Monday, July 16, 2012

~ DAGING BAKAR ~

Bahan :

1 kg daging batang pinang - dicuci bersih
sedikit garam
sedikit kunyit

 Gaulkan kunyit dgn garam kemudian lumurkan pada daging dan perap sekejap supaya garam dan kunyit tu menyerap kedalam.
Kemudian bakar daging dlm oven pada suhu 200c sehingga masak.
Setelah masak bolehlah dihiris nipis dan dihiaskan dgn daun salad, timun dan limau nipis. Makan bersama budu.



Cicah :

Budu (ikut suka)
bawang besar
limau nipis
cili padi

Budu tu pula, kita hiriskan bawang besar,  cili padi dihiris juga dan perahkan limau nipis.

Cicah dgn kicap :

bawang besar
kicap
sos tomato
cili padi/cili besar

Gaulkan semua dan boleh dimakan.

No comments: