Showing posts with label baking. Show all posts
Showing posts with label baking. Show all posts

Sunday, August 21, 2016

KEK KUKUS OREO CHEESE .....



Bahan-bahan untuk alas bawah (base):

30 keping biskut oreo (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan

Cara-cara membuatnya:
1. Oreo dikisar (kuantiti mengikut besar loyang..agak2 la)
2. Butercup yang telah dicairkan dicampur ke dalam oreo
3. Padatkan di dalam loyang
4. Simpan sebentar ke dalam peti sejuk

Bahan-bahan untuk kek cheese:
250 gm cream cheese
3 biji telur
1 cawan gula
1/2 tin susu cair
2 sudu besar jus lemon
sedikit parutan kulit lemon
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar tepung kastard
1 cawan Oreo (dicincang halus)

Cara-cara Penyediaan:
1. Pukul cream cheese bersama dengan gula. setelah gula hancur masukkan telur satu persatu.
2. Setelah sebati masukkan susu cair, esen vanilla, tepung kastard, jus lemon dan parutan kulit lemon.
3. Kacau hingga sebati. masukkan Oreo yang dicincang tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam loyang.
4. Tutup loyang dengan kertas aluminium.
5. Kukus selama 1 jam.

Thursday, August 11, 2016

MEATBALL CABONARA .......

l


BAHAN ...........
1.    MEATBALL
2.    CAPSICUM
3.    BAWANG BESAR HOLAND
4.    SOS CABONARA PREGO
5.    LADA HITAM
6.   SUSU SEGAR
7.   MOZARELLA CHEESE

CARANYA .........
1.    Goreng bawang ....capsicum dan meatball dgn sedikit minyak .



2.    Tuang sos carbonara. 
Cara masak sos ni, masukkan setin sos carbonara Prego dlm kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap, masuk sos tu.

 L

3.     Letakkan mozarella cheese kat atas. Nak letak banyak mana pun boleh lagi sedap.

 

4.      Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit. Dan taraaa siap di makan. Selamat mencuba!

Friday, June 24, 2016

BUTTER LEMON CHEESECAKE



 

/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
BAHAN BAHAN ............
225gm tepung gandum
1 1/2 baking powder
200gm pure butter atau lepa susu
180 gm cream cheese
150gm gula (utk bancuh air tu pun ok)
5 biji telur
1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
1 sudu kecil jus lemon


CARA CARANYA .......:








Masukkan butter, cream cheese, dan gula. Mulakan dengan speed perlahan dahulu kalau tak nak butter melompat keluar. Sekejap sahaja bahan2 tu akan bersatu. Masa tu baru tukar kepada high speed. Pukul hingga adunan kembang atau bertukar menjadi putih pucat.

Kalau nampak bahan-bahan tadi menempel di tepi mangkuk mixer, stopkan mixer sekejap, kikis adunan tu menggunakan spatula. Tujuan kita buat begini adalah supaya semua bahan dipukul dengan sempurna.

 Bersihkan kulit telur. Pecahkan kulitnya dan masukkan telur satu per satu ke dalam adunan. 

Masukkan lemon zest dan jus lemon. Masa parut kulit lemon tu, pastikan parut kulit kuning sahaja. Kalau parut bahagian putih sekali, nanti pahit. Jus lemon tu pula, wajib tapis bijinya. Tapis dengan jari pun ok.

Pukul adunan hingga kembang gebu begini. Volume adunan nampak naik.

Perlahankan mixer supaya tepung tak berterabur. Masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati sahaja. Kemudian, sodok bahagian bawah adunan dan kaub balik 2-3 kali sahaja. Ini bagi memastikan tidak ada ketulan tepung di bawah adunan. Atau, off mixer, kaub balik adunan dengan spatula atau senduk. Jangan overmix. Sekadar sebati sahaja

Sediakan loyang saiz 8" x 8". Sapu sekeliling bahagian dalam loyang dengan butter atau lepa susu atau marjerin. Kemudian, masukkan sedikit tepung. Golek2kan loyang supaya tepung menyaluti seluruh bahagian dalam loyang. Kemudian, terbalikkan loyang dan hentak beberapa kali (atau tepuk belakang loyang) bagi membuang lebihan tepung.

Tujuan buat begini adalah supaya kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan.


Masukkan adunan ke dalam loyang. Hentak loyang beberapa kali bagi membuang udara dalam kek dan supaya kek rata. Nanti kek naik pun cantik je.

Lain oven lain suhunya, ya. Kenali oven masing2. Setkan suhu 170'C, api atas bawah. Jika oven yang ada kipas, offkan kipas supaya kek tidak kering (butang rotisserie). Pastikan kita dah panaskan oven sekitar 10 minit sebelum mula membakar kek. Ini bagi memastikan suhu oven sudah stabil.

Bakar kek selama 30 minit. Buatlah alarm atau apa pun. Janji kita alert dengan kek dalam oven. Apabila cukup 30 minit, cucuk tengah kek dengan lidi. Jika keluar bersih, maknanya kek sudah masak. 

Keluarkan terus daripada loyang supaya kek tidak berpeluh di dalam loyang.

NOTE PENTING ...............
(1) 1 1/2 baking powder tu maknanya, 1 sudu kecil baking powder ditambah lagi 1/2 sudu kecil baking powder.
(2) Guna pure butter lebih sedap aroma dan rasanya. Tapi saya guna Farmcows pun sedap juga.
(3) Contoh pure butter : Anchor, SCS, Lurpak, Westgold.
(4) Contoh lepa susu: Farmcows, Twincows, Buttercup, Butterlite.


nos Egg whites 6nos Egg yolks 1/4tsp Cream of tartar 1/4cup+3tbsp Super fine sugar 50grms Butter 250grms Cream cheese 100ml Fresh milk 1tbsp Lemon juice

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
6nos Egg whites 6nos Egg yolks 1/4tsp Cream of tartar 1/4cup+3tbsp Super fine sugar 50grms Butter 250grms Cream cheese 100ml Fresh milk 1tbsp Lemon juice 1/3cup+1tbsp All purpose flour 2tbsp+1tsp Cornflour Melt the cream cheese,butter and milk in double boiler method, cool it completely. Fold in the flour,cornflour,egg yolks,lemon juice and mix well. Meanwhile whisk the egg whites with cream of tartar until foamy,slowly add in the sugar and whisk it until soft peaks form. Add now the cheese mixture to the egg white mixture and slowly mix well. Grease a 8inch springform pan and line the bottom and sides of the pan with baking paper. Pour this cheesecake batter into the already prepared springform pan. Place the springform pan in a baking pan and pour enough boiling water in a baking pan. Steam will help making the soft and moist cake and hot water around the cake will gradually cook inside. Arrange it in the middle rack of the oven. Bake at 320F for 60minutes and reduce the temperature to 300F and bake for 15minutes. When a skewer inserted comes out clean,turn off the oven. Dont take out the cake immediately from the oven. Remove the cake from the oven and cool it completely. Refrigerate for few hours before serving..

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
6nos Egg whites 6nos Egg yolks 1/4tsp Cream of tartar 1/4cup+3tbsp Super fine sugar 50grms Butter 250grms Cream cheese 100ml Fresh milk 1tbsp Lemon juice 1/3cup+1tbsp All purpose flour 2tbsp+1tsp Cornflour Melt the cream cheese,butter and milk in double boiler method, cool it completely. Fold in the flour,cornflour,egg yolks,lemon juice and mix well. Meanwhile whisk the egg whites with cream of tartar until foamy,slowly add in the sugar and whisk it until soft peaks form. Add now the cheese mixture to the egg white mixture and slowly mix well. Grease a 8inch springform pan and line the bottom and sides of the pan with baking paper. Pour this cheesecake batter into the already prepared springform pan. Place the springform pan in a baking pan and pour enough boiling water in a baking pan. Steam will help making the soft and moist cake and hot water around the cake will gradually cook inside. Arrange it in the middle rack of the oven. Bake at 320F for 60minutes and reduce the temperature to 300F and bake for 15minutes. When a skewer inserted comes out clean,turn off the oven. Dont take out the cake immediately from the oven. Remove the cake from the oven and cool it completely. Refrigerate for few hours before serving..

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

BISKUT KEKACANG FLORENTINE........




BAHAN BAHAN ; ......
1 peket tepung florentine (Bienetta)
250 gram hirisan kacang almond
250 gram biji kuaci
250 gram kacang melon hijau /kuning
100 gram biji bijan



CARA CARA ...........

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.



L

 

KEK SARANG SEMUT..........




Bahan A:...........
1 + 1/4 cawan gula
1 cawan air panas

Bahan B: .......
4 biji telur gred A
5 sudu besar
1 sudu teh esen vanila
125gram butter (dicairkan)
2 sudu kecil soda bicarbonate   (sama dgn 1 sudu besar)
1 cawan tepung gandum


CARA2 NYA .......... 
1)   letak gula dlm kuali.........biar larut
2)   pastu mskkan air panas .........msk dr tepi kuali slow2........jgn msk semua....sikit2.
      tutup api .......biar rehat di tepi.
3)   buat bahan B ........pukul telur sekadar saja..........msk susu pekat ...esen vanila .........
      msk butter yg dah di cairkan...........msk s.bicarbonate yg telah d ayak..........pastu msk 
      tepung yg telah di ayak.........kacau rata.
4)   Pastu masukkan gula dalam kuali tadi........ tapis elakkan ketul2...
5)   Masukkan dalam loyang yang dialas baking paper dan disapu butter kelilingnya...perap 2     jam...jangan lupa tutup.
6)   Bakar 170 api bawah selama 45 minit....saya buat 25 minit api bawah....pastu tukar 20 minit lagi api atas bawah...

Tuesday, June 21, 2016

BISKUT KACANG


Biskut kacang....

bahan-bahannya:

1 cawan majerin
1 biji telur
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 cawan kacang
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder

Caranya:

1. Kacau magerin gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila dan kacau.
2. Masukkan tepung-tepung dan baking powder dan uli hingga sebati kemudian masukkan kacang
3. Terap ikut bentuk yang disukai...

BANGKIT CHEESE ................


BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st baking  powder
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Parutan Keju - utk hiasan
.
CARA2:
Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
Masukkan bahan2 kering.
Canai & terap
Tabur parutan keju atas setiap biskut
Bakar 160C 15 min.

BISKUT CORNFLAKES ......

 

Bahan-Bahan:

1 cwn gula halus (kurangkan kalau tak nak manis sgt)
11/2 cwn planta/butter
1 cwn kismis (potong kecil)
2 bj kuning telur
21/2 cwn tepung gandum
2 cwn cornflake (ramas kasar)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh vanilla
1 susu teh baking pwder
Extra conflakes untuk celup

Cara-Cara Membuatnya:

1. Pukul margerin & gula hingga sebati masukkn telur, esen dan susu pekat manis, gaul sebati dan masukkan smua bahan2 lain...gaul hingga rata...
2. Sudukan dan celup dalam cornflakes yg diramas. Letak atas dulang dan bakar Pada suhu 150'c selama lebih kurang 25 minit bergantung pd oven masing2

5.Bakar sehingga biskut dah rupa golden brown.Tunggu sejuk dan bolehlah disimpan dlm bekas kedap udara

Nota:
1.Selain kismis, boleh letak chocolate chips, almond cincang. Nak campur pun boleh.
2. adunan mmg lembik, jgn tambah tepung, nanti dah masak dalam gebu mcm kek tapi rangup diluar.

KRIM PAF ..


Bahan .....
65 g tepung gandum
secubit garam
50 g mentega
150 ml air
2 biji telur, dipukul sedikit
Cara membuatnya
1.         Ayak tepung dan garam ke atas kertas kalis minyak. Ketepikan.
2.                  Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair. Kuatkan api dan biar mendidih kuat selama 1 minit.
3.                  Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.
4.                  Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam.
5.                  Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising. Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.
6.                  Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.
7.                  Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.
INTI KASTARD
450 ml susu segar/UHT
150 ml krim putar
70 gm gula kastor
50 gm tepung kastard
Cara membuatnya
1.                  Jerang susu dan krim hingga panas tapi jangan sampai mendidih.
2.                  Campurkan gula dan tepung kastard ke dalam mangkuk.
3.                  Kacau adunan dengan pemutar belon (egg whisk) sambil menuangkan susu panas.

4.                  Jerang di atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Bila sejuk barulah digunakan.
 
TIPS UTK KRIM PAF ......
 
 
Choux Pastry merupakan asas bagi Krim Paf (berbentuk bulat) dan Eclairs (berbentuk jejari). Pastrinya hanya memerlukan empat bahan asas iaitu tepung, mentega, air dan telur. Membuatnya nampak mudah. Namun ada pelbagai teknik yang perlu difahami bagi menghasilkan krim paf yang rangup di luar dan gebu di dalam.
 
 Untuk mendapatkan krim paf yang sedap, gunakan mentega bermutu tinggi. Mentega jenis ini selalunya lebih mahal daripada biasa. Biar pada suhu bilik hingga ia lembut tapi jangan dibiar terlalu lama kerana ia mudah cair dan berminyak. Jangan gunakan marjerin kerana hasilnya tidak memuaskan.
 
 Gunakan periuk kaca atau heavy-based dan kalis lekat (non-stick). Periuk jenis ini mampu menampung kehangatan walaupun apinya dimatikan. Kacau campuran tepung dengan air tadi sepantas mungkin. Gunakan senduk kayu. Bila campuran membentuk doh dan tidak melekat pada periuk, anda boleh berhenti mengacau. Letak di dalam mangkuk besar.
 
Untuk memastikan krim paf sedap, isikan dengan inti sejurus sebelum dihidangkan. Jika inti dimasukkan terlalu awal, kulit krim paf akan menjadi lembik (soggy) dan berair. Ini merosakkan bentuk dan kerangupan bahagian kulit luarnya.
 

Thursday, June 2, 2016

Red Velvet Strawberry Cheese Brownies .............

l


 

Bahan-bahan :

 60g mentega/marjerin
100g (1/2 cawan metrik) gula castor
1 biji telur grade A
Sedikit vanilla
1/4 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh jus lemon atau cuka

Bahan2 yang diayak bersama:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar serbuk koko

Bahan2 yang dibancuh bersama, bancuh dan ketepikan sebentar:
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu teh jus lemon atau cuka
1/2 sudu teh (atau secukupnya) pewarna merah terang (bright red)

Cara membuatnya:

Sapu loyang berukuran 7x7 inci dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak. Pastikan kertas minyak lebih panjang dari sisi loyang supaya mudah nak keluarkan kek nanti.

Satukan mentega/marjerin dengan gula castor dan pukul hingga kembang. Masukkan telur dan vanilla dan pukul lagi hingga sebati.

Masukkan bahan-bahan yang diayak berselang seli dengan bancuhan susu, pewarna dan jus lemon (atau cuka). Kaup balikkan hingga sebati. Ketepikan.

Satukan baking soda dan jus lemon (atau cuka). Bila dah berhenti berbuih masukkan ke dalam adunan tadi. Pukul sebentar sahaja hingga sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20-30 minit hingga masak. Sementara menunggu RV brownies masak bolehlah sediakan lapisan keju.

Bahan2 untuk lapisan keju:

250g cream cheese
2 biji telur grade B
70g gula (boleh lebihkan jika suka lebih manis)
Sedikit vanilla
Strawberry fruit filling secukupnya (boleh didapati di kedai barangan bakeri)

Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan vanila dan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga rata.

Bila RV brownies dah masak, tuangkan adunan keju di atasnya (tak perlu tunggu brownies sejuk dahulu).

Sudukan atau paipkan strawberry fruit filling ke atas adunan keju secara rawak dan lorek menggunakan lidi atau hujung pisau.

Bakar secara baine marie (water bath) dengan memasukkan loyang berisi adunan tadi ke dalam loyang lebih besar yang berisi air panas mendidih.

Bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 20-30 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga masak.

Bila sudah sejuk bolehlah keluarkan dari loyang

MARBLE CHEESECAKE BROWIES ...........

l




BAHAN-BAHAN BROWNIES


250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu sejat (mat guna "IDEAL")
1 1/2 cawan gula halus (mat guna 1 1/4 cawan)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul dan ayak)
1 camca teh esen vanilla


BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE

250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula halus ( 1/2 cawan)
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon
1 camca teh jus lemon
2 camca besar susu sejat

CARA MEMBUATNYA :-
Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
 
 
UNTUK BROWNIES :-
 Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
 

UNTUK CHEESE TOPPING :-
 Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur, parutan kulit lemon, susu sejat dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus (atau corak yang anda gemari), kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan..

Simpan brownies ni dalam peti sejuk selama semalaman atau sekurang2nya 2 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin..

Wednesday, November 4, 2015

Baked Apple Chips .............

apple chip recipes

apple

Ingredients:

  • 2-3 apples
  • Cinnamon, as much as you’d like

Instructions:

 

  • Pick out a really sharp chef’s knife, a blunt one just won’t work
  • Slice apples as thinly as possible (so that the core, or a hole, is in the middle of each circular slice)
  • Preheat oven to 220F
  • Lay apple slices onto two baking sheets, leaving an even amount of space between each slice
  • Sprinkle with as much cinnamon as you’d like
  • Place trays in the oven. Let them bake for 1 hour.
  • Flip over the apple slices, let bake for another hour.
  • Pack and take to work! Enjoy

Tuesday, August 25, 2015

DROP BREAD ...............

 




BAHAN (A) : DIGAUL SEHINGGA RATA
4 CAWAN TEPUNG SELFRAISING
8 SUDU MAKAN GULA TIMBANG (BROWN SUGAR)
1 SUDU TEH GARAM



BAHAN (B) :
1 CAWAN PARUTAN KEJU CHEDDAR
1 CAWAN HIRISAN SOSEJ
1 CAWAN HIRISAN DAUN BAWANG



BAHAN (C) : DIKACAU RATA
8 SUDU MAKAN MINYAK
4 BIJI TELUR
2 CAWAN SUSU SEGAR



CARA NYA :
CAMPURKAN KESEMUA BAHAN DAN KACAU SEHINGGA RATA. GUNAKAN ACUAN MUFFIN DAN SAPUKAN DENGAN SEDIKIT MINYAK. KEMUDIAN MASUKKAN 1 SCOOP ADUNAN.


BAKAR SELAMA 20 - 30 MINIT DENGAN SUHU 200 DARJAH SELSIUS SEHINGGA BERWARNA COKLAT KEEMASAN. KEPANASAN SUHU BERGANTUNG KEPADA KETUHAR MASING - MASING.


NOTA KAKI :
SELAIN SOSEJ, ANDA BOLEH GANTIKAN DENGAN HIRISAN ISI AYAM, DAGING BURGER, UDANG, SURIMI.

SELAMAT MENCUBA DAN SALAM MESRA.

Monday, August 24, 2015

SUJI BRUNEI ..........



Ingredients :

200g ghee (Windmill Gheeblend)
100g shortening
180g caster sugar
1 egg yolk
100g cornflakes - finely ground
80g cornflour
80g semolina/sugee flour
enough flour

Coating :

milk powder
Nestum - finely ground
Icing sugar - optional (I omit)

Method :


1. Mix ghee, shortening and caster sugar.
2. Add in egg yolk. Continue mixing.
3. Add the cornflakes, cornflour and semolina. Mix well.
4. Finally add in flour, a little at a time till you get a soft dough.
5. Pinch off pieces and roll into small balls, the size of a marble. Place them on the baking tray.
6. Bake in a preheated fan oven at 150 C for 20 minutes or so.
7. Let it cool before coating with the mixture of milk powder and ground nestum.
8. Place on a small papercups and ready to serve.

Hokkaido Milky Bun ................



BAHAN - BAHAN ....:
3/4 cawan susu segar - disuamkan jangan melebihi 38 darjah celcius
3 sudu besar gula halus
3 sudu kecil yeast segera

2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung roti
1 sudu kecil garam
200ml dairy whipping cream (1 kotak kecil)
3 sudu besar susu tepung
4 sudu besar butter - dicairkan
keju cheddar secukupnya - diparut
gula halus secukupnya (untuk taburan diatas)



CARA - CARA  :
1. Satukan gula & susu suam. Kacau rata hingga hampir larut. Masuk kan yeast. Biarkan berbuih (15 minit).
2. Satukan tepung gandum, tepung roti, susu serbuk & garam, gaul rata.
3. Masuk kan whipping cream, butter cair & yeast yg telah sedia. Gaul rata hingga bersatu. Kemudian uli adunan selama 15 minit untuk mendapatkan texture yg licin & tidak melekat (elastic).
4. Setelah dough sedia, letak kan dough kedalam bekas bersih yg telah disapu dgn minyak. Ditutup bekasnya dgn plastic cling wrap & biarkan dough naik 2 kali ganda (kurang lebih 1 jam).
5. Apabila dough telah sedia, tumbuk sekali supaya keluar angin kemudian diuli sedikit supaya rata.
6. Minyak kan tangan, bulat-bulatkan dough saiz besar sedikit dari bola ping pong. Letak kan kedalam mangkuk papercup.
7. Taburkan keju cheddar parut & gula halus keatas bebola roti. Rehatkan 30 minit.
8. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 15 - 20 minit atau sehingga kecoklatan bergantung pada oven masing-masing

Saturday, August 22, 2015

BiSKUT SEMPRET SUSU .............



250GM BUTTERCUP
1/2 TIN SUSU PEKAT
100GM TEPUNG UBI
450 GM TEPUNG JAGUNG
1 SUDU TEH ESEN VANILA

UNTUK HIASAN
COKLAT CHIPS
ATAU BUAH CHERY


CARA CARA
1.BUTTER DAN SUSU PEKAT DIPUKUL SEHINGGA SEBATI TETAPI TIDAK PERLU PUKUL LAMA SANGAT..JIKA PUKUL LAMA BILA DI BAKAR KUIH AGAK KEMBANG
2.MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG JAGUNG DAN TELAH DI AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
3.GUNA ACUAN SEMPERIT PECAH 15.JIKA TIADA BOLEH TERAP BENTUK YANG DISUKAI
4.BAKAR PADA SUHU 150C 15MINIT-20 MINIT GUNA API BAWAH SAHAJA.
SUHU KENALAH IKUT OVEN MASING2 ...

Friday, June 19, 2015

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU ..........

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
BAHAN ;
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping slice Cheese
Keju Cedar parut
garam secukup rasa

Inti Daging
300 gm daging cincang atau 4 keping daging burger ~ di hancurkan
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
1 labu bawang besar ~ di dadu
1/2 peket perencah daging black paper Maggi ( ita guna sos black paper Maggi 2 sudu besar )
1 sudu teh lada hitam ~ tumbuk halus ( ita tambah )
2 batang cili padi ~ hiris halus ( ita tambah )
1 batang lada merah ~ hiris halus
daun sup dan daun bawang ~ di mayang
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

 

Cara2
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besarhingga harum


Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan perencah black paper atau sos lada hitam dan gaul rata

Tambahkan serbuk lada hitam garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga kering dan daging empuk
Masukkan lada merah, cili padi, daun sup dan daun bawang gaul rata


Tutup api dan biarkan sejuk
Mula-mula, sediakan loyang atau bekas pembakar.
Oles bekas atau loyang pembakar dengan butter
Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu

Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi

Susun dalam loyang pembakar satu lapisan

Kemudian ratakan inti daging di atasnya
Susukan pula slice chese atas inti daging tadi

Kemudian ulang proses yang sama hingga habis roti
Baki susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar
Lapisan terakhir letakkan inti daging
 

Kemudian taburkan dengan parutan keju
Bakar dalam ketuhar dengan suhi 170 ~ 180 C selama 40 minit
Angkat setelah masak
 

Tunggu suam sikit dah boleh di potong
Makan panas-panas memang sedap sangat..

BAKED EGGS .........

Thursday, June 18, 2015

CINNAMON ROLL ............


 



280g tepung protein tinggi
15g tepung susu
2g pelembut roti (emplex)
60g gula castor
6g instant yis
100g susu full krim (susu kotak)
70g air
50g mentega


Bahan sapuan:
Mentega, gula castor dn serbuk cinnamon (serbuk kulit kayu manis)... dlm kuantiti yg secukupnya.



Cara2:
1. Mix smua bahan (kecuali margerin) dgn speed 1 sehingga bahan2 bercampur... (agak2 1 mnt)
2. Bila dh bercampur, masukkn margerin dn tukar ke speed 2.... Mix lg utk 30 mnt atau hingga doh jd elastik.
3. Keluarkn doh, bulatkan dlm besen atau ats papan penguli... dan tutup dgn plastik supaya x kena udara. Rehatkn doh utk 30 mnt
4. Kemudian masukkn ke dlm peti sejuk (bhgn bawah ye...) dn rehatkan lg selama 15 mnt.
5. Keluarkn doh dan canai di atas meja... agak2 ketebalan dlm 1/2 inci, bentuk 4 segi.
6. Sapu mentega keseluruhan permukaan doh. Biar byk pn xpe... lg sedap. Tabur gula castor dan serbuk cinnamon secukup rasa. Sy suka tabur byk2... sedap nyum2.
7. Kemudian gulungkan doh dengan kemas ye...
8. Potong doh setebal 1 inci setiap bhgn. Lebih mudah klau menggunakan benang (contoh gambar). Cara ni lbh kemas. Kalu nk guna pisau pn boleh.
9. Susun di ats dulang yg sudah di gris. Pastikan jarak berjauhan sbb nnti roti kita akn mengembang. Saya suka guna cup kertas (saiz 16cm)... bila kembang mmg ngam2 penuh satu cup tu.
10. Rehatkan selama 45 - 60 mnt sehingga kembang 2 kali ganda.
11. bakar pada suhu 190°c selama 20 mnt atau sehingga permukaan roti berwarna keemasan.
-------

 
Cream toping:
90g cream cheese
1/4 cwn butter
3/4 cwn gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla/blh juga guna jus lemon
Secubit garam


-pukul semua bhn sehingga kembang dan tuang ke ats roti sebaik shj roti keluar dr oven. Haba panas akan menyebabkn cream cair dn meliputi d ats cinnamon roll kita... nyum2..


note ' Satu tips yg sy nk ke tengahkn kt sini, cara sy potong doh tu guna benang. Sisipkan benang bwh doh, kemudian pintal benang mcm nk buat ikatan simpul kemudian trs tarik. Secara automatik, doh tu dh trputus. Klau pkai pisau pn boleh, tp mmg kurang kemas dn gulungan doh akan terpenyek atau terbuka.

Ayam Tandoori .........