Saturday, January 25, 2014

Cheesekut.

 

1 paket biskut Deluxe Cream Cracker (Original)
1/2 tin susu pekat manis
250grm cream cheese
susu Dutch Lady Full Cream/Fresh Milk



mula-mula pukul cream cheese guna mixer sampai kembang. kalau mixer tak
ada boleh guna blender.pukul sampai kembang.

masukkan 1/2 tin susu pekat atau terpulang kepada kemanisan yang
dikehendaki.

Akhir sekali, masukkan dalam 2-3 sudu susu full cream tadi. anggaran je.
bergantung pada tahap kepekatan bancuhan tadi.

Langkah seterusnya, ambil sekeping biskut cream cracker tadi. celupkan sikit dalam susu full cream.

Lepas celup, susun cantik-cantik dalam bekas.

Selepas itu tuangkan bancuhan cream cheese atas susunan biskut tadi.
ratakan.terpulang nak letak lapisan cheese tebal atau nipis.

lapis balik biskut-biskut yang dicelup susu full cream kat atasnya pulak.
setiap biskut mesti dicelup dengan susu full cream dulu sebelum disusun dalam bekas.

Bila dah siap, tutup kan bekas tadi dan simpan dalam fridge semalaman.
nak bagi dia mengeras, senang sikit nak potong.


////////////////////////////////////



250 gram Cream cheese (aku guna brand Tartura)
1 pack biskut Duluxe Cracker (Brand Hup Seng)
1/2 tin susu pekat manis ( kalo x suka manis boleh kurang kan)
Susu Low fat / full cream
Sedikit milo (sebagai hiasan)
Cara membuatnya :

1) Pukul cream cheese bersama susu pekat manis.
- Kalau nak senang guna blender jer mcm aku.. susu tu ikut resepi asal guna 1/2 tin, tapi pada aku still manis lagi.. next time kena kurangkan lagi susu tu.. sebab aku ni x suka manis2..
2) Bila dah kembang / sebati masuk kan 4 sudu susu full cream.
- tujuan masukkan full cream ni adalah utk mencair kan sedikit campuran cream cheese tu tadi.. tapi jangan terlalu cair dan terlalu pekat ye..

3) Sediakan bekas utk cheesekut ni.. letak baking paper utk memudahkan kita keluar kan cake ni dari bekas.
4) Masukkan sedikit susu full cream / low fat ke dalam bekas lain..
- sedikit saje untuk celup biskut.
5) Celupkan biskut satu persatu ke dalam susu tadi dan susun ke dalam bekas.
- celup saje ye, jangan rendam.. kalau rendam nanti biskut tu lembik..

6) Selepas siap susun biskut, letak campuran cheese cream tadi di atas biskut..
- sapu rata.. nipis2 ajer ye, x perlu tebal2..

7) Then, tabur kan milo di atas cream cheese.
- yg ni optional ye, tak nak letak pun xpe.. resepi asal2 nye x letak pun..
8) Ulang langkah 5 - 7 sehingga cream cheese abis..
- aku dapat buat 4 kali.. kalau nak tebal guna bekas yg kecik so dpt buat banyak lapisan..
9) Dah siap masuk kan dalam peti sejuk..
- bagi cheesekut ni sejuk dan keras sikit.. lepas tu baru boleh potong..