Meramaikan tetamu adalah digalakkan tetapi, jikalau tersalah jemput jemputan tertentu. Boleh jadi haru tau! Jadi ini adalah lima senarai siapa yang perlu anda elakkan untuk jemput menghadiri hari bahagia anda.
1) Ex Anda
Tak kisah lah ex boyfriend ke ex girlfriend ke ex tunang ke, cuba untuk elakan tau! Bukan apa, bimbang kalau ada yang masih menaruh hati pada anda atau pasangan? Paling rungsing kalau mereka membawa niat jahat. Sebaiknya, cuba elakkan.
2) Mereka (kawan) yang pernah date dengan pasangan anda
Meskipun nampak sama dengan perkataan 'ex' cuma ini lebih tekankan pada kawan. Kawan anda yang pernah suatu ketika dahulu date atau ada hati/crush pada pasangan anda. Kawan tu kawan juga, tapi ingat. Kisah lama jangan diulang kembali tau! Mungkin anda boleh mohon maaf nanti kerana 'terlupa' menjemput apabila ditanya kelak.
3) Tempat Majlis
Harus anda peka dengan jemputan para tetamu dengan tempat yang menjadi pilihan hari persandingan anda. Sebagai contoh jika anda adakan di tempat-tempat mewah haruslah diingat kepada para tetamu untuk tidak membawa anak kecik atau kanak-kanak bersama. Khuatir akan menganggu perjalanan majlis
4) Kenalan Social Media
Semua di kalangan kita mempunyai account social media tersendiri, memang tidak dapat dinafikan melalui itu kenalan pun bertambah jadi beribu-ribu. Jika majlis anda diadakan tertutup, haruslah diingatkan untuk anda tidak menjemput kenalan anda yang ramai di social media. Apakata anda senaikan siapa yang anda ingin jemput sahaja daripada anda menjemput semua! Betul kan? Tapi jika majlis itu memang terbuka untuk semua, boleh sahaja.
5) Orang Asing (strangers)
Ini paling penting. Memang meramaikan tetamu di hari bahagia anda digalakkan. Cuma, cuba anda bayangkan yang hadir rata-rata mereka yang anda tidak kenal. Jangan kata nama, bahkan muka pun tak pernah tengok. Niat untuk menjamu tetamu adalah mulia, tapi jika mereka hadir dengan niat yang buruk?
Semoga dijauhkan. Amin
No comments:
Post a Comment