Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Wednesday, August 24, 2016

Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Simpang Pulai Perak.

LOKASI : SIMPANG PULAI
                  PERAK

NAMA TEMPAT :KOLAM AIR PANAS LUBUK TIMAH ..


Lubuk Timah terletak di Simpang Pulai dan cara untuk sampai, ikut jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.  Lepas dari kawasan kuari-kuari, usha-usha la papan tanda kawasan perkelahan air panas di sebelah kiri.  Lorong nak masuk tu memang macam skeri meri untuk kuari (kereta lawa-lawa baru lepas masuk, takyah la bawak masuk! Hahahhaa).

 

 

 

 L

 

 






 

 

 

Thursday, August 11, 2016

TAIPING ......... URBAN DELIGHT CAFE ..



 

 

 

 

LOKASI :  TAIPING GOLF RESORT
                    TAIPING LAKE GARDEN


Cafe ni dalam Taiping Golf Resort. Ala, kat Bukit Jana je. Cafe kat apartment dalam tu, yang tepi kolam renang. 

Untuk pelanggan Cafe, ada special sikit. Boleh mandi kat kolam renang FREE je. Kalau bukan pelanggan, kena bayar RM10 per entry.
Sesuai sangat untuk family datang makan sambil bersantai kat sini.
Suasana pun damai je. Nyaman dikelilingi pokok-pokok, rasa fresh sebab cafe ni betul-betul kat kaki bukit. Memang wajib datang dan rasai suasana kat sini.
Nak menjamu selera tepi kolam renang pun boleh.. Request jerr..


Menu apa yang best?
👉 Mee Bandung Muar
👉 Nasi Goreng Merah Krabi
👉 Pancake With Ice Cream Meleleh
👉 Fruit With Ice Cream Macello
👉 Special Yogurt Drink


Waktu operasi : 7 pagi - 11 malam
Hubungi : 016-5211056

Fb : Urban Delight Cafe
Lokasi : Urban Delight Cafe, Taiping Golf Resort
Kapasiti : 150 orang

Servis lain :
👍 Catering
👍 Delivery room service at Jana View Condotel

Thursday, June 30, 2016

KEMBARA SUFI TRAVE AND TOURS ............





PROMOSI Ke BEIJING 7 HARI 5 MALAM Bersama KEMBARA SUFI. Kita naik MALAYSIA AIRLINES. Keselesaan anda Keutamaan Kami.....
Harga Pakej untuk seorang RM2199... Murah! Murah! Murah!
Tarikh Tarikh Trip:


13 - 19 Nov
20 - 26 Nov
02 - 08 Dec
04 - 10 Dec
10 - 16 Dec
24 - 30 Dec


Keutamaan terbang bersama MALAYSIA AIRLINES:
- Bagasi 30KG
- Free Meals On Board
- Entertainment On Board
----------------------------------------------------------------------------------------------
Jika berminat dengan pakej pihak kami tawarkan, boleh tinggalkan email anda di bawah, dan untuk maklumat lanjut boleh menghubungi atau email kami segera:-
03 - 55234498 : Cawangan Dataran Otomobil (balkis)
03 - 55244498 : Cawangan Anggerik Mall
07 - 4530953 : Cawangan Johor
09 - 5341598 : Cawangan Kuantan
Atau:
Whats app ke 013-2000463 (balkis)
Facebook : https://www.facebook.com/KembaraSufiTT/?fref=ts
E-mail : infokembarasufi4@gmail.com (balkis)
Website : http://kembarasufi.com/

Thursday, April 2, 2015

10 Tempat Percutian Di Malaysia Yang Terbaik, Anda Tidak Ketahui ..



#1 – Tubotel Langkawi

Langkawi antara tempat menarik di Malaysia yang patut anda lawati, tetapi dalam banyak2 namun ada satu tempat yang ramai tidak tahu iaitu Tubotel Langkawi. Yang bestnya view tempat tersbut di tambah dengan keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel mmg. puas hati dan berbaloi jika anda lawatinya.

 

#2 – Tanah Aina Fahad, Pahang

Bagi yang jenis meminati percutian ala2 hutan atau nak lari sebentar dari kesibukkan kota, ini adalah tempat yang sesuai, bercuti dan tidur dalam khemah adalah satu keunikan yang ada pada Tanah Aina Fahad Resort ni. Yang bestnya khemah2 diaorg memang bertaraf 5 bintang. so, gerenti puas hati sambil menikmati keindahan flora dan fauna tempat tersebut.

 

#3 – Time Capsule Retreat, Pahang

Satu lagi tempat menarik di Pahang ialah Time Capsule Retreat yang menggunakan konsep hotel dalam paip pembentung. Menarik? Taklah, sangat menarik! Satu capsule ini hanya untuk 2 orang sahaja.

#4 – Casa Titik, Pahang

Jika anda penonton setia Teman Lelaki Upahan, pasti anda kenal sangat banglo di Cherating ini. Banglo yang diberi nama Casa Titik ini adalah banglo kepunyaan Kyra Lyda (dalam cerita TLU). Mungkin anda boleh dapatkan feel seperti cerita TLU dengan berkunjung ke banglo tersebut.

#5 – The Dusun, Negeri Sembilan

Jika ke Negeri Sembilan, golongan makcik-makcik lebih suka singgah ke Nilai, nak borong baju katanya. Tetapi untuk percutian menarik bersama famili, kami syorkan anda cuba ke The Dusunyang terletak di Mantin. Suasananya lebih kepada menikmata keindahan alam.

#6 – Eight Acres, Pahang

Jika anda pencinta alam, sudah pasti Eight Acres antara tempat percutian menarik yang akan anda kunjungi. Di resort ini terdapat dusun buah-buahan, spa ikan dan bermacam lagi. Datanglah ketika musim durian, pasti puas hati!

#7 – Sekeping Serendah, Selangor

Siapa cakap tidak ada hotel mewah di dalam hutan rimba? Anda boleh cuba Sekeping Serendahyang terletak di Selangor. Tapi maaflah, TV, WiFi dan talian telefon tidak ada di sini.

#8 – The Shorea, Negeri Sembilan

Jika anda ke Seremban, singgahlah ke The Shorea. Di sini anda boleh jungle trekking dan mandi air terjun di Hutan Simpan Berembun.

#9 – LimasTiga, Melaka

Kota A Famosa mungkin tempat paling popular di Melaka. Namun anda boleh ubah angin dengan berkunjung ke LimasTiga yang terletak di Umbai, Melaka. Resort ini menggunakan konsep kampung moden, dengan fasiliti seperti kolam renang yang pastinya digemari anak-anak anda.

#10 – Desa Balqis, Melaka

Masih di Melaka, kita terus ke Kuala Linggi yang menjadi tempat di mana Desa Balqis beroperasi. Lokasi resort ini terletak betul-betul di tepi Selat Melaka. Jika anda inginkan suasana tinggal di kampung, tetapi dalam rumah kampung yang eksklusif, Desa Balqis adalah jawapan paling tepat.

Sumber : Wanista