Sunday, April 14, 2013

Roti Jala .........

 
 
 
 
Bahan-bahan:
1. 3 cawan tepung gandum
2. 2 1/2 cawan santan/susu cair/susu kotak
3. 1 biji telur
4. 2 1/2 sudu besar minyak masak/minyak sayur
5. 1 sudu teh garam
6. sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Kisar semua bahan sehingga sebati.
2. Perap selama 20-30 minit.
3. Gunakan kuali non stick untuk menjala dan masukkan ke dalam bekas acuan roti jala.
3. Gunakan api kecil sahaja dan biarkan beberapa saat.
4. Angkat dan terus di gulung.
5. Bila dah habis menjala bolehlah di makan bersama kari ayam.

p/s kalau pakai santan rasanya lain sikit..resepi yang ni memang tahan lama..tetap lembut bila di makan. Boleh di makan bersama serawa/kuah durian ataupun kuah kari.

No comments: