Saturday, January 25, 2014

STRAWBERRY SPONGE CHEESE CAKE

 


Bahan :
* kek sponge:
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
sedikit pewarna merah
1 sk perisa strawberi
filing stawberry *klu nk letak kt lapisan kek nti.
 


* krim :
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
2 - 3 sudu besar mentega
1/2 cawan whiping cream

~Satukan cream cheese dgn mentega dan putar hingga gebu (tidak berketul)
Masukkan whipping cream *non dairy yg dh manis xyah tambah2 gula
dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.boleh la letak m
dlm peti ais dahulu sebelu nk mdeco kek.


 Cara:
Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
:Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan.
:Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
:Perlahankan kelajuan dan masukkan air.masukkan perisa stawberry
:Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
:Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.boleh la masukkan pewarna merah cikt.
:Tuangkan adunan ke dalam loyang yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.* klu nk bt 3lapis kek bakar la asing2 3 loyang.
:Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
:Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.

Cara assemble/hias kek:
Sapukan krim cheese diatas kek.
Kemudian letak lagi lapisan seterusnya dan sapu lg lapisan cheese cream sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek..
Boleh la dihias mengikut citasara masing2
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangka

No comments: