Wednesday, September 8, 2010
~ Rendang Ayam ~
Bahan-bahan:
1.5kg ayam
Minyak masak
2 sudu makan kerisik
1 kg santan pekat
2 cawan air
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
Garam kasar
Bahan Dikisar:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit Hidup
Serai
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar hingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan ayam, kacau hingga sebati.
3. Masukkan santan pekat dan air. Kacau lagi dan biar kuah mendidih.
4. Bila separuh masak, masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Biar kuah menjadi agak pekat.
5. Akhir sekali, masukkan daun kunyit untuk menaikkan bau sajian.
Labels:
chicken
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment