hias dgn buah2an mengikut citarasa.

Sejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dihidang.

Nota:

Trifle ni bleh dibuat beberapa layer jika menggunakan bekas yang tinggi...lapisan pertama kek, kedua kastad, ketiga jelly dan buah..ulangi melapis dan akhir sekali ratakan krim di atasnya dan hias dengan buah-buahan