Tuesday, September 8, 2015
Monday, September 7, 2015
Recipe For Losing Weight ..........
Healing
properties of honey and cinnamon are well known, but did you know that
the combination of these two ingredients can help you lose weight? Try
this delicious drink that is easy for preparation. It accelerates
metabolism and will help you to get rid of excess weight without
trouble. If you are too lazy to exercise, there are other solutions.
Ingredients needed:
– 2 tablespoons of honey
– 1 tablespoon of cinnamon
– 250 ml of water
Method of preparation:
Boil
the water before you pour it over the cinnamon. Cover the bowl you are
using and let it cool all the way. Add the honey afterwards and give the
mixture a good stir. Never add honey in way too hot water because that
way it will lose its nutrients.
Drink
half of the resulting mixture in the evening before you go to bed and
store the rest of it in the fridge. Drink the other half the very next
morning, on an empty stomach. However, remember not to preheat it before
drinking it.
This is all you need to do. This recipe will do its magic only if consumed on an empty stomach.
Sunday, September 6, 2015
4 Bukti Saintifik Manfaat Minyak Ikan ..........
by Dr Muhammad Akbar Abdullah
Anda pasti pernah mendengar ramai yang berkata minyak ikan bermanfaat untuk kesihatan. Tetapi adakah anda pernah terfikir di mana bukti manfaat minyak ikan ini dari sudut saintifik? Adakah manfaat minyak ikan untuk kesihatan hanya gimik atau strategi pemasaran produk-produk minyak ikan semata-mata?Seperti yang sedia maklum, manfaat minyak ikan terletak pada 2 bahan aktif yang terdapat di dalamnya iaitu DHA (docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid). Manfaat minyak ikan telah mula disedari sejak zaman Roman Katolik iaitu 27BC. Kemudian pada zaman era perindustrian Eropah, minyak ikan telah digunakan secara meluas untuk merawat penyakit riket, rabun malam dan arthritis. Minyak ikan kemudiannya dikomersialkan pada tahun 1873 dengan produknya yang masih popular sehingga ke hari ini iaitu Scott’s Emulsion.
Dewasa ini, para saintis telah berjaya membuktikan beberapa manfaat minyak ikan untuk kesihatan manusia.
4 Manfaat Minyak Ikan Yang Telah Dibuktikan Dari Sudut Saintifik
- 1) Manfaat minyak ikan untuk menurunkan paras lemak dan kolesterol di dalam darah
- Pada tahun 1897, satu kajian telah dilakukan ke atas 11323 orang pesakit jantung yang mempunyai paras kolesterol dan lemak atau trigliserida yang tinggi di dalam darah. Kemudian berdasarkan kajian ini, satu lagi kajian yang sama telah dilakukan pada tahun 2002 dengan memberikan pesakit sebanyak 1g minyak ikan sehari. Hasil kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mengambil minyak ikan mempunyai paras kolesterol dan trigliserida yang rendah berbanding dengan pesakit yang tidak mengambil minyak ikan. Kesimpulannya, para saintis telah mengesahkan bahawa minyak ikan bermanfaat untuk menurunkan paras kolesterol dan trigliserida di dalam darah.
- 2) Manfaat minyak ikan untuk merawat tindakbalas radang pada badan
- Pada tahun 2012, satu kajian telah dilakukan ke atas 43 orang pesakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan dialisis. Darah pesakit tersebut diambil dan paras hs-CRP dan TNF-α diambil. Kedua-dua bahan tersebut akan tinggi apabila terdapat tindakbalas radang di dalam badan. Kemudian pesakit tersebut diberikan minyak ikan Omega-3 sebanyak 3g sehari selama 2 bulan. Selepas 2 bulan, paras kedua-dua bahan tersebut didapati telah turun ke paras normal. Kesimpulannya, manfaat minyak ikan untuk merawat tindakbalas radang di dalam badan seperti lelah, resdung, arthritis dan sebagainya adalah sahih.
- 3) Manfaat minyak ikan untuk mengurangkan risiko serangan jantung koronari
- Pada tahun 2002, satu kajian telah diterbitkan untuk mengupas hubungan antara risiko mendapat kematian mengejut akibat serangan jantung dengan paras minyak ikan Omega-3 di dalam darah. Kajian tersebut telah dilakukan ke atas seramai 22, 071 individu yang sihat. Hasil daripada kajian tersebut, para saintis mendapati lebih tinggi paras minyak ikan Omega-3 di dalam darah maka lebih rendah risiko untuk individu tersebut mendapat kematian akibat serangan jantung koronari. Kesimpulannya, para saintis telah membuktikan bahawa manfaat minyak ikan untuk mengurangkan risiko serangan jantung adalah sahih.
- 4) Manfaat minyak ikan untuk menurunkan tekanan darah
- Pada tahun 2005, satu kajian telah dilakukan untuk melihat hubungan di antara paras minyak ikan Omega-3 dengan tekanan darah. Kajian tersebut telah dilakukan ke atas 20 orang pesakit darah tinggi dengan memberikan mereka sebanyak 0.6g minyak ikan setiap hari. Hasil daripada kajian tersebut, para saintis telah mendapati bahawa paras tekanan darah sistolik dan diastolik pesakit mulai turun secara perlahan-lahan. Kesimpulannya, para saintis telah mengesahkan manfaat minyak ikan untuk menurunkan tekanan darah adalah sahih.
Serimuka Tiga Rasa ..........
Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
200 ml santan pekat
300 ml air
1 sudu kecil garam halus
pewarna hijau dan perisa pandan
Cara2nya:-
Basuh beras pulut dan rendamkan pulut sekurang2nya 4 jam bersama pewarna hijau.
Buangkan air rendaman,basuh bersih pulut dan toskan. Ketepikan dulu.
Sapukan sedikit minyak masak di sekeliling loyang dan alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi.
Masukkan beras pulut yg di toskan tadi ke dlm loyang dan ratakan.
Dalam bekas lain, satukan santan pekat, air, garam, perisa pandan dan pewarna hijau. Gaul sebati.
Tuangkan adunan santan tadi ke dlm loyang berisi pulut dan gaul rata.
Kukus semua bahan diatas selama 30 minit. Bila pulut dah masak, gaul sebati dan tekan2kan rata.
** Sementara kukus pulut masak, bolehlah sediakan bahan2 utk lapisan tengah.
Lapisan Tengah
1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus
1 1/2 cawan tepung beras*
2 sudu besar rata tepung jagung*
1 cawan santan pekat*
2 cawan air*
3/4 cawan gula kastor*
1/2 sudu kecil garam*
Cara2nya,
Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata.
Tuangkan adunan ke atas permukaan lapisan bawah/pulut dan kukus selama 20 minit.
**Sementara tunggu adunan lapisan tengah masak, bolehlah sediakan adunan utk lapisan atas.
Lapisan Atas
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu kecil garam
2 biji telor
300 ml air
100 ml santan pekat-santan kara
2 sudu kecil coklat emulco
Cara :
Satukan semua bahan dan tapis ke dlm periuk.
Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk.
Tuang atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit. Kelar2kan sikit permukaan lapisan tengah sblm tuang adunan atas. Pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada lapkan guna kitchen towel.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik.
Saturday, September 5, 2015
AYAM MULAKITTATHU .............
BAHAN (A) :
6 TANGKAI HIRISAN LADA HIJAU
4 BIJI HIRISAN BAWANG BESAR
1 SUDU MAKAN PES HALIA
1 SUDU MAKAN PES BAWANG PUTIH
6 TANGKAI HIRISAN LADA HIJAU
4 BIJI HIRISAN BAWANG BESAR
1 SUDU MAKAN PES HALIA
1 SUDU MAKAN PES BAWANG PUTIH
BAHAN (B) :
3 BIJI TOMATO DIDADU
2 PELEPAH DAUN KARI
1 TANGKAI DAUN PUDINA
1 TANGKAI DAUN KETUMBAR
3 BIJI TOMATO DIDADU
2 PELEPAH DAUN KARI
1 TANGKAI DAUN PUDINA
1 TANGKAI DAUN KETUMBAR
BAHAN (C) :
3 SUDU MAKAN SERBUK CHILI
3 SUDU MAKAN SERBUK KETUMBAR
1 SUDU TEH SERBUK JINTAN HALUS
1/2 SUDU TEH HALBA DITUMBUK
1/2 SUDU TEH SERBUK KUNYIT
1/2 SUDU TEH GARAM MASALA
1/2 SUDU TEH SERBUK LADA HITAM
3 SUDU MAKAN SERBUK CHILI
3 SUDU MAKAN SERBUK KETUMBAR
1 SUDU TEH SERBUK JINTAN HALUS
1/2 SUDU TEH HALBA DITUMBUK
1/2 SUDU TEH SERBUK KUNYIT
1/2 SUDU TEH GARAM MASALA
1/2 SUDU TEH SERBUK LADA HITAM
BAHAN (D) :
1 CAWAN AIR
1 CAWAN AIR
BAHAN (E) :
1 KILO AYAM
AIR SECUKUP NYA
1 KILO AYAM
AIR SECUKUP NYA
BAHAN (F) :
1 CAWAN SANTAN KOTAK
GARAM SECUKUP RASA
1 CAWAN SANTAN KOTAK
GARAM SECUKUP RASA
BAHAN (G) :
6 BIJI HIRISAN BAWANG KECIL
2 SUDU MAKAN MINYAK
1 SUDU MAKAN HIRISAN DAUN KARI
1 SUDU MAKAN HIRISAN DAUN KETUMBAR
6 BIJI HIRISAN BAWANG KECIL
2 SUDU MAKAN MINYAK
1 SUDU MAKAN HIRISAN DAUN KARI
1 SUDU MAKAN HIRISAN DAUN KETUMBAR
CARA NYA :
PANASKAN MINYAK TUMIS (A) SEBENTAR LALU MASUKKAN (B) BALIK - BALIKKAN SEHINGGA RATA DAN MASUKKAN (C) DAN BIARKAN SELAMA 5 MINIT. KACAU RATA TERUS MASUKKAN (D) DAN TUTUP PERIUK BIARKAN SELAMA 5 MINIT.
PANASKAN MINYAK TUMIS (A) SEBENTAR LALU MASUKKAN (B) BALIK - BALIKKAN SEHINGGA RATA DAN MASUKKAN (C) DAN BIARKAN SELAMA 5 MINIT. KACAU RATA TERUS MASUKKAN (D) DAN TUTUP PERIUK BIARKAN SELAMA 5 MINIT.
SETELAH ITU BUKA TUDUNG PERIUK DAN MASUKKAN (E) DAN TUTUP PERIUK SEKALI LAGI. BIARKAN SEHINGGA EMPUK SERTA KUAH AGAK PEKAT. MASUKKAN (F) KACAU PERLAHAN SEHINGGA RATA BIARKAN SEBENTAR LALU MATIKAN API.
PANASKAN MINYAK DARI BAHAN (G) DAN GORENG BAWANG KECIL SEHINGGA LAYU. MATIKAN API DAN TERUS TUANGKAN KEDALAM KUAH TADI SERTA TABURKAN DAUN KARI DAN DAUN KETUMBAR.
Wednesday, September 2, 2015
Jus Kasturi >>>>>....(elok utk kempiskan perut)
Bahannya
1 biji oren sunkits
1 biji epal hijau
5 biji limau kasturi(jusnya sahaja)
4 biji limau kasturi (di buang biji dan dilisar bersama kulit)
gula mengikut kesukaan
4 biji asam boi
Ais
**kisar 5 bahan pertama sehingga halus.
**Tambahkan asam boi dan ais sebelum di hidang...
Ayam Masak Merah ...........
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal
Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar
Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping
Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
Bila
dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika
digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan
seketika.
Kemudian
masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan
santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
Masukkan
buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit
gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah
ditutup api.
Tuesday, September 1, 2015
TAUHU SUMBAT - STUFFED BEANCURD PUFF.............
BAHAN :
#SOS# - MENGHASILKAN SEBANYAK 3 CAWAN
(A)
180 GRAM PETIS UDANG
120 GRAM GULA TIMBANG / MELAKA (8 SUDU MAKAN)
4 SUDU MAKAN GULA PASIR
4 SUDU MAKAN KICAP MANIS (JENAMA ABC)
3 SUDU MAKAN SERBUK CILI
3 SUDU MAKAN HIRISAN BUNGA SIANTAN
2 BIJI JUS LIMAU KASTURI
1 CAWAN KACANG TANAH GORENG DAN DIKISAR
(B) RAMAS DAN TAPIS
180 ML AIR SUAM
120 GRAM ASAM (8 SUDU MAKAN)
CARA NYA :
CAMPURKAN BAHAN (A) SERTA (B) SETELAH ITU DIKACAU SEHINGGA RATA. SESUAIKAN RASA MENGIKUT SELERA INDIVIDU.
BAHAN : #TAUHU#
200 GRAM TAUGEH BUANG EKOR DAN KEPALA - DICELUR
200 GRAM TIMUN DIPOTONG MANCIS
16 KEPING TAUHU
CARA NYA :
TAUHU DIBAKAR DALAM KETUHAR SELAMA 10 - 15 MINIT DENGAN SUHU 150 - 160 DARJAH SELSIUS ATAU DIGORENG SAHAJA.
KEMUDIAN DIPOTONG DUA BAHAGIAN. SETELAH ITU KELAR BAHAGIAN TENGAH DAN SUMBATKAN TAUGEH SERTA TIMUN.
NOTA KAKI :
SOS NYA JUGA BOLEH DIHIDANGKAN BERSAMA CHAR KUE ATAU BUAH - BUAHAN SEPERTI MANGGA, JAMBU DAN SEBAGAINYA.
TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG .............
** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti
twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit
buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti
canai dengan capati dan tosei)
** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan.
Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat..
** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan.
Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat..
Subscribe to:
Posts (Atom)