Monday, June 25, 2012

Kueh Ketayap / Kueh Gulung ...........








Bahan-bahan :

Inti
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
Daun pandan

Kulit
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
daun pandan - diambil jusnya - ini untuk bau yang wangi
Daun pandan betawi - diambil jusnya - ini untuk warna hijau yang cantik
1 1/2 cawan santan
Sedikit garam
2 sudu minyak sayuran


Caranya :
Inti

Campurkan semua bahan inti.
Kacau sebati sehingga 15 minit.
Setelah kelapa parut sebati dengan gula merah, ketepikan.

Kulit

Masukkan tepung gandum ke dalam bekas bersama secubit garam.
Masukkan santai dan jus pandan yang telah ditapis.
Kacau sebati.
Masukkan minyak sayuran.
Kacau sebati.
Panaskan kuali.
Leserkan minyak.
Cuah sesenduk adunan dan layangkan kuali hingga adunan membentuk bulat.
Setelah masak ( 2 - 3 minit ), angkat, masukkan inti dan gulung.
Siap :)