Saturday, July 2, 2016

Bagaimana Karat & Kotoran Degil Pada Kuali Lama Boleh Hilang? ...............




 Bagaimana Karat & Kotoran Degil Pada Kuali Lama Boleh Hilang?
Bahan-bahan:
Kentang
garam kasar
minyak (minyak sayur/ minyak zaitun

Cara-caranya:
1) Mulakan dengan membilas kuali/periuk anda dengan menggunakan air. Kemudian keringkan dengan menggunakan tisu.



2) Taburkan serbuk garam kasar ke dalam periuk/ kuali. (Penggunaan jumlah garam bergantung kepada kekotoran dan karat kuali/periuk itu)




3) Ambil kentang dan potong dua. Gunakan bahagian tengah kentang dan bersama garam yang ada skrub kan kuali/ periuk tersebut.




4) Skrub sebaik mungkin pada bahagian yang kotor dan karat sama ada di luar mahupun dalam periuk/kuali. Jika garam anda semakin kelihatan kotor, bilas dengan air dan keringkan dengan kertas tisu. Ulangi langkah menaburkan garam ke dalam periuk/kuali itu.

5) Setelah periuk/kuali bersih sepenuhnya. Basuh sekali lagi dan keringkan dengan kain lap. Letakkan ia di atas hob dapur dan nyalakan api kecil. Biarkan kuali/periuk selama 2 minit untuk menyejat air basuhan tersisa.




6) Matikan api.  Setelah itu, tuangkan sedikit minyak di dalam periuk/kuali. Gosok dengan menggunakan kertas tisu ke seluruh bahagian objek tersebut.



7) Ulangi proses menggosok minyak rata-rata ke bahagian badan dan dalam periuk/kuali. Setelah itu lap lebihan minyak yang ada dengan kertas tisu.

8) Tempatkan kuali/periuk di atas hob dapur selama 30 minit untuk membenarkan minyak benar-benar 'terendam'. selepas setengah jam, lap lebihan minyak yang ada. Siap!

No comments: