Saturday, July 2, 2016

6 Kerja Rumah Ini Membantu Anda Kurus! ................

6 Kerja Rumah Ini Membantu Anda Membakar 1000 kalori!



Orang tua-tua dulu selalu cakap nak cantik atau sihat boleh sahaja bermula dari rumah. Kenyataan tersebut memang benarnya. Artikel ini berjaya mendedahkan bahawa dengan membuat kerja rumah, anda boleh membakar hampir 1000 kalori dan sekali gus memberikan anda tubuh badan yang langsing dan sihat.
Di bawah berikut disenaraikan kerja - kerja rumah yang boleh membakar kalori anda;

1. Mop lantai
Mop lantai yang dimaksudkan bukan yang berdiri. Anda harus berada dalam posisi merangkak sepanjang proses mop/ mengelap lantai selama 30 minit secara berterusan. Ia terbukti dapat membakar 200 kalori. Pembakaran kalori seperti ini setara dengan latihan menari selama 45 minit dan sama dengan membakar kalori yang berasal dari satu keping pizza. Di dalam kedudukan ini, otot anda yang bekerja lebih kuat ketika berada di atas lantai ialah abs, lengan atas dan core.

Pergerakan:
1. Letakkan kain/ berus di atas lantai
2. Tolak kain/berus ke depan sehingga tangan anda benar-benar habis ditolak
3. Bawa semula berus ke belakang sebagaimana kedudukan tangan anda di awal permulaannya.




2. Mengelap cermin tingkap.
Latihan membakar kalori ini cukup tepat bagi mereka yang sukakan bahagian atas kelihatan hebat dan mantap. Lakukan proses ini selama 30 minit ia dapat membakar 200 kalori anda. Ketika proses ini dilakukan, otot utama yang akan bekerja kuat ialah bahu, triceps dan biceps. Teknik ini bersamaan dengan menunggang basikal selama 22 minit dan membakar 1/2 kalori dari coklat.

Pergerakan:
1. Ketika membersih, anda perlu menggerakkan span/kain dalam secara melingkar.
2. Setelah siap dicuci, bilas seperti biasa dengan memastikan pergerakan tangan anda digerakkan ke atas dan ke bawah.




3. Menggali tanah
Menggali tanah merupakan aktiviti yang paling berat jika dibandingkan dengan kegiatan kerja rumah yang lain. Oleh sebab itu ia mampu membakar sebanyak 315 kalori dalam masa 30 minit dan jumlah itu setara kadarnya dengan bermain bola sepak. Dalam tugasan ini, tubuh bahagian atas, bawah punggung dan peha bekerja paling kuat.
Pergerakan:
1. Benamkan penyodok di dalam tanah mengikut kedalaman yang anda mahu
2. Tolak ke dalam dan ambil seberapa tanah yang boleh kemudian tanah tersebut diletakkan di tepi.
3. Lakukan sehingga anda berjaya membuat lubang mengikut kedalaman yang diingini.




4. Memotong rumput menggunakan mesin
Meskipun menggunakan mesin rumput, anda jangan terkejut sebab sebenarnya masih ada kalori yang dapat disingkirkan iaitu sebanyak 185 kalori. Ia bersamaan dengan bermain badminton selama 25 minit! Tugasan ini baik sekali untuk sistem kardiovaskular.

Pergerakan:
Pastikan anda dalam posisi menegak. Mesin rumput dibawa secara ke depan dan ke belakang.




5. Memasang karpet baru
Tidak dinafikan membentangkan karpet nampak seperti kerja mudah, tetapi tidak kerana bergantung kepada saiz karpet itu juga. Dan kerana itu, sebenarnya anda boleh membakar sebanyak 180 kalori. Pergerakan yang harus dilakukan ialah ketika anda ingin menanggalkan karpet sedia ada,  duduk dengan posisi di atas lutut dan tarik karpet ke belakang dengan cara merangkak. Bila dilakukan selama 30 minit ia ibarat anda telah menyingkirkan kalori yang terkandung di dalam sebotol minuman coca cola dan bersamaan dengan bermain golf selama 35 minit.




6. Mengecat dinding
Mengecat dinding selama 30 minit bersamaan dengan aktiviti berjalan cepat selama 35 minit dan ia dapat membakar 210 kalori.  

 

No comments: