Sunday, February 26, 2012

Petua Untuk Badan Sihat ...

Selain memakan makanan seimbang dan juga pengambilan vitamin tambahan .. amalkan doa sebagaimana orang-orang tua dulu lakukan. Salah satunya SELAWAT SYIFA .



Selawat Shifa ............




Allahumma salli ‘ala Sayyidina Muhammadin,
tibbil qulubi wa dawaaâ iha,
wa `afiyatil abdaani wa shifaaâ iha,
wa nuril absari wa diyaâ iha,
wa `ala Aalihi wa Sahbihi wa Barik’ wa Sallim


Terjemahan.

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.



* AMALKAN SETIAP KALI NAK MINUM AIR ... BACAKAN SELAWAT INI KEDALAM BEKAS AIR.. INSYALLAH MENGUATKAN BADAN ..



Amalan Selawat Shifa :

Boleh menjadi ubat bagi anak-anak yang nakal. Bacakan .......(dengan bilangan angka ganjil 3/7)
1. Al-Fatihah
2. Selawat Shifa
3. Yaasin (1x saja)

Bacakan kedalam air mineral dan beri minum.

Wednesday, February 22, 2012

Cucur Udang ............




Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 bj telur
1 sudu teh baking powder/yeast kering
1 bj bawang besar ~ didadukan
daun kucai
taugeh
sedikit kunyit/atau warna kuning (untuk warna cucur)
1 sudu teh garam
minyak utk menggoreng
# udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan


Cara-cara

Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Bancuhan hendaklah dibancuh dgn tidak terlalu lembik dan keras. Untuk menjadikan adunan menjadi gebu, pukul adunan macam kita pukul telur sehingga kelihatan gebu dan sebati. Perap sehingga adunan naik dan sebati. (dlm 1/2 jam).

Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya..
Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak udang seekor sambil tekan2 sket.
Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk.
Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan.
Bolehlah dipotong 4 sebelum dihidangkan.

(sedap dimakan bersama kuah kacang )

Tuesday, February 21, 2012

Tanda Gangguan Jin Pada Manusia .........

Ciri-ciri gangguan jin ini merupakan salah satu cara untuk mendiagnosis sama ada dalam tubuh kita terdapat gangguan jin atau tidak, dan ini merupakan rujukan semata-mata.


1. FIZIKAL
* Kepala terasa pening terasa leher berat atau kaku
* Bahu selalu berat / sengal
* Rasa nyeri, panas atau terasa berat pada bahagian-bahagian tertentu
* Dada sesak atau panas
* Sakit pada perut atau ulu hati
* Gangguan sekitar rahim, prostat, buah pinggang
* Pandangan mata kabur
* Ketika tidur, berdengkur dengan kuat atau gigi bergesel
* Makan-minum berlebihan daripada kebiasaan
* Memiliki kekuatan fizikal yang diluar kemampuan manusia
* Sakit yang sangat pada jam-jam tertentu
* Sakit yang berpindah-pindah


2. PSIKIK
* Mudah dan sering marah / tersinggung
* Bingung, sukar menumpukan perhatian pada pekerjaan
* Kerap bermimpi yang menakutkan
* Kerap bermimpi didatangi binatang buas
* Kerap bermimpi dengan orang yang sama
* Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi
* Bermimpi berada di tempat yang berbau busuk
* Resah, gelisah, takut
* Sukar untuk tidur, banyak tidur
* Malas beraktiviti dalam kebaikan
* Kerap berprasangka buruk, was-was, Mood tidak stabil
* Merasa ada bisikan-bisikan dihati atau telinga
* Pernah atau sering mendengar suara letusan di atas bumbung atau sekitar rumah, khususnya malam hari
* Kerap “meneka” peristiwa yang akan berlaku (menerawang)
* Boleh melihat “sesuatu (makhluk atau benda) yang umunya tidak dapat dilihat oleh orang lain


3. IBADAT
* Sering lupa jumlah rakaat solat
* Terasa berat / mengantuk setiap berzikir atau membaca Al-Quran atau ketika hadir dalam majlis ilmu
* Sering sukar bangun pagi / subuh
* Merasa selalu ada yang mengikuti
* Sering batal ketika berwuduk
* Kerap tidak yakin ketika berwuduk, mandi janabah atau was-was ketika solat



4. BARANG ATAU BENDA
* Merosakkan mesin: Kereta, motor, mesin kilang dll
* Memiliki benda bertuah (jimat, susuk, keris, tali pinggang, dll)
* Pokok tidak boleh ditebang

Monday, February 20, 2012

Soft Drinks Bad For You .............



Do you spend most days with a can of soda by your side? You might want to break that habit. Turns out, all soda -- even diet -- is bad you, and new research suggests it's especially harmful to women. Here are six reasons to give up soft drinks for good.


1. Soda makes you fat. Both regular and diet soft drinks are tied to obesity. In one study, people who drank diet sodas had a 70% greater increase in waist circumference over a few years compared to those who skipped soft drinks.

Diet soft drinks are particularly insidious, says RealAge cofounder Michael F. Roizen, M.D. "Sweet diet soda fuels your desire for other sweets," he explains. It also has a "health halo" effect. "You view choosing a 'diet' drink as virtuous (all those calories saved!). So it feels like you can afford to reward that virtue with a hot fudge sundae."



2. Soda boosts your risk of serious disease. The extra belly fat that often comes with a soft drink habit is linked to heart disease and type 2 diabetes. A recent study in the Journal of Internal Medicine also tied a daily diet soda habit to a higher stroke risk.


3. Regular soft drinks may cause cancer. New research from the University of Minnesota School of Public Health finds drinking two or more regular soft drinks per week may almost double your risk of pancreatic cancer. Researchers speculate that the sugar overload from regular soda triggers insulin production that fuels cancer cell growth.



4. It's bad for your teeth. Yep, your mom was right about this one. And here again, even diet soda is bad news because sugar isn't the worst offender in soft drinks. The big culprit is soda's high acid content: phosphoric, malic, citric, and tartaric acid strip tooth enamel. Citrus-flavored soft drinks are the worst -- they dissolve enamel up to five times more than colas.


5. It's bad for your bones. The same acids that are bad for your teeth also coax calcium from your bones. That goes for regular and diet caffeinated soda. Can't give up your Diet Coke? Roizen recommends upping your daily calcium tally by an extra 20 mg for every 12 ounces of soda you sip.



6. It's bad, even if you don't gain weight. New research from the American Heart Association finds that women are more vulnerable than men to the harmful effects of drinking two or more sugar-sweetened drinks -- including soda -- per day. Soda-sipping women are likely to have a larger waist size, higher "bad" LDL cholesterol, higher levels of triglycerides (harmful fatty acids that can cause heart disease), higher blood sugar, and lower "good" HDL cholesterol -- even if they don't put on a pound.

Tuesday, February 7, 2012

Petua Menangani Medu Angin .............

1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.


2. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.


3. Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.


Petua 1:
Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.


Petua 2:
Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin - Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:


1. Makanan/Minuman yang Sejuk

Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.


2. Makanan/Minuman Masam (berasid)

Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
Daging kerbau.


3. Makanan/Minuman Bergas

a. Durian.

b. Tapai.

c. Air botol/tin bergas.

4. Makanan/Minuman mengandungi Kafein.

a. Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.

b. Rokok.

5. Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin

a. Petai, jering dan kerdas.

b. Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).


AMALAN LAIN YANG PERLU

Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.

Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.

Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.

Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.

Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan. Lepaskanlah.

Tempe ..........

Tahu dan tempe terbukti mampu menghambat proses penuaan kaum hawa menjelang menopuose. karena mengandung isoflavon. Selain untuk menjaga kecantikan juga murah dan aman.
Jangan mudah tergiur dengan rayuan iklan yang menjanjikan hasil cepat dengan bahan kimiawi.


Wanita paruh baya setiap hari paling tidak memerlukan 50-100 miligram isoflavon/hari. Bila setiap 60 gram tempe mengandung 10 mg isoflavon, maka perempuan pada usia senja harus lebih banyak mengonsumsi tahu dan tempe. khasiat isoflavon bukan hanya berguna bagi wanita. Bagi pria, isoflavon pada pria bisa mencegah kanker prostat.

Sunday, February 5, 2012

Chocolate ~

Terdapat 2 jenis coklat yang digunakan dalam pembuatan coklat buatan tangan iaitu

Coklat Couverture atau Coklat Tulen

Coklat Compound


Yang mana paling sedap? Sudah tentu coklat tulen. Ia jauh berbeza dengan coklat yang anda beli dikedai.