Friday, July 3, 2015
AIR KATHIRA .............
Bahan-bahan:
2 kotak besar Dutch Lady fresh milk
1 genggam kathira @ getah anggur
2 cawan gula pasir
4 helai daun pandan wangi
1 botol 1.25 lt F&N Cream Soda
15 biji buah kembang semangkuk
1 genggam selasih kasar
7 biji kurma
1 genggam kismis kuning ~~~
Cara-cara buat Air Kathira
1. Rendam getah anggur dengan air yang banyak semalaman. Buang kotoran dan tapis.
2. Masak gula pasir dengan 3 cawan air dan daun pandan. Tambah pewarna hijau dalamnya. Sejukkan.
3. Rendam buah kembang semangkuk 3 jam dan bersihkan buang selaputnya dan toskan.
4. Rendam biji selasih sampai kembang dan toskan.
5. Buang kulit kurma dan cincang isinya.
6. Cuci bersih kismis kuning dan toskan. ~~~
Cara-cara yang betul mengadun Air Kathira :
1. Dalam 1 bekas besar (muatan 5 lt (besen) ) masukkan 2 jug ais.
2. Masukkan sirap pandan hijau yang dah sejuk. Kacau.
3. Masukkan F&N Ice Cream Soda 3/4 botol dan kacau lama rata-rata.
4. Baru boleh masukkan Dutch Lady fresh milk dan kacau rata.
5. Masukkan semua bahan lain dan boleh hidangkan.
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Cara2 nye utk 1 jug besar (4liter):
-1/2 tin buah2an cmpuran (msuk sekali air buah)
-1/2 tin laici (msuk sekali air buah)
-1/2 pack cincau(ptong halus)
-3 sudu biji selasih(rendam smpai kembang)
-1/2 cwn kordial barli
-1/2 tin susu cair
-nata d coco sesuka ati...klu suke letk bnyk2...
-------Cmpur sume dlm jug n kacau smpi sekata...
------masuk kn air smpai paras y ssuai sblm cmpur ais...
Cmpur 1 cawan air aiskrim soda...
Cmpur susu pekat ikut kemanisan y korang suke...
Cmpur pewarna hijau smpai kaler jdik ijau mcm dlm gambo ak tuh..
Last letak ais....
Sedia dihidang...
Labels:
Minuman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment