Kebanyakan pendapat mengatakan sumber vitamin C yang banyak datangnya dari buah oren. Realitinya, guava memiliki kandungan vitamin C yang lebih iaitu 183.5 mg vitamin c setengah hidangan iaitu melebihi tiga kali ganda jumlah vitamin C yang disarankan dalam sehari, 60 mg. Walaubagaimanapun, angka ini bergantung kepada cara penyediaan seseorang individu tertentu, kerana vitamin c adalah jenis vitamin mudah larut dalam air. Jadi tahap vitamin c akan berkurangan apabila disimpan dalam keadaan lembap atau basah bersama air atau dimasak dengan air yang banyak. Seelok eloknya, buah buahan dan sayuran ini dimakan mentah bagi mengekalkan kesegaran kandungan vitamin C tersebut. Terdapat pelbagai contoh lain sumber vitamin C yang mudah didapati antaranya strawberi, tomato, brokoli, betik, mangga, nenas dan lain lain lagi.
Vitamin C berkelebihan dalam menghasilkan kolagen pada kulit, melindungi gigi dan tulang serta membaiki kerosakan pada badan, terutamanya jika seorang itu merokok. Seorang perokok akan menghadapi risiko rendah vitamin C yang boleh menghasilkan penyakit seperti strok, tekanan darah tinggi, dan penyakit kanser. Rambut yang kering dan tidak sihat, kulit yang kasar dan kering, hidung berdarah, luka lambat sembuh dan sistem immune badan yang lemah adalah antara tanda tanda seseorang itu kekurangan vitamin C dalam badan membolehkan individu itu mudah terdedah penyakit penyakit berbahaya itu. Akan tetapi, lambakan vitamin C dalam diet menghasilkan toksin yang membuatkan perut meragam dan kemungkinan diarrhea. Pun begitu, badan manusia direka untuk tidak menyimpan vitamin C dan kebarangkalian toksin disebabkan vitamin C yang berlebihan adalah tipis jika pemakanan anda seimbang.
No comments:
Post a Comment