You slather on creams, serums, and
tonics that promise anti-aging benefits. But truth is, nothing is going
to keep you looking young and fresh like what you’re putting in your body.
Here are 10 powerful vitamins that can fight aging skin.
Ibu Bapa Patut Tahu Inilah Sebab
Mengapa Bayi Kena Penyakit Kuning Selepas Bersalin | Masalah penyakit
kuning di kalangan bayi baru lahir adalah fenomena yang kerap berlaku.
Jika ditanya, ramai ibu menyatakan anak mereka kuning ketika minggu
pertama selepas kelahiran.
Tidak kurang pula rawatan tradisional
atau alternatif yang digunakan seperti susu kambing, menjemur di pagi
hari serta mandi menggunakan ubat tabib Cina.
Apakah penyakit kuning dan bagaimana ia berlaku?
Penyakit kuning, atau jaundis,
sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang
pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar
jaundis. Bayi terbabit mempunyai najis berwarna kuning dan air kencing
jernih.
Terdapat beberapa keadaan di mana sel darah merah pecah pada kadar lebih tinggi seperti:
1. Pendarahan di bawah kulit kepala iaitu 'subaponeurotic haemorrhage'
2. Darah bayi yang pekat. Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah
3. Kencing manis
4. Jangkitan kuman
Jenis darah yang berbeza antara ibu
dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai
darah jenis O. Dalam keadaan sebegini, jaundis mungkin bermula dalam 24
jam pertama selepas lahir dan tahapnya mungkin melebihi 340 micromol
atau liter.
Mengenali Jaundis
Bayi jaundis boleh dikenali dengan
warna kulitnya yang kuning. Ia biasanya bermula dari muka dan turun ke
perut dan kemudiannya ke kaki. Untuk mengenal pasti sama ada bayi anda
mengalami jaundis, tekan pada kulitnya untuk beberapa saat dan kemudian
lepaskan. Sekiranya jaundis, kulit di bahagian yang ditekan akan
kelihatan kuning.
Sekiranya jaundis itu fisiologikal
atau berpunca daripada salah satu sebab di atas, air kencing jadi jernih
manakala najis pula kuning.
Rawatan Jaundis
Doktor biasanya akan mengambil darah
untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan
diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap
jaundis. Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan
ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk
mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi susu dengan
lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi.
Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.
Rawatan tradisional?
Rawatan menggunakan susu kambing atau
ubat mandian tidak mempunyai bukti saintifik mengenai keberkesanannya,
manakala menjemur pula kurang efektif kerana ia bergantung pada cuaca.
Pendedahan pada matahari terlalu lama boleh menyebabkan kulit
menggelupas. Pendedahan pada cahaya matahari juga akan membuatkan kulit
menjadi gelap. Kuning tidak kelihatan tapi tidak bermakna ia tidak ada
lagi.