Saturday, July 2, 2016

Segarkan Kediaman Dengan Pewangi Aromaterapi ................

3 Tip Segarkan Kediaman Dengan Pewangi AromaterapiL


Sempena Hari Raya ini,  letakkan pewangi aromaterapi  di mana-mana sudut agar suasana di dalam kediaman menjadi lebih tenang dan segar. Berikut lokasi paling ideal untuk anda meletakkan aromaterapi;

1) Ruang Tamu
Ruang tamu merupakan tempat tetamu datang beraya. Oleh itu ruang ini seharusnya memberikan aura yang mesra, agar orang yang berkunjung ke rumah anda berasa nyaman dan disambut dengan baik. Bagi menciptakan mood  sebegini, pilih aromaterapi yang mengandungi cedarwood, citrus atau rosemary.


 
2) Ruang Keluarga
Selain ruang keluarga, suadara mara terdekat yang bertandang ke rumah anda pasti akan turut sama ke ruang keluarga, bermesra dan bergembira. Saat inilah banyak cerita-cerita ingin dikongsi bersama. Bagi membangkitkan lagi suasana yang ceria, gunakan aromaterapi daripada buah anggur, Geranium dan Rosemary.



 
3) Ruang Dapur & Makan
Satu lagi tempat yang menjadi kemestian tetamu datang ke rumah anda untuk beraya, sudah tentulah ruang makan atau dapur. Biasanya ruang ini akan mempunyai pelbagai bau dari aroma masakan, asap dari dapur dan sebagainya. Jadi, ruang ini perlu diletakkan aromaterapi agar bau-bau yang kurang enak hilang. Untuk ruang ini, pilih aromaterapi yang berfungsi meresap dan menghilangkan bau seperti Spearmint dan Maychang.

Pilihan IMPIANA


THANN Oriental Essence
THANN menyediakan koleksi aroma terapi terbaru iaitu Oriental Essence yang mengandungi pati minyak Limau Purut dan Serai yang sangat sesuai untuk menjana haruman sempurna dalam kediaman. Terdiri daripada rangkaian THANN Oriental Essence Pure Essential Oil 10ml yang dapat memberikan suasana tenang damai, THANN Oriental Essence Aroma Diffuser 250ml pula didatangkan dalam bekas elegan memberikan sentuhan aroma mewah yang mampu meningkatkan kesejahteraan emosi, untuk suasana hening di malam hari, THANN Oriental Essence Aromatherapy Candle 190g sangat sesuai kerana tidak mengeluarkan sebarang asap dan diperbuat tanpa sebarang pewangi tiruan.


Koleksi THANN Oriental Essence ini diilhamkan oleh alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan, dihasilkan khusus untuk memenuhi gaya hidup di bandar
.


 Untuk maklumat lanjut, layari www.thann.com.my atau www.facebook.com/ThannMalaysia .

No comments: