Sunday, September 6, 2015

4 Bukti Saintifik Manfaat Minyak Ikan ..........


by

Anda pasti pernah mendengar ramai yang berkata minyak ikan bermanfaat untuk kesihatan. Tetapi adakah anda pernah terfikir di mana bukti manfaat minyak ikan ini dari sudut saintifik? Adakah manfaat minyak ikan untuk kesihatan hanya gimik atau strategi pemasaran produk-produk minyak ikan semata-mata?
manfaat minyak ikan yang berkesan
manfaat minyak ikan untuk kesihatan
Seperti yang sedia maklum, manfaat minyak ikan terletak pada 2 bahan aktif yang terdapat di dalamnya iaitu DHA (docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid). Manfaat minyak ikan telah mula disedari sejak zaman Roman Katolik iaitu 27BC. Kemudian pada zaman era perindustrian Eropah, minyak ikan telah digunakan secara meluas untuk merawat penyakit riket, rabun malam dan arthritis. Minyak ikan kemudiannya dikomersialkan pada tahun 1873 dengan produknya yang masih popular sehingga ke hari ini iaitu Scott’s Emulsion.
Dewasa ini, para saintis telah berjaya membuktikan beberapa manfaat minyak ikan untuk kesihatan manusia.


4 Manfaat Minyak Ikan Yang Telah Dibuktikan Dari Sudut Saintifik
  • 1) Manfaat minyak ikan untuk menurunkan paras lemak dan kolesterol di dalam darah
    • Pada tahun 1897, satu kajian telah dilakukan ke atas 11323 orang pesakit jantung yang mempunyai paras kolesterol dan lemak atau trigliserida yang tinggi di dalam darah. Kemudian berdasarkan kajian ini, satu lagi kajian yang sama telah dilakukan pada tahun 2002 dengan memberikan pesakit sebanyak 1g minyak ikan sehari. Hasil kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mengambil minyak ikan mempunyai paras kolesterol dan trigliserida yang rendah berbanding dengan pesakit yang tidak mengambil minyak ikan. Kesimpulannya, para saintis telah mengesahkan bahawa minyak ikan bermanfaat untuk menurunkan paras kolesterol dan trigliserida di dalam darah.
manfaat minyak ikan yang berkesan
manfaat minyak ikan untuk menurunkan paras kolesterol dan lemak di dalam darah

  • 2) Manfaat minyak ikan untuk merawat tindakbalas radang pada badan
    • Pada tahun 2012, satu kajian telah dilakukan ke atas 43 orang pesakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan dialisis. Darah pesakit tersebut diambil dan paras hs-CRP dan TNF-α diambil. Kedua-dua bahan tersebut akan tinggi apabila terdapat tindakbalas radang di dalam badan. Kemudian pesakit tersebut diberikan minyak ikan Omega-3 sebanyak 3g sehari selama 2 bulan. Selepas 2 bulan, paras kedua-dua bahan tersebut didapati telah turun ke paras normal. Kesimpulannya, manfaat minyak ikan untuk merawat tindakbalas radang di dalam badan seperti lelah, resdung, arthritis dan sebagainya adalah sahih.
manfaat minyak ikan untuk melegakan tindakbalas radang seperti lelah, resdung dan arthritis dengan efektif
manfaat minyak ikan untuk melegakan tindakbalas radang seperti lelah, resdung dan arthritis

  • 3) Manfaat minyak ikan untuk mengurangkan risiko serangan jantung koronari
    • Pada tahun 2002, satu kajian telah diterbitkan untuk mengupas hubungan antara risiko mendapat kematian mengejut akibat serangan jantung dengan paras minyak ikan Omega-3 di dalam darah. Kajian tersebut telah dilakukan ke atas seramai 22, 071 individu yang sihat. Hasil daripada kajian tersebut, para saintis mendapati lebih tinggi paras minyak ikan Omega-3 di dalam darah maka lebih rendah risiko untuk individu tersebut mendapat kematian akibat serangan jantung koronari. Kesimpulannya, para saintis telah membuktikan bahawa manfaat minyak ikan untuk mengurangkan risiko serangan jantung adalah sahih.
manfaat minyak ikan untuk mengurangkan risiko serangan jantung koronari dengan berkesan
manfaat minyak ikan untuk mengurangkan risiko serangan jantung koronari

  • 4) Manfaat minyak ikan untuk menurunkan tekanan darah
    • Pada tahun 2005, satu kajian telah dilakukan untuk melihat hubungan di antara paras minyak ikan Omega-3 dengan tekanan darah. Kajian tersebut telah dilakukan ke atas 20 orang pesakit darah tinggi dengan memberikan mereka sebanyak 0.6g minyak ikan setiap hari. Hasil daripada kajian tersebut, para saintis telah mendapati bahawa paras tekanan darah sistolik dan diastolik pesakit mulai turun secara perlahan-lahan. Kesimpulannya, para saintis telah mengesahkan manfaat minyak ikan untuk menurunkan tekanan darah adalah sahih.
manfaat minyak ikan untuk menurunkan tekanan darah dengan berkesan
manfaat minyak ikan untuk menurunkan tekanan darah

No comments: