Saturday, August 17, 2013

Limau nipis untuk tubuh badan .......

 


Manfaat limau nipis memang tidak dapat dinafikan lagi. Kandungan vitamin B yang terdapat di dalamnya memang terbukti boleh mendatangkan kebaikan buat tubuh badan kita.

Selain digunakan sebagai bahan dalam produk kecantikan, limau nipis selalunya digunakan untuk merawat kulit, wajah dan rambut. Malah limau nipis juga dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti batuk, radang serta melancarkan sistem pencernaan.

Antara manfaat limau nipis ialah:

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK RAMBUT

Mengatasi rambut gugur
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.

Menghilangkan kelemumur
Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK WAJAH

Menghilangkan jerawat
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

Menghilangkan bintik hitam
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.

Mengecilkan pori-pori
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.

Menghalus dan mencerahkan kulit
Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.

MANFAAT LIMAU NIPIS YANG LAIN

Menghilangkan bau ketiak
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.

Membersih dan mencantikkan kuku
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!

Melegakan ketegangan
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun ..........


  PENTING :
Antibiotik tidak sesuai untuk selsema bayi berumur satu tahun ke bawah. Bahkan penggunaan antibiotik sebenarnya bukan mematikan kesemua virus yang menyerang tubuh tetapi membuatkan sebahagian virus dalam tubuh menjadi kebal antibiotik. Apabila kemudian hari selsema bayi kembali, antibiotik kurang lagi berkesan melawan virus yang telah kebal.

Ada cara yang lebih elok, bagus, selamat, menyeronokkan dan ceria untuk menyelesaikan masalah bayi selsema dengan mudah tanpa menggunakan ubat-ubatan berunsur dadah dan juga antibiotik.
 
 
 
 
Mesti runsing, risau, kasihan melihat si manja yang belum pun berusia setahun atau belum habis tempoh pantang sudah terkena selsema bayi.
Saya akan kongsikan dengan anda semua petua selsema bayi ini agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.
Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.

Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk)
Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi.




Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun

1. Berikan satu sudu madu dan air suma kepda bayi berusia 2 tahun dan ke atas. 
    Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak

2. Bagi bayi selsema berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit 
    sahaja madu.

3. Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang ^_^.

4. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala 
    bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke 
    dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan 
    sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara 
    perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru
    -paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vikcs Baby 
    Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh-
    tumbuhan sahaja)

5. Buang kahak dalam paru-paru 
    Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam 
    selepas bayi menyusu sahaja. 
    Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan 
    tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan 
    pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar 
    melalui  najis.



Petua Selsema dan Batuk Bayi

1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. 
    Lakukan sekerap mungkin

2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan 
    menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-
    ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi 
    sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.

3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema

4. Sediakan sup ayam

5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak 
    suka guna daun kaduk

6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi 
    selsema selepas mandi

7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema

8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.


Apabila Bayi Demam

1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, .      
    celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.
2. Boleh guna Cool Fever pada dahi

3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat 
    pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga



Arang untuk kecantikan ..........

 

Arang merupakan karbon yang mengandungi oksigen serta boleh menyerap gas dan toksin berbahaya. Dalam regimen kecantikan, arang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan antaranya:

1) Membersihkan muka dan melembutkan wajah
2) Mengurangkan jerawat dan bintik hitam
3) Membersih jauh ke dalam untuk menghapuskan kotoran dan minyak
4) Nyahkan toksik dalam kulit untuk kulit bebas radikal
5) Menghilangkan parut jerawat
6) Menghilangkan bau badan
7) Menjadikan gigi lebih putih
8) Membersihkan kulit kelapa dan mengurangkan kelemumur

Berikut merupakan rawatan ringkas yang boleh anda lakukan di rumah dengan menggunakan tablet arang.

Rawatan pemutihan gigi
Jika anda merasa gigi anda kurang bersinar dan berwarna kekuningan, jangan bazirkan duit untuk berjumpa pakar gigi. Sebaliknya, hancurkan tablet arang, letakkan ubat gigi di berus gigi anda dan celupkan berus gigi yang mengandungi ubat gigi tersebut dalam serbuk arang itu tadi. Pada mulanya, anda pasti kaget melihat mulut anda yang kehitaman, namun setelah dicuci, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya.

Masker arang
Hasilkan masker arang dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas seperti lidah buaya. Hancurkan satu hingga dua tablet arang dan campurkan ia dengan minyak pokok teh dan gel lidah buaya untuk membuat pes. Lumurkan pada wajah anda dan biarkan ia kering. Setelah itu, bilas dan lap sehingga bersih. Kulit pasti akan menjadi lebih segar dan bermaya.

Skrub badan
Jika anda menghadapi masalah bau badan, anda boleh membuat skrub arang dengan gula perang, pati minyak dan tablet arang yang telah dihancurkan menjadi serbuk. Campurkan sekali bahan-bahan tersebut dalam satu bekas dan gaul sehingga sebati. Lumurkan di bahagian yang terbabit seperti di bahagian kaki atau bahagian bawah lengan dan urut bahagian tersebut sewaktu mandi. Kemudian, bilas badan anda sehingga kering.

Keringkan jerawat dalam satu malam .......

 

Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan anda merasa tertekan. Tambahan pula jika ada acara penting pada keesokan hari yang memerlukan anda berhadapan dengan orang ramai dengan penuh yakin.
Jangan risau, mari cuba beberapa tips di bawah untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam!

AIS BATU
Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan.

CAMPURAN KAYU MANIS & MADU
Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya.


PERAHAN LEMON
Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat.


 UBAT GIGICuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih.

PUTIH TELUR
Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat.

Monday, August 12, 2013

Bebola Ikan .......


 
 
image
 
image
image


Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung (saiz sederhana besar)/tenggiri
250 gram tepung ubi
1 sudu teh garam
Air secukupnya (merebus)

Cara-cara
Bersihkan ikan dengan mengambil isinya sahaja dan tumbuk/kisar hingga lumat.
Campurkan kesemua bahan dan gaulkan hingga tidak melekat di tangan apabila dibentuk bebola ikan (jika melekat tambahkan tepung).
Isikan air ke dalam periuk untuk merebus bebola ikan.
Apabila air mendidih masukkan bebola ikan.
Apabila bebola ikan timbul boleh lah diangkat.