Tuesday, July 3, 2012

~ Pau Kukus ~


Bahan-bahan

Bahan A
300 gram tepung hongkong (guna tepung pau pun ok)
150gm susu segar ( boleh guna susu anlene - suhu bilik)
50 gram gula castor
1 1/2 Tbs Shortening
1 tsp yis 
sedikit garam

Bahan B

1 tsp Double Acting Baking Powder
1 tbs Air

Bahan-bahan inti >> kita guna yeos kaya ready made :))

Cara-cara

1. Satukan semua bahan A dan uli sehingga lincin dan tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan tunggu doh naik 2 kali ganda ( lebih kurang 45 minit - 1 jam )

2. Satukan pula bahan B dan uli kembali dengan bahan A tadi sehingga sebati dan lincin. Rehatkan sebentar selama 15 minit sebelum di bentukkan bulat- bulat.

3. Kemudian bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35gram

4. Isikan dgn inti kaya atau apa jua jenis filling kesukaan anda. Tutup doh rapat2 untuk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. (saya guna baking paper sbg alas). Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus.

5. Rehatkan kembali doh td lebih kurang 30 minit

6. Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau

7. Apabila air kukusan telah mendidih besar, kukuskan doh yang telah disusun ke dalam tray td menggunakan api yang besar selama 10 minit. Dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5 minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5 minit. Hidangkan panas..

No comments: