Tuesday, March 18, 2014

Resepi Bubur Sum Sum




Bahan2:
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau (optional)
Cara2:
  1. Campurkan semua bahan2 tadi kecuali pewarna dalam periuk. Masakkan  dengan api sederhana.
  2. Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan  tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.
  3. Bila dah puas hati, tutup api. ambil 1/3 adunan untuk dicampur dengan warna hijau. Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas. Biarkan 2-3 minit..sambil tu kacau baki adunan agar tidak memekat.
  4. Tuangkan baki adunan pada lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk.
  5. Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.
Cara buat kuah gula merah ala Jordan:
1 cawan gula dimasak dan dijadikan gula hangus. Bila sudah keperangan masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan dibs (madu kurma)..kacau sehingga larut. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.

No comments: