Wednesday, February 27, 2013
Apam Balik ..........
Bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 1/2 cawan air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
Secubit garam
Sedikit esen vanilla (sy tambah)
Sedikit butter utk dioles pada kuali
Bahan tabur :
Kacang tanah tumbuk
Jagung krim
Gula pasir
Caranya :
1.Putar telur n gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan air,baking powder,bicarbonate soda dan esen vanilla..Putar lagi sehingga sebati.
3.Masukkan pula tepung gandum yg telah diayak,putar sehingga semua bahan sebati.
4.Panaskan kuali,oles sedikit butter (tak perlu jika menggunakan kuali non stick),tuangkan bancuhan tepung secukupnya dan ratakan.
5.Biarkan seketika sampai permukaan tepung berbuih-buih.
6. Taburkan kacang gula pasir diikuti kacang tumbuk n jagung krim,tunggu sampai apam masak.
7.Lipat apam kepada dua,angkat dan sapu sedikit butter pada apam..Sedia dihidang.
Thursday, February 14, 2013
Sunday, February 10, 2013
Pizza Tuna Roti High5 .......
Bahan :
Roti high5
1tin tuna (ambil ikan sahaja dan lenyekkan)
Sosej (direbus dipotong bulat)
Thousan island
Mayonis
Bawang kuning (dimayang bulat)
Kiub nenas
Monzarella cheeze
Cheeze cheeder
Cara-caranya:
Alaskan tray oven dengan aluminium foil..Susun kan roti high5, sapu thousan island kemudian mayonis..taburkan isi ikan tuna,sosej,kiub nenas dan bawang..Kemudian letak pula cheese cheedar serta mozarella cheese.. Hias dia atas pizza dengan mayonis ikut kreativiti masing2.. Bakar pada suhu 170 selama 15minit atau sehingga chesee sudah cair.
Friday, February 8, 2013
Bubur Butir Nangka .......
Bahan doh :
2 cawan penuh tepung pulut
1 cawan penuh air
pewarna makanan
1 liter air
Bahan kuah :
3 cawan santan
3 cawan air
6 sudu gula pasir
garam sedikit - ikut rasa
3 helai daun pandan disimpul
1. Untuk doh. Tepung pulut tu campur dgn air dan gaul,lepas tu uli
sampai jadi doh. Agak2 la ya,kalau cair tambah tepung sikit. Kalau
kering tambah air sikit. Doh tu kalau dah tak berapa melekat dekat jari
maknanya dah okay. Air yg 1 liter tu masuk dalam periuk and panaskan.
2. Bahagi2 doh kpd beberapa bahagian (ikut berapa pewarna yg nak
diguna). Mcm sy ni guna 5 warna. Uli doh dgn warna..letak sikit2
3. Lepas itu,gentel jadi bentuk bujur sikit,nak bulat pun boleh juga. Kemudian masukkan dalam air mendidih tadi,butir2 yg dah timbul tu maknanya dh masak. Boleh la angkat dan masuk pula dalam bekas yg berisi air sejuk/air kosong.
4. Untuk kuah,campur semua bahan B dalam
periuk. Ikutlah,ada orang suka lebihkan santan,ada orang nak lebihkan
gula,ikut awak ya. Bila dah mendidih tu masukkan butir2 nangka tadi
(butir2 je,jgn masuk sekali airnya,hehe) kacau2 sikit lagi. Siap!
4. Untuk kuah,campur semua bahan B dalam periuk. Ikutlah,ada orang suka lebihkan santan,ada orang nak lebihkan gula,ikut awak ya. Bila dah mendidih tu masukkan butir2 nangka tadi (butir2 je,jgn masuk sekali airnya,hehe) kacau2 sikit lagi. Siap!
Thursday, February 7, 2013
Kuih Lapis Seri Pelangi .........
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula halus (sy kurangkan jd 3/4 cwn)
200 ml santan pekat/santan kotak
1 sk garam halus
1 sk esen ros
4 cwn air
Pewarna secukupnya (pink,oren,kuning,hijau,biru,u ngu)
1.Panaskan periuk kukusan.Sediakan loyang,sapu sedikit minyak dan alas loyang menggunakan plastik/cling wrap.
2.Satukan semua bahan bersama 2 cwn air,kecuali pewarna..Kacau sebati
dan blend adunan tersebut.Tambah baki 2 cawan air,kacau rata dan tapis..
3.Bahagikan adunan kepada 7 bahagian,warnakan setiap bahagian dgn warna2 tersedia,tinggalkan 1 bahagian tidak berwarna.
4.Dimulakan dgn menuang lapisan pertama (warna putih).Kukus selama 5-7 minit.
5.Tuang lapisan seterusnya dan ulang kukus setiap lapisan selama 5-7 minit..
6.Untuk lapisan terakhir,tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung proses mengukus selama 20 minit.
7.Sejukkan sebelum dipotong.
Subscribe to:
Posts (Atom)