Tuesday, August 21, 2012

~ Resepi Ikan Siakap Masam Manis ~




Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit



BAHAN UNTUK SOS:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak



Cara memasak:
1.       Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
2.       Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
3.       Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4.       Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
5.       Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6.       Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
7.       Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

~ Ikan Siakap Kukus ~

 

 

 

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Friday, August 10, 2012

~ Biskut Kacang ~

 




 Bahan :

30 gram kacang tanah (  kacang tanah yang siap goreng dan dibuang kulit tu)
300 gram tepung gandum
110ml minyak masak biasa
150 gram gula castor
2 sudu kecil baking powder
50gram tepung ubi kentang
2 sudu besar mentenga kacang (peanut butter crunchy)
1 sudu kecil garam

untuk gliss, satu biji kuning telur dicampur dengan sedikit serbuk pewarna kuning.

cara-caranya :

1. Kacang tanah diblender hancur.

2. satukan gula castor, kacang tanah, baking powder, mentega kacang, tepung ubi  kentang dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak masak sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal. Biarkan adunan selama 30 minit sebelum di bentukkan.

3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan  bakar pada suhu 170 ke 180 darjah selama 17 ke 18 minit atau sehingga permukaan biskut perang.

4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang kedap udara, selamat mencub

Monday, July 16, 2012

~ MACAROON ~


80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu..

Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan






Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!

  letak Nutella sedap!