APAKAH MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN KETIKA MENYUSUKAN BAYI....
Assalamu'alaikum semua.. hari ini saya nak share tentang makanan yang perlu dielak semasa kita menyusukan bayi kita. Begitu
ramai para ibu yang sangat prihatin apa yang boleh makan dan tidak boleh makan
ketika mereka hamil. Tapi mereka lupa, terdapat juga satu dietary guidelines yang mereka perlu ikut apabila menyusukan si
kecil mereka. Tidak hairanlah jika sesetengah ibu yang menyusukan anak mendapati
anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Ini kerana, semuanya
berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.
Bayi
bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya,
terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja
yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu
seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu amatlah penting bagi wanita
yang menyusukan bayi harus mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.
Pelbagai
makanan boleh diambil ketika menyusukan si kecil, tetapi ada sesetengah makanan
yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda. Salah
satu tips yang boleh digunakan untuk track
kesan pemakanan ibu terhadap bayi anda ialah untuk adakan diari makanan.
Melalui diari makanan, kita dapat mengetahui makanan apa yang memberi tindak
balas yang negatif pada bayi anda.
1. Memakan
terlalu banyak buah-buah citrus seperti lemon, limau, oren, dan limau gedang.
Ia boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum
matang. Bayi yang sensitif terhadap buah citrus dalam susu ibu mungkin mudah
mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah
mangga, jambu batu atau epal atau hadkan pengambilan buah-buah citrus.
2. Makanan
laut dengan kandungan merkuri yang tinggi seperti ikan yu, ikan todak dan
tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi
anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang,
salmon, tuna dalam tin, dan ikan air tawar.
3. Memakan
makanan yang diketahui mengalami alahan makanan. Bayi mungkin akan mengalami
alahan yang sama sehingga mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur, atau
gatal-gatal, ruam, dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi.
4. Meminum
alcohol, bukan saja dilarang dalam Islam tetapi juga boleh dirembeskan ke dalam
susu ibu.
5.
Pengambilan caffeine dalam minuman. Minuman bercaffeine seperti kopi, teh,
minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman bercoklat boleh dirembeskan ke
dalam susu ibu akan menyebabkan gangguan tidur pada bayi.
6) Coklat
juga mengandungi caffeine yang akan membuatkan bayi kembung perut. Oleh itu,
para ibu harus menghadkan pengambilan coklat ketika menyusu.
7) Pengambilan
sesetengah sayur seperti kobis, kobis bunga, timun dan brokoli boleh
menyebabkan bayi anda kembung perut.
8) Makanan
pedas seperti kari, boleh menyebabkan bayi sakit perut, jadi makan dalam jumlah
yang terhad. Perhatikan jika bayi anda mengalami sakit perut, cirit-birit atau
muntah-muntah, yang mungkin menunjukkan bahawa sistem penghadaman bayi anda
yang sensitif tidak boleh menerima makanan ini.
9)
Pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu dan trans-lemak sangat tidak bagus
untuk bayi anda. Ini adalah kerana, lemak tepu dan trans-lemak boleh mengurangkan
pengeluaran Omega-3 yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang
sempurna.
Kebanyakkan
wanita selepas bersalin yang begitu teruja ingin menurunkan berat badan mereka.
Tetapi bagi mereka yang sedang menyusu perlu merancang untuk menurunkan berat
badan secara beransur-ansur dari masa ke masa. Para ibu memerlukan kalori bukan
hanya untuk bayi, tetapi juga untuk stamina mereka sendiri apabila menjaga bayi
yang baru lahir. Malah, BabyCenter.com menjelaskan bahawa mengurangkan berat
badan dengan drastic boleh membebaskan toksin dalam badan yang akhirnya akan
diserap di dalam susu ibu. Para ibu hanya perlu makan makanan yang seimbang dan lakukan
senaman yang sederhana; berat anda akan turun pada kadar yang sihat untuk anda
dan bayi anda.