Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Wednesday, August 31, 2016

Sotong Pedas Ala Thai .............




 
Bahan2nya:
400gm sotong saiz besar - dibersihkan dan dipotong gegelang lebih kurang 1 inci lebar.
3 helai daun limau purut- di koyakkan sedikit
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar pes tom yam
1 sudu besar sos ikan (nampla)
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - dititik
Beberapa biji cili padi - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 biji bawang besar holland - dipotong gegelang
Kacang panjang - optional
Garam dan gula secukup rasa.
3 sudu besar minyak untuk menumis.



Cara2:
-Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak...

-Selepas itu masukkan pes tom yam dan kacau rata, diikuti dengan sos sotong dan sos tiram. Tuangkan 1/2 cawan air untuk kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula...

-Setelah cukup rasa, masukkan sotong, cili padi, dan daun limau purut. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga kuah mendidih dan sotong masak...sotong tak perlukan masa yg lama utk masak..

 Kalau terlebih masak sotong akan liat..
-Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong gegelang tadi. Kalau suka kacang panjang dan bunga kobis bolehlah dimasukkan juga...rasa.. Siap

Wednesday, June 22, 2016

SOTONG BERGORENG TEPUNG ......


 
 
BAHAN BAHAN :
* 4 ekor sotong bersaiz besar - dipotong bulat ukuran 1 inci lebar
* 4 sudu tepung gandum
* 1 biji telur - dipecahkan
* Garam
* Lada sulah

 
CARA CARA :
1. Toskan sotong hingga betul-betul hilang airnya. Ia bagi mengelakkan sotong meletup bila digoreng. Gaul semua sotong dengan garam dan lada sulah.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.

3. Celupkan sotong ke dalam telur yang dipecahkan tadi. 

4. Salutkan sotong dengan tepung. Bila nak goreng baru salutkan sotong dengan telur dan tepung agar sotong tidak terlebih lembik.

5. Goreng sotong dengan minyak yang penuh. Sotong akan masak dengan cantik dan rangup. Jika kurang minyak, sotong akan lembik.

6. Angkat bila sotong kekuningan.

Monday, August 9, 2010

~ KERABU SOTONG ~




Bahan A :

500 gram sotong ...hiris kasar dan celur tanpa air
1 pokok daun ketumbar ]
1 pokok daun bawang ] mayang
1 biji bawang besar ]
5 biji cili padi ]
3 biji cili merah ] dihiris
5 ulas bawang merah ]
3 biji buah tomato [potong dadu]
1 biji mangga muda [racik halus]
3 S/b Apple Cider Veniger /cuka/air limau
2 sudu teh kicap cair
1 sudu teh gula pasir

Cara:
Gaulkan semua bahan dan hidangkan



(http://www.freewebs.com/makananlaut/)