Saturday, June 3, 2017

MASKER SEMULAJADI ...........


Wajah Wanita 43 Tahun Ini Bertukar Menjadi ‘Peloles’ Lepas Guna Masker Semulajadi Ni


Hanya dengan campuran halia segar, cuka dan madu, dalam beberapa hari bintik hitam pada wajah terus pudar.
Wanita berusia 43 tahun di bawah ini hanya menyapu campuran bahan ini selama beberapa minggu, dan wajahnya kembali berseri seperti gadis muda 20 tahun!
Bukan saja wanita, lelaki pasti suka juga dengan tips ini, kerana mudah, cepat dan semulajadi.
Bahan-bahan: 
Halia segar, cuka dan madu.
Caranya ialah:
1. Cuci halia sehingga bersih.
    Hiris halia nipis2 ..
Masukkan dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut. (Jangan terlebih sehingga paras leher balang)
Masukkan balang ke dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.
2. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, adukkan sebati. Tunggu 30 minit.
Siap! Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi.
3. Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada wajah dan bahagian yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.
Anda pasti bakal terkejut tidak percaya dengan hasil ajaibnya! Mulus, putih, bersih malah berkilau! Tentunya akan dijadikan rutin.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan dan keluarga.
S. : Kerana jenis dan sensitiviti kulit setiap orang berbeza, cara ini belum tentu sesuai pada kulit semua orang. Jika selepas melakukan rawatan ini kulit terasa panas atau timbul kemerahan, segera rujuk kepada doktor.

Thursday, April 20, 2017

AYAM SOS PLUM MANGGA MUDA .




Image result for resepi ayam mangga ala thai


BAHAN2 .......:
800 gm ayam ~ dipotong kecil
2 biji mangga muda ~ disagat panjang
sedikit hirisan daun ketumbar ~ utk ditabur

Bahan Perap:
2 sudu besar sos lada hitam


Bahan A:
5 ulas bawang merah ~ dicincang
3 ulas bawang putih ~ di ketuk dan dicincang
1 in halia ~ diketuk dan dicincang
3 biji cili merah ~ dibuang biji dan dicincang
5 - 7 biji cili api hijau ~ dihiris

Bahan B:
3 sudu besar sos plum ~( brand life)
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tiram
garam
gula

CARA2 ....
1.  Perapkan ayam bersama bahan2 perap selama 30 min atau lebih.
2.   Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak (tp jgn sampai garing).
     Angkat dan ketepikan.
     Tinggalkan lebih kurang 5 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bahan2 A hingga wangi dan  sedikit garing.
3.   Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak.
4   Ambil sebahagian dari bahan tumisan dan ketepikan.
5.  Masukkan ayam dan hirisan mangga muda kedalam kuali dan gaul hingga rata. (tinggalkan sedikit hirisan mangga muda utk ditabur atas hidangan nanti)
6.   Goreng seketika supaya rempah tumisan menyerap ke dalam isi ayam.
7.  Angkat dan hidangkan atas pinggan.
8.   Letakkan bahan tumisan yg diasingkan tadi dan tabur lebihan hirisan mangga muda.
9.   Taburkan pula hirisan daun ketumbar dan sedia utk dimakan.