️
Pernahkan anda
terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana
terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah
ataupun di mana juga? Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan
mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk
menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda
cari, amalkanlah petua ini:
Petua 1.
Baca SELAWAT (berulang-ulang
kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda
ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu.
Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan
menemuinya semula.
Petua 2.
Baca:
1. Al-Fatihah 7 kali
2. Al Fath 1-3 7 kali
3. Al Khafi Ayat 19 7 kali
4. Surah Al-Ikhlas 7 kali
5. Selawat 7 kali
6. Ya Allah 3 kali.
7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari
ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang
tersebut.
Petua 3:
Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan
solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang
yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam
Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan
Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah
Awliya’.
Doa itu adalah:
“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang
tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang
itu.”
Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak
bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang
kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh
al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada
saya.”
RENDANG AYAM HIJAU |
RENDANG AYAM HIJAU
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam – potong ikut suka dan dibersihkan
1 paket (320ml) santan sawit KHALIS
4 cawan air
4 helai daun kunyit – dihiris kasar
3 – 4 helai daun limau purut - disiat
2 – 3 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
3 senduk nasi kerisik
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan dikisar halus:
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
6 batang serai – dihiris
5 biji buah keras
Air secukupnya untuk memudahkan bahan-bahan dikisar halus.
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ayam kecut
3. Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
4. Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak (teknik mereneh).
5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik. Teruskan masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.