#1 – Tubotel Langkawi
Langkawi antara tempat menarik di Malaysia yang patut anda lawati,
tetapi dalam banyak2 namun ada satu tempat yang ramai tidak tahu iaitu
Tubotel Langkawi. Yang bestnya view tempat tersbut di tambah dengan
keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga
Austria dan pekerja di Tubotel mmg. puas hati dan berbaloi jika anda
lawatinya.
#2 – Tanah Aina Fahad, Pahang
Bagi yang jenis meminati percutian ala2 hutan atau nak lari sebentar
dari kesibukkan kota, ini adalah tempat yang sesuai, bercuti dan tidur
dalam khemah adalah satu keunikan yang ada pada Tanah Aina Fahad Resort
ni. Yang bestnya khemah2 diaorg memang bertaraf 5 bintang. so, gerenti
puas hati sambil menikmati keindahan flora dan fauna tempat tersebut.
#3 – Time Capsule Retreat, Pahang
Satu lagi tempat menarik di Pahang ialah Time Capsule Retreat yang
menggunakan konsep hotel dalam paip pembentung. Menarik? Taklah, sangat
menarik! Satu capsule ini hanya untuk 2 orang sahaja.
#4 – Casa Titik, Pahang
Jika anda penonton setia Teman Lelaki Upahan, pasti anda kenal sangat banglo di Cherating ini. Banglo yang diberi nama Casa Titik ini
adalah banglo kepunyaan Kyra Lyda (dalam cerita TLU). Mungkin anda
boleh dapatkan feel seperti cerita TLU dengan berkunjung ke banglo
tersebut.
#5 – The Dusun, Negeri Sembilan
Jika ke Negeri Sembilan, golongan makcik-makcik lebih suka singgah ke
Nilai, nak borong baju katanya. Tetapi untuk percutian menarik bersama
famili, kami syorkan anda cuba ke The Dusunyang terletak di Mantin. Suasananya lebih kepada menikmata keindahan alam.
#6 – Eight Acres, Pahang
Jika anda pencinta alam, sudah pasti Eight Acres antara
tempat percutian menarik yang akan anda kunjungi. Di resort ini
terdapat dusun buah-buahan, spa ikan dan bermacam lagi. Datanglah ketika
musim durian, pasti puas hati!
#7 – Sekeping Serendah, Selangor
Siapa cakap tidak ada hotel mewah di dalam hutan rimba? Anda boleh cuba Sekeping Serendahyang terletak di Selangor. Tapi maaflah, TV, WiFi dan talian telefon tidak ada di sini.
#8 – The Shorea, Negeri Sembilan
Jika anda ke Seremban, singgahlah ke The Shorea. Di sini anda boleh jungle trekking dan mandi air terjun di Hutan Simpan Berembun.
#9 – LimasTiga, Melaka
Kota A Famosa mungkin tempat paling popular di Melaka. Namun anda boleh ubah angin dengan berkunjung ke LimasTiga yang
terletak di Umbai, Melaka. Resort ini menggunakan konsep kampung moden,
dengan fasiliti seperti kolam renang yang pastinya digemari anak-anak
anda.
#10 – Desa Balqis, Melaka
Masih di Melaka, kita terus ke Kuala Linggi yang menjadi tempat di mana Desa Balqis beroperasi.
Lokasi resort ini terletak betul-betul di tepi Selat Melaka. Jika anda
inginkan suasana tinggal di kampung, tetapi dalam rumah kampung yang
eksklusif, Desa Balqis adalah jawapan paling tepat.
Sumber : Wanista
2 comments:
check my reference other look at here now webpage pop over to this site blog
replica bags gucci fake gucci f3i26y5g38 replica bags in china Clicking Here f5m69p9m12 replica ysl handbags replica bags from china free shipping discover this q4m56c1c76 replica louis vuitton replica bags qatar e8s70r4t14
Post a Comment