Semua orang mempunyai nafsu makan. Nafsu makan ini yg menjadikan salah satu kenikmatan hidup jika tuntutan nafsu makan dapat ditunaikan. Namun jika nafsu terlalu diikutkan bakal memberikan kemudaratan pada kesihatan diri seperti obesity. Terdapat beberapa cara yg boleh membantu dalam pengawalan nafsu makan:
1. Utamakan minum air
Minum air sebelum makan makanan berat. Minum air selalu (not less than 2 Litre) akan membuatkan anda sentiasa kenyang, membantu untuk mengurangkan pengambilan makanan dan minuman manis. Minum air sentiasa akan memudahkan penghadaman, memudahkan pembuangan air kecil dan besar.
2. Makan buah sebelum makan makanan berat
Adalah lebih baik jika didahulukan dengan memakan buah sebelum mengambil sebarang carbohydrate, kerana ia akan memudahkan proses penghadaman berlaku, malah membantu utk mengurangkan pengambilan calorie dlm makanan berat.
3. Kurangkan makanan dan minuman manis
Makanan dan minuman manis akan menaikkan kadar insulin, yg akan mengakibatkan anda cenderung untuk makan lebih. Makanan dan minuman manis selalunya mempunyai calorie yg tinggi, dan menjadikan anda lebih bernafsu untuk makan lebih.
4. Mengunyah berulang kali
Anda perlukan masa 20 minit untuk merasa kenyang. Untuk mencapai 20 minit, kurangkan pengambilan makanan dan mengunyahnya sehingga berulang-ulang kali. Setelah 20 minit, akan mencapai mesej pd perut telah merasa kenyang. Kunyah berulang kali juga elok untuk penghadaman yang bagus. Sebaik-baik mengunyah adalah sebanyak 40 kali.
5. Tekanan menjurus memakan berlebihan
Untuk mengawal nafsu makan, elakkan diri daripada merasa tekanan. Hal ini kerana tekanan diri boleh mengeluarkan hormone Cortisol yg mempengaruhi kenaikan insulin dan selera makan. Anda boleh melepaskan tekanan dengan melakukan senaman aktif yang menghiburkan.
6. Makan makanan bersumberkan protein
Memakan protein lebih mengenyangkan. Ia boleh membantu dalam pengawalan nafsu makan kerana protein juga terdiri daripada makanan yg enak. Tapi sebaiknya adalah sumber protein yg original supaya dapat mengelakkan daripada pengambilan calorie berlebihan dan lemak tepu. Contohnya, ayam.
No comments:
Post a Comment