Tuesday, March 18, 2014

KUIH LAPIS TEPONG BERAS UTARA

KUIH LAPIS UTARA


BAHAN-BAHAN:
  •   2 cwn tepung beras
  •   1 cwn tepung gandum
  •   1 1/2 cwn gula pasir
  • 1 liter air
  • 500ml santan
  • 2 sudu makan minyak
  • Sedikit esen ros
  • Secubit garam
     
CARA MEMASAK:
  1. Kisarkan kesemua bahan sehingga sebati.
  2. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian dengan satu bahagian berwarna merah dan satu bahagian lagi dibiarkan asli.
  3. Kacaukan adunan rata sehingga sebati.
  4. Sediakan kukusan dan mulakan mengukus selapis demi selapis secara berselang seli warna merah dan putih.
  5. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan.
  6. Biarkan dikukus selama 20 minit dan angkat. Sejukkan sebelum dipotong.

No comments: