Monday, August 31, 2015

10 Cara mengatasi masalah gigi berlubang ...........

by

 
Ramai di kalangan kita tidak mengetahui cara mengatasi masalah gigi berlubang. Mengatasi masalah gigi berlubang kerap dianggap menjadi satu tanggungjawab doktor gigi semata-mata.
cara mengatasi masalah gigi berlubang dengan efektif
Dapatkan nasihat doktor gigi untuk mengatasi masalah gigi berlubang
Jika kita berkesempatan untuk bertanya pesakit yang menghidap masalah gigi berlubang, mereka akan meluahkan perasaan bahawa masalah gigi berlubang ini boleh menjadi satu pengalaman yang mengerikan. Di samping terpaksa menahan kesakitan gigi, pesakit yang mengalami masalah gigi berlubang juga terpaksa menghadapi masalah sukar melakukan aktiviti harian seperti tidur, makan, minum dan sebagainya.

Kajian menunjukkan 60%-90% daripada budak sekolah dan orang dewasa di negara membangun mengalami masalah gigi berlubang atau karies gigi. Masalah gigi berlubang ini timbul disebabkan oleh kurang kepekaan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan gigi. Tabiat tidak menggosok gigi dengan betul, menggosok gigi hanya sekali sehari dan gemar mengambil diet yang manis menjadi faktor penyumbang kepada masalah gigi berlubang ini.


Bagaimana masalah gigi berlubang terbentuk?
Masalah gigi berlubang juga dikenali sebagai masalah karies gigi. Gigi kita mempunyai satu sistem keseimbangan untuk mencegah pembentukan karies gigi.
Air liur kita mempunyai fungsi untuk meneutralkan asid yang terbentuk pada celah-celah gigi. Asid ini terbentuk akibat daripada tindakbalas bakteria mulut terhadap sisa-sisa makanan yang terbentuk di celah-celah gigi. Asid yang terbentuk akan melarutkan mineral yang terkandung di dalam gigi lalu menyebabkan permukaan gigi menjadi lemah dan rapuh. Proses ini dikenali sebagai ‘dimineralisasi’.


Selain daripada tindakan meneutralkan asid yang terbentuk, air liur juga bertindak untuk menambahkan semula mineral yang telah hilang pada permukaan gigi kerana air liur kita mempunyai simpanan mineral yang diperlukan oleh gigi. Proses ini dikenali sebagai ‘mineralisasi’.
Proses keseimbangan antara ‘dimineralisasi’ dan ‘mineralisasi’ berlaku banyak kali dalam masa satu hari.
mengatasi masalah gigi berlubang dengan efektif
Anatomi gigi dan gusi
Masalah gigi berlubang akan mula timbul apabila proses ‘dimineralisasi’ berlaku lebih lama daripada proses ‘mineralisasi’. Akibatnya, permukaan gigi akan menjadi rapuh pada awalnya di bahagian enamel. Seterusnya proses pembentukan karies akan melarat ke bahagian dentin yang sensitif lalu menyebabkan gigi mudah menjadi nyilu dan sakit. Akhirnya, sekiranya masalah gigi berlubang ini tidak dirawat, pembentukan karies akan melarat ke akar-akar gigi lalu menyebabkan kesakitan gigi yang teramat sangat.
Masalah gigi berlubang ini mudah berlaku di tempat-tempat tertentu pada gigi iaitu:
  • permukaan gigi geraham
  • celah-celah hadapan dan belakang gigi
  • kawasan gigi yang berlapis
Tanda-tanda gigi berlubang
  1. makanan mudah terselit di celah-celah gigi
  2. kelihatan liang-liang kecil di permukaan gigi
  3. pembentukan bintik putih atau hitam pada permukaan gigi
  4. rasa ngilu atau sakit apabila minum air yang panas atau sejuk
  5. kelihatan lubang yang jelas pada permukaan gigi

Cara mengatasi masalah gigi berlubang
  • a) Menggunakan penyedut minuman semasa meminum air yang manis
    • Ramai doktor gigi mengesyorkan kaedah menggunakan straw atau penyedut minuman semasa meminum air yang manis kerana ia dapat mengatasi masalah gigi berlubang dengan cara menghindar gula daripada melekat pada celah-celah gigi. Penggunaan straw akan menyalurkan air yang diminum terus ke belakang mulut dan seterusnya ke tekak.

  • b) Mengumuh air kosong selepas makan
    • Bagi mengatasi masalah gigi berlubang, doktor gigi telah mengesyorkan agar kita mengumuh mulut kita dengan air kosong sekiranya kita tidak berkesempatan untuk menggosok gigi atau melakukan ‘dental flossing’ selepas makan. Cara ini akan membasuh sisa-sisa makanan dan gula yang terselit di celah-celah gigi dan mengurangkan peningkatan populasi bakteria di dalam mulut selepas makan.

  • c) Kerap menukar berus gigi
    • Walau sekerap mana kita menggosok gigi, sekiranya berus pada gigi telah mula melentur dan tumpul, ia tidak akan menghindar pembentukan karies pada celah-celah gigi. Berus tersebut tidak akan dapat membersihkan celah-celah gigi yang dipenuhi dengan sisa-sisa makanan. Bagi mengatasi masalah gigi berlubang ini, ramai pakar telah mencadangkan kita menukar kepada berus gigi baru sekurang-kurangnya 3 bulan sekali atau apabila berus pada gigi sudah mula melentur.

  • d) Pilih berus gigi yang berkualiti tinggi untuk digunakan
    • Bagi mengatasi masalah gigi berlubang secara umumnya, berus gigi yang digunakan juga perlulah mempunyai kebolehan untuk menggosok sehingga ke celah-celah gigi dan tidak menyebabkan sebarang luka kepada gusi. Menurut cadangan yang disyorkan oleh doktor gigi, berus gigi yang sesuai digunakan adalah jenis yang mempunyai berus yang lembut dan melengkung serta kepala berus gigi tersebut sebaik-baik berbentuk bulat.
      mengatasi masalah gigi berlubang dengan efektif
      berus gigi melengkung dan berkepala bulat

  • e) Jadualkan masa makan benda-benda yang manis
    • Walaupun cadangan ini kelihatan sukar dilakukan, namun ia banyak membantu untuk mengatasi masalah gigi berlubang. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mengambil 3 keping coklat dan kemudian dia menggosok gigi sebelum tidur, dia mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat masalah gigi berlubang berbanding dengan seseorang yang mengambil hanya 1 keping coklat tetapi tidak menggosok gigi lalu terus tidur.
    • Oleh itu, bagi mengatasi masalah gigi berlubang, doktor gigi menyarankan agar kita menggosok gigi sebelum tidur sebaik selepas mengambil makanan yang manis seperti snek dan sebagainya.

  • f) Cegah anak anda daripada menghisap botol susu semasa tidur
    • Mengikut kajian, kebanyakan kes gigi berlubang yang berlaku pada kanak-kanak berpunca daripada tabiat membiarkan botol susu di dalam mulut budak semasa tidur. Ini akan menyebabkan susu melekat di celah-celah gigi dan meningkatkan penghasilan asid.
    • Bagi mengatasi masalah gigi berlubang di kalangan kanak-kanak yang sudah biasa dengan tabiat ini, doktor gigi mencadangkan ibu bapa menukarkan botol susu yang telah habis dengan botol yang berisi air kosong. Ini dapat membersihkan sisa-sisa susu yang melekat di celah-celah gigi dan mencairkan asid yang mungkin terbentuk.

  • g) Pengambilan keju bersama dengan menu makanan
    • Menurut kajian yang dibuat oleh Dr Ralph Burgess dari University of Toronto Dental School dalam usahanya untuk mengatasi masalah gigi berlubang di kalangan pesakit-pesakitnya, beliau telah mendapati keju dapat merangsang penghasilan air liur di dalam mulut yang seperti sedia maklum dapat membantu untuk meneutralkan asid yang terbentuk akibat daripada tindakan bakteria mulut. Di samping itu, beliau juga mendapati bahawa kandungan keju yang kaya dengan kalsium dan fosfat juga dapat menghasilkan satu lapisan pelindung kepada gigi yang berupaya untuk mencegah proses ‘dimineralisasi’ yang disebabkan oleh asid yang terbentuk pada celah-celah gigi.

  • h) Kunyah gula-gula getah yang mengandungi xylitol selepas makan
    • Bagi mengatasi masalah gigi berlubang, doktor gigi juga menyarankan kita menguyah gula-gula getah yang mengandungi xylitol sebaik selepas makan. Salah satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Davis S. Halpen dari Academy of Dentistry di Maryland mendapati xylitol yang juga terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran mampu untuk merencat pembiakan dan pengumpulan bakteria pada celah-celah gigi yang mengandungi sisa-sisa makanan. Tambahan lagi, dengan menguyah gula-gula getah, kita juga merangsang rembesan air liur yang boleh membantu untuk meneutralkan asid yang terbentuk pada celah-celah gigi.

  • i) Membersihkan celah-celah gigi dengan menggunakan pencungkil gigi
    • Membersihkan celah-celah gigi selepas makan dengan menggunakan pencungkil gigi juga dapat mengatasi masalah gigi berlubang. Kaedah ini dapat membersihkan sisa-sisa makanan yang terdapat pada celah-celah gigi.

  • j) Mengambil ubat gastrik antacid bagi penghidap penyakit gastritis
    • Selain daripada tabiat kurang menjaga kebersihan gigi, pesakit yang menghidap penyakit gastitis juga boleh mengalami masalah gigi berlubang melalui reflux asid dari perut ke rongga mulut.
    • Bagi mengatasi masalah gigi berlubang, para doktor menyarankan pesakit gastritis kerap mengambil ubat antacid bagi membantu mengurangkan masalah reflux ini.