Monday, August 24, 2015

Resepi Kulit Karipap Rangup .............


Bahan kulit karipap ( 80 biji )
900gm Tepung Gandum
100gm Tepung Ubi
1/2 cawan minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( planta atau marjerin juga boleh gantikan minyak )
2 cawani air yang sudah dilarutkan dengan garam



Cara buat kulit karipap
Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dengan spatula sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.


Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika, sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
 

Uli sebentar,bentukkan doh menjadi bebola tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
 

Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
 


Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup
Petua bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng
Dan anda perlu tambahkan 1 senduk lelemak sayuran @ shortening ke dalam minyak masak.

Ia bagi memastikan kerangupan karipap.
Goreng pada api yuang sederhana dan perlu dibalik balikkan. Selamat Mencuba!

No comments: