Saturday, February 22, 2014

Kek Minyak Neapolitan .............

 

bahan-bahan:
4 biji telur size besar - suhu bilik
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
1 cawan minyak sayuran (contoh - minyak canola atau minyak jagung)
1 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanila oil
2 1/4 sudu besar serbuk koko
1 1/4 sudu kecil strawberry emulco/paste

cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, gula halus & ovalette hingga kembang.
4. Masuk kan minyak & susu pekat. Gaul hingga sebati.
5. Masuk kan tepung. Gaul rata.
6. Bahagi adunan kepada 3 bahagian.
7. 1 bahagian dicampurkan dengan vanila oil. 1 bahagian lagi dicampurkan dengan serbuk koko & bahagian terakhir dicampurkan dengan strawberry emulco.
8. Tuangkan adunan strawberry kedalam acuan pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar.
9. Kemudian tuangkan adunan vanila keatas.

 10. Akhir sekali tuangkan adunan koko.
11. Turunkan suhu oven kepada 160 darjah celcius selama 45 minit atau cucuk kan lidi untuk pastikan cake sudah masak.

** Jika anda menggunakan vanila esen, bubuh 1 1/2 sudu kecil.
** Cake boleh juga dikukus selama 45 minit atau sebaiknya cucuk dengan lidi untuk pastikan cake sudah masak.
** Acuan pembakar size 8x8 & susunan warna ikut suka.

No comments: