Showing posts with label kuah. Show all posts
Showing posts with label kuah. Show all posts

Monday, August 8, 2016

SEKAYA ..



BAHAN BAHAN ..........
1 cawan gula (buat gula perang)
1 cawan air
3 biji telor
1 cawan gula
1 cawan santan
2 sb tepung jagung



CARA CARA ...........
1 cawan gula @ gula perang dimasak dlm kuali hingga jadi karamel. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit 1 cawan air ke dalam karamel tadi sambil terus mengacau hingga semua cair dan terus kacau hingga likat sedikit (spt madu). Ketepikan.

Dalam bekas lain putar 3 biji telur bersama 1 cawan gula. Putar hingga sebati.

Dalam bekas yang lain pula satukan 1 cawan santan (1 kotak santan- kalau x cukup 1 cwn campurkn air sampi jd 1 cwn) bersama 2 sb tepung jagung. Kacau hingga sebati.

Panaskan kuali masukkan karamel td diikuti telur+gula td dan akhir sekali santan+tepung daun pndan jgn lupa tau dan kacau hingga semuanya sebati dan likat spt kayalah. Api sederhana je ye jgn kuat sgt....

Wednesday, June 22, 2016

UDANG GORENG TEPUNG ROTI..........

 


BAHAN :
15 ekor udang saiz besar
1/4 camca teh serbuk lada hitam (mat guna aji-shio)
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
Secubit garam
1 putih telur, pukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti warna orange)
Minyak untuk goreng terendam
Sos kegemaran anda

CARA CARA :

Udang dikupas kulitnya, tinggalkan bahagian ekor, belah sedikit belakang udang dan buang uratnya, cuci bersih dan toskan. Lap udang tadi dengan kitchen paper towel, kemudian gaul bersama serbuk lada hitam dan bawang putih tumbuk, rata2. Perap 5 minit.


Ambil seekor udang tadi, celop dalam putih telur, kemudian golek2kan dalam serbuk roti. Celop sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti. Letak dalam pinggan bersih. Buat kaedah sama untuk setiap ekor udang hingga habis.


Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng udang bersalut tadi hingga kuning keemasan, guna api sederhana. Angkat dan toskan. Letak atas kitchen paper towel, biar minyak terserap.


 Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Tuesday, June 21, 2016

RESEPI BISTIK DAGING .


.
BAHAN-BAHANNYA:
.

500 g daging batang pinang
400 g ubi kentang, dikiub 2 cm (kurang lebih 4 biji, boleh kurangkan kalau suka)
4 camca besar tepung gandum
4 camca besar margerine
3 camca besar minyak masak
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
4 cm kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
.
BAHAN KUAH :
.
200 ml air (mat lebih kan sikit)
120 ml sos tomato
2 camca besar cili kisar
1 camca besar tomato puree
1 kiub stok daging (optional)

 .
BAHAN DIKISAR :
.
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
.
CARA MEMBUATNYA :
.
Daging dipotong kiub, cuci bersih, toskan dan lap dengan paper towel hingga kering. Gaul daging tadi bersama tepung, lada hitam tumbuk dan garam. Perap 30 minit dalam peti sejuk.
.
Dalam kuali, panaskan minyak + margerine hingga cair. Goreng daging tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan kayu manis dan bahan kisar, tumis hingga harum. Masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang 1/2 empuk.
.
Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang empuk (tambah sedikit lagi air jika perlu). Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.
.
Hidangkan dengan menabur kacang pis sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama roti dan nasi...
.
.

Thursday, June 2, 2016

MEATBALL CARBONARA .......



 
SOS  :
stgh senduk butter/majerin
2ulas bwg putih *cincang*
2sdb tepung gandum
250ml susu segar/low fat/full cream
stgh cawan air
2kiub knorr
1slice cheesedale
sedikit mixed herbs
sedikit lada putih/lada hitam
cendawan *cincang*

-panaskan butter & tumiskan bwg putih
-masukkan tepung gandum & kacau
-masukkan susu, air, cendawan, mixed herbs, lada & kiub knorr
-masakkan sampai mendidih
-masukkan cheese slice & biarkan pekat.
-Rasa & tutup api
*api tak mau kuat sangat
*jangan masin sgt sbb nanti bila dah pekat, takut jd masin. cheese tu dh tambah masin
*kalau nak tambah daging kisar @ ayam kisar pun boleh
*kalau pekat sangat, sila tambah air

MEATBALL ......:
meatball : ( jenama Ramly)
bwg besaq holland
lada benggala kaler hijau
cheddar cheese *parut

*dalam pan, panaskan butter. Tumis bwg besaq & lada benggala sehingga layu.
*Angkat & toskan
*masukkan meatball
*goreng sehingga sedikit keperangan
*dalam foil, tuang kan sedikit kuah sebagai base.
*letakkan meatball seberapa banyak yg mahu
*letak jugak bwg & lada tadi
*letakkan semula sos carbonara tadi balik
(saya letakkan cheese slice & tutup dgn sos)
*parutkan cheese sebagai topping
*bakar dalam oven suhu 180c dlm 10-15min @ sampai kuning keperangan (ikut oven masing2)
 
 

Wednesday, December 2, 2015

RESEPI AYAM GRILL MUSHROOM SOS ............


 
Bahan-Bahan (Ayam Grill)
1 ekor ayam (potong 4)
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak

Cara-caranya:-

Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.

Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.

Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.
Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.

Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.


 Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.

Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best

Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

RESEPI MUSHROOM SOS
 

Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-

 Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa.Tutup api

Sunday, October 11, 2015

Sekaya ...........


 


BAHAN NYA:
5 BIJI KUNING TELUR
3 HELAI DAUN PANDAN
2 CAWAN GULA PASIR (500 GRAM)
2 CAWAN SANTAN KOTAK (500 ML)
2 SUDU MAKAN TEPUNG KASTARD
1/ 2 CAWAN AIR (125 ML)



CARA NYA:
MASAK GULA DENGAN API KECIL SEHINGGA KEPERANGAN LALU MATIKAN API DAN TUANGKAN AIR. MASUKKAN SANTAN DAN KACAU SEHINGGA LARUT. BIARKAN SEJUK SEBENTAR.

PUKUL TELUR SEHINGGA RATA DAN MASUKKAN TEPUNG KASTARD DAN PUKUL LAGI SEHINGGA SEBATI. KEMUDIAN CAMPURKAN KEDALAM GULA BERSAMA DAUN PANDAN.
MASAK DENGAN API PERLAHAN DAN KACAU SEHINGGA PEKAT LALU MATIKAN API DAN BIARKAN SEHINGGA SEJUK.

Tuesday, September 1, 2015

TAUHU SUMBAT - STUFFED BEANCURD PUFF.............



 BAHAN : 

‪#‎SOS‬# - MENGHASILKAN SEBANYAK 3 CAWAN

(A)
180 GRAM PETIS UDANG
120 GRAM GULA TIMBANG / MELAKA (8 SUDU MAKAN)
4 SUDU MAKAN GULA PASIR
4 SUDU MAKAN KICAP MANIS (JENAMA ABC)
3 SUDU MAKAN SERBUK CILI
3 SUDU MAKAN HIRISAN BUNGA SIANTAN
2 BIJI JUS LIMAU KASTURI
1 CAWAN KACANG TANAH GORENG DAN DIKISAR



(B) RAMAS DAN TAPIS
180 ML AIR SUAM
120 GRAM ASAM (8 SUDU MAKAN)

CARA NYA :
CAMPURKAN BAHAN (A) SERTA (B) SETELAH ITU DIKACAU SEHINGGA RATA. SESUAIKAN RASA MENGIKUT SELERA INDIVIDU.

BAHAN : ‪#‎TAUHU‬#
200 GRAM TAUGEH BUANG EKOR DAN KEPALA - DICELUR
200 GRAM TIMUN DIPOTONG MANCIS
16 KEPING TAUHU



CARA NYA :
TAUHU DIBAKAR DALAM KETUHAR SELAMA 10 - 15 MINIT DENGAN SUHU 150 - 160 DARJAH SELSIUS ATAU DIGORENG SAHAJA.

KEMUDIAN DIPOTONG DUA BAHAGIAN. SETELAH ITU KELAR BAHAGIAN TENGAH DAN SUMBATKAN TAUGEH SERTA TIMUN.
NOTA KAKI :
SOS NYA JUGA BOLEH DIHIDANGKAN BERSAMA CHAR KUE ATAU BUAH - BUAHAN SEPERTI MANGGA, JAMBU DAN SEBAGAINYA.

Monday, August 24, 2015

RESEPI MEE JAWA ..............



Bahan utk kuah:
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
Sedikit halia*
Sedikit lengkuas*
100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya




Cara Membuatnya:
=================

Panaskan minyak kedalam periuk.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.
 


Bahan2 yang lain:
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah)
300 gm taugeh - dicelur
3 keping tauhu - dihiris nipis
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah - dihiris
Telur rebus

Tuesday, June 23, 2015

Sup Telur dengan Tauhu Lembut ............


Bahan-bahan:
1 paket tauhu lembut
3 biji telur
1 sudu besar ikan bilis (dibuang tulang dan dibersihkan)
1 biji bawang besar kuning (dihiris bulat-bulat)
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji cili merah (dihiris)
1 kiub ikan bilis

1 biji ubi kentang saiz sederhana (dipotong dadu)
1/2 biji lobak merah dihiris nipis
Beberapa urat suhun (direndam dahulu)
4 cawan air
2 sudu minyak untuk menumis
1 sudu teh lada sulah
Dan sedikit garam secukup rasa



Cara memasak:
1. Rendam tauhu lembut bersama bekasnya di dalam air panas lebih kurang 15 minit. Selepas itu toskan dari air panas, buka plastik dan keluarkan isi tauhu. Masukkan ke dalam mangkuk hidang dan belah tauhu kepada 4 bahagian. Biarkan seketika.
 

2. Panaskan periuk, masukkan minyak. Tumis bawang putih, ikan bilis dan cili merah sehingga kekuningan.
 

3. Masukkan air dan kiub ikan bilis. Kemudian tambahkan ubi kentang dan lobak merah. Kacau dan biarkan sehingga kentang hampir empuk. Kemudian tambahkan suhun. Kacau.
 

4. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji, selang seminit. Kecilkan api. Biarkan telur mengeras dan masak.
 

5. Akhir sekali tambahkan lada sulah, bawang kuning dan garam. Sesuaikan rasa. Kacau seketika. Matikan api dan angkat sup tadi.
 

6. Tuangkan sup ke atas tauhu tadi, di dalam mangkuk hidang. Jika suka boleh tambahkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Sup telur bersama tauhu lembut ini sedia untuk dinikmati.

Friday, June 19, 2015

MEE REBUS .......................


 

 BAHAN-BAHAN :
✔ 2 kilo mee kuning, dicelur
✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar
✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
✔ 3 ulas bawang putih, dikisar
✔ 3 biji bawang merah, dikisar
✔ 1 inci halia, dikisar
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 3 batang serai, dititik
✔ 1 inci lengkuas, dititik
✔ 5 sudu makan rempah kari daging
✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
✔ minyak untuk menumis



BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar
✔ 80g tepung gandum
✔ ¼ camt serbuk kunyit
✔ garam
✔ air secukupnya
✔ minyak untuk menggoreng



BAHAN HIASAN
✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil
✔ daun sup, dimayang
✔ bawang goreng
✔ telur rebus, dibelah dua
✔ lada hijau, dipotong bulat
✔ taugeh, dicelur
✔ limau kasturi, dibelah dua



=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================


CARA TEPUNG UDANG KERING
✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.



CARA MASAK KUAH
✔ Panaskan minyak dalam periuk.
✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
✔ Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
✔ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.



CARA HIDANGAN.
✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Wednesday, April 15, 2015

Mee Udang ............

 




Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah (sy ganti dgn 1 sudu besar tomato puree sebab tetiba tomato habis hehehe)
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa (sy guna lada sulah)
sos tomato (sy guna 2 senduk)
sos cili (sy guna 1 senduk)






Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur

Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato puree hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.

Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa.

Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.

Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.

Monday, December 8, 2014

RESEPI KUAH YONG TAU FOO ...........



KUAH HITAM
● 2 sd mkn taucu
● 2 sd mkn tpg jgung
● 2 sd mkn tpg gndum
● 3 sd mkn kicap pkat
● 3 sd mkn sos tiram
● 4-5 sd mkn gula
● 3 cwn air
 


Caranya : 
Masukan semua bahan dalam blender, kisar bagi halus dan masak bagi mendidih sekejap..


KUAH MERAH

● 1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
● 1 sd mkn tpg gndum
● 1 sd mkn tpg jgung
● 4- 5 sd mkn gula
● 3 cwn air
● 1/4 sd mkn garam
Kisar semua bahan sampai halus..
● 3 sd mkn cili kisar


Cara-caranya :
Panaskan sikit minyak, tumis 2 biji bawang putih ketuk, letak 3 sd mkn cili kisar dan tunggu sampai kering. Masukan semua bhn dalam blender tadi. Masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit.

Wednesday, December 3, 2014

Mee Hailam ..........

 


BAHAN-BAHAN:

300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
1 peket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

CARA-CARA MEMASAK:

- Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

-Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

- Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

- Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .

Thursday, November 20, 2014

Mee Rebus .............



meerebus
Bahan2nya
2 biji Keledek Oren 
 2 2iji ubi Kentang ( dibuang kulit dan di rebus bersama keledek)
250gm Daging Tetel – dihiris2
3 biji Bawang Besar *
4 ulas Bawang Putih *
6 cm halia *
1.5cm kunyit hidup *
  * kunyit, bawang & halia (di kisar halus)
4 sudu besar towchu
2 buah tomatoes di potong dadu
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 batang kayu manis
1.5 cili kisar
1 kuib knor ikan bilis
4 sudu besar udang gragau – di tumbuk halus
1.5 mangkuk air assam
1.5 sudu besar ‘cornstarch’ serbuk jagung
1 ltr air rebusan
Minyak memasak
Garam & gula secukup rasa

Cara2nya
Rebus keledek dan ubi kentang hingga masak dan lenyitkan Di periok yang besar, panaskan minyak, letakan bahan kisar cili kisar dan goreng rempah2nya bersama kayu manis, bila bangkit, masukan daging tetelan nya. Gaulkan dan goreng sementara, kemudian masukan kari daging dan serbuk jintan di kacau hingga sebati. Masukan tomatoes yang di potong dadu kecil, 1 kuib knor ikan bilis, air 3 cawan besar. masukkan towchu yang di lenyitkan sedikit. Bila air mula mendidih masokkan keledek & kentang yangg sudah di lenyitkan. Gaulkan sampai kuah itu pekat, letakan air ‘cornstarch’. Ambil udang kering gragau, di basoh dan di tumbuk halus, masukkan ke dalam kuah, di kacaukan kuah nya selalu supaya, keledek di dalam tidak melekat di bawah periuk. Masak hingga daging nya empok. Letak garam dan gula secukup rasa.

Bahan2 lain,
1 kg Mee Kunning
150 gm Taugeh
2 puchok daun sup – di potong kasar2
Limau Kasturi – di belah dua
Cili hijau di hiris2
Bawang merah goreng
Telur rebus – dibelah dua
Kicap manis

Monday, August 11, 2014

RESEPI PES TOMYAM



 


Bahan-bahannya:
2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar)
air asam jawa, gula & garam

Cara-caranya:
1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nak guna boleh ambil.

P/s
Boleh diguna utk menu Bihun Goreng Tomyam dan Nasi Goreng Tomyam.

Wednesday, July 9, 2014

Kuah Yong Tau Fu ...

j


Kuah hitam
2 sd mkn taucu
2 sd mkn tpg jgung
2 sd mkn tpg gndum
3 sd mkn kicap pkat
3 sd mkn sos tiram
4-5 sd mkn gula
3 cwn air
 

Masukan semua dlm blender.. blender bgi taucu halus... pas tu masak bgi mendidih sekejap..

 



Kuah merah
1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
1 sd mkn tpg gndum
1 sd mkn tpg jgung
4- 5 sd mkn gula
3 cwn air
1/4 sd mkn garam
Blender semua bhn kt atas bgi kcang halus..
3 sd mkn cili blend

Panaskan sikit myak... tumis 2 bj bwang putih ketuk.. letak 3 sd mkn cili blend.. tggu kering.. masukan semua bhn dlm blender tdi.. mask sekejap bgi kuah agak pekat.. dlm 5 mnt..
Dh bleh mkn ngan apa2 bebola.. hot dog.. sayur..sotong kangkung.. dll..
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya..tabur bijan sangai ngan bwang goreng..


 

Thursday, July 3, 2014

BEE HIVE BUNS (Roti Sarang Lebah) ...........



Ingredients :

Dough :


2 cups flour
1/2 teaspoon instant dried yeast
1/4 teaspoon salt
1/2 teaspoon baking powder
1 tablespoon sugar
1/4 cup plain yogurt at room temperature
1/4 cup cooking oil (I used Alif)
1/2 cup water (approximately)

Almond flakes
Pumpkin seeds

Method  :

1. In the mixing bowl, add flour, instant dried yeast, salt, baking powder and sugar. Mix well.
2. Add in yogurt and cooking oil. On the mixer on low speed. Slowly add water. Increase the mixer speed and let it knead till a soft, elastic and shiny dough is formed.
3. Remove for the mixing bowl onto your working sheet. Round it up into a big ball and let the dough rest for 10 minutes.
4. Dough could be sticky. Rub your hands with some cooking oil when working with the dough.
5. Divide the dough into 16 small portions. Knead each into a ball shape. Place them evenly in 2, 6inch lightly greased baking tins.
6. Cover the baking tins with plastic wrap and let it proof until doubled in size.
7. Brush the top lightly with the mixture of 1 teaspoon milk powder and a bit of water. Sprinkle with almond flakes and pumpkin seeds.
8. Bake in a preheated oven at 180C and bake for 15 to 20 minutes. Oven temperature may differ.
9. Once baked, remove from oven and let it cool.

BUTTERSCOTCH SAUCE :

1/2 cup brown sugar
1/2 cup whipping cream (you may use evaporated milk instead)
a pinch of salt
1/2 teaspoon vanilla essence
25g butter (I used Planta margarine)

Method  :

1. Melt butter/margarine in a small heavy based pot on low heat.
2. Add in brown sugar and stir till sugar disolves and starts to bubble. Remove from heat.
3. Pour in the whipping cream and keep stirring. Be careful. Place the pot back on the stove.
4. Add vanilla and stir to mix well.
5. Remove from heat and ready to use.

Note :

1. Please make sure you have all the ingredients near you to avoid this sauce from getting burnt as sugar caramalizes very fast.
2. Use a long wooden ladle to stir the mixture to prevent your hands from getting burnt as well.
To serve :
Pour the sauce onto the baked buns and enjoy. I didn't pour all the sauce onto the buns as I don't want the buns to become soggy. I just pour it when I want to eat it.

Saturday, December 18, 2010

~ Kuah Dal Roti Canai (Lentil Curry) ~


Bahan2nya :


100g (3.5 oz) kacang dal
800 ml (3 1/4 cawan) air.
1/4 sudu makan kunyit
1 biji bawang besar (medium size) -dipotong kiub
1 biji carrot
1 biji terung hijau bulat - dipotong kiub
1 biji tomato medium - dipotong baji
2 cili besar hijau - dipotong setiap 2cm (3/4 inch)
100 ml santan atau susu lembu (atau air )
1 sudu kecil garam
sedikit perahan asam jawa (atau asam keping )
125 ml (1/2 cawan ) air
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil biji sawi (Mustard seeds)
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari
2 bj. lada kering (dipotong setiap 2cm (3/4 inch)
3 bj bawang merah - dikupas dan dipotong halus
3 bj bawang putih - dikupas dan dipotong halus.

* kalau suka bubuhkan sedikit daging ayam atau 1 kiub chicken knorr)

Cara-cara:

1. Basuh dan bersihkan kacang dal beberapa kali dan masukkan ke dalam periuk bersama 800ml (3 1/4 cawan) air dan kunyit. Kalau suka masukkan ketulan ayam. Masaklah sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api.

Biarkan di dalam api yang kecil selama 20 minit lagi. Masukkan bawang, carrot, terung dan tomato. Masak lagi selama 20 minit. , atau sehingga sayuran di dalamnya agak lembut.

2. Masukkan santan atau susu lembu dan masukkan garam. Tambah air asam jawa(agak-agak). Masak sehingga mendidih lagi sekali, kemudian perlahankan api apabila ramuan nampak agak mesra dan perlahankan api. Rasakan garamnya.Tambahkan cili hijau dan padamkan api selepas 5 minit dan asingkan

3. Panaskan sedikit minyak di kuali yang berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada kering, bawan merah dan bawang putih. Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar warna keperangan.
Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu. Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas periuk dan padamkan api.