Bahan-bahanya
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula
2 biji telur
70ml fresh cream atau susu segar
1 penutup esen vanila
1/2 cwn butter atau majerin yang dicairkan
1/2 sudu besar ovallete
2 sudu kecil baking powder
2 sudu cream cheese
untuk sos meleleh
150gram cream cheese ( disarankan guna philidelphia cream cheese)
1/2 cwn fresh cream @ whipping cream @ heavy cream
5 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil jus lemon
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder
ketepikan, kalau nak ayak dua kali pun boleh, digalakkan, kemudian
pecahkan 2 biji telur dalam bekas adunan, putar telur hingga berbuih
baru masukkan gula, putar hingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan ovallete ( jika tak letak ovallet pun takpe
boleh gantikan dengan satu sudu plain yogurt atau 1 sudu kecil soda
bikarbonat, jika letak soda bikarbonat kena ayak dlm adunan tepung tu
ya).
3. kalau nak asing putih telur dan kuning telur pun boleh, putih
telur dipukul dengan separuh kuantiti gula dan jadikan meringue dan
separuh lagi kuantiti gula di campur dengan kuning telur dan dipukul
kembang.
4. Selepas itu masukkan satu penutup esen vanila, putar lagi,
kemudian masukkan 1/2 sudu krim cheese ( ni klu tak nak letak pun takpe,
ros saje letak supaya menambahkan lagi rasa cheese dlm adunan kek) ,
putar sebati semuanya.
5. Masukkan tepung yang di ayak tadi, berselang seli dengan fresh
cream @ susu segar, ulang langkah tadi sehingga tepung dan fresh cream
habis, pastikan semua bahan sebati dan tidak berketul.
6. Masukkan pula butter @ marjerin yang telah dicairkan, putar sebati seperti rajah 6a.
7. Adunan ni ros bahagi dua, satu bahagian ros biarkan warna asal dan
satu lagi ros campurkan dengan 3 sudu besar serbuk koko dan 3 sudu
besar susu segar, kacau sebati, tuang adunan di dalam bekas alumunium
atau loyang kek bulat atau petak.
8. Bakar pada suhu 170c ke 180c selama 30minit atau sehingga
permukaan kek perang. suhu oven bergantung pada kesesuaian oven masing2
ya, nak kukus pun boleh, jika kukus lebihkan masa 15minit.
Buat Sos Keju Meleleh pula
9. Masukkan cream cheese dan susu pekat manis di dalam bekas adunan,
kemudian masukkan fresh ceram, putar dengan kelajuan tinggi sehingga
semua bahan sebati, pastikan adunan tidak terlalu kental, cukup sekadar
creamy, akhir sekali masukkan 1 sudu kecil jus lemon. putar lagi, jika
tidak manis, boleh tambahkan lagi susu pekat manis, kemanisan ikut
selera masing2 ya.
10. Pastikan sos keju meleleh mulus dan tidak berketul seperti rajah 10.
Cara Melapis Kek Keju Meleleh ( ros buat dua lapis, bawah vanila atas rasa coklat)
11. Potong dua kek yang siap dibakar tadi, ( pastikan kek betul2
sejuk baru dipotong ya) kemudian masukkan kembali di dalam acuan
alumunium, tuangkan sos kejeu meleleh tadi dan lapiskan atasnya dengan
kek vanila atau kek coklat, jadinya akan jadi dua rasa lah, tak mahu
buat berlapis pun takpa, boleh potong dua kek tadi dan sapukan rata sos
krim keju meleleh tadi.
12. Sapukan rata krim keju meleleh dan lapiskan dengan kek perisa
vanila atau coklat, curah baki krim sos keju meleleh tadi lagi atas kek
dan hias ikut kreativiti masing2 ya, nak parut cheeddar cheese pun
boleh, ros cuma taburkan serbuk milo, coklat chipdan guna sos coklat
sahaja, bergantung pada bahan sedia ada di dapur masing2 ya.
13. Lihat rajah 13 sebagai contoh, ros lorekkan dengan sos coklat. Selamat Mencuba.
cara bergambar rajah 1
cara bergambar rajah 2
cara bergambar rajah 3
cara bergambar rajah 4
cara bergambar rajah 5
kek keje meleleh siap di hias tapi tak kemas sgatlah huhuhu
comotnya je nampaknye ni huhuhu
setelah dilorekkan dengan sos coklat
jadilah juga rupanya sikit
toppingkan dengan sos coklat dan coklat chip
bawah lapisan kek coklat atas kek vanila ade dua rasa