Tuesday, July 3, 2012

Kek Cokelat Kukus ..........







Bahan-bahan

Bahan A
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe

- Kesemua bahan di atas kacau dan disatukan dalam periuk. Bila dah sebati, panaskan di atas api kecil..kacau sehingga adunan sebati dan gula larut. Matikan api. dan Rehatkan seketika.

Bahan B
4 biji telur gred A  (blender hingga kembang, )

Bahan C
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil kfc baking powder
1 sudu kecil kfc soda bikabonat
(bahan2 ini disatukan dan di ayak)

- Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam A secara selang seli . Guna senduk sudah memadai

-Bila dah sebati, tuang dalam loyang yang telah digris dengan butter dan dilapik dgn baking paper

-Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu, apabila sudah mendidih, boleh letak loyang td..kukus selama 1 jam. Pastikan 45 minit yang pertama tudung pengukus tidak dibuka kerana dlm masa ini jika terbuka kek akan mendap. Dan jgn lupa tutup penutup dgn alumunium foil atau kain yang bersesuaian.

Resepi Topping Cokelat

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan cawan susu pekat
1 cawan air
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan butter

- satukan kesemua bahan kecuali butter dalam periuk. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul.

-bila sudah sebati, panaskan dalam periuk dgn api kecil. Kacau sehingga adunan menjadi pekat. Bila dah pekat, letakkan butter. tujuan supaya topping tampak berkilat. Boleh tutup api dan sejukkan. Hias menggunakan sikat kek  :)

No comments: