Thursday, January 29, 2015

Tips Perkahwinan (4) .........Proses Perkahwinan (Peminangan dan Pertunangan)

Pelajari tips-tips mengenai peminangan dan pertunangan yang selalu diadakan di Malaysia.


Kali ini  ingin kongsikan bersama pembaca tersayang mengenai proses-proses perkahwinan. Kali ini,  lebih memberi fokus utama kepada dua proses iaitu peminangan dan juga pertunangan.




1) PEMINANGAN


Untuk saling mengenali pasangan . Tidak boleh meminang tunangan orang atau yang dalam iddah rajii' (yang masih boleh dirujuk bekas suami) .

Sabda Rasullullah s. a.w : "Rasullullah s.a.w melarang seorang lelaki meminang di atas peminangan saudaranya yang lain , sehinggalah peminangan yang pertama membatalkan pinangannya atau mengizinkannya (untuk meinang sama)."Riwayat Ahmad.
Syarah sah peminangan 

- wanita itu tidak berada dalam keadaan terlarang untuk dinikahi secara syariat serta mampu dan layak melakukan akad. Bukan muhram sementara , bukan muhram selama-lamanya , bukan dalam idah tala' rajii
- wanita itu belum terima lamaran orang lain (kalau berkahwin juga , terjadi juga , ia seakan memotong peluang orang lain ) . Mempu menimbulkan permusuhan .

2) PERTUNANGAN


Tempoh untuk saling mengenali dan menimba ilmu tentang perkahwinan , tidak dibenarkan bergaul mesra .
Adab Pergaulan Ketika Bertunang
- Benarkan lelaki lihat wnaita kerana:
- Mengenalinya dengan lebih jelas
- Mengetahui tahap pergaulan agamanya
- Tahap pemikiran dan emosinya
- Hal2 peribadi namun ada had

Batas: tidak boleh bersentuhan , pertemuan yang sopan, pertemuan itu ditemani muhram, tidak kerap

persiapan pertunangan

NAFKAH
Terpulang pada kemampuan suami dan dipersetujui bersama. Terutama makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu dipenuhi .

NUSYUZ
Elak jadi isteri derhaka.
- Tidak boleh keluar tanpa izin suami
-Isteri yang tolak ajakan suami ke tempat tidur
-Isteri yang ingkar arahan suami yang tidak bercanggah agama
-Isteri yang kasar, kurang ajar dan melayan suami dengan tidak baik


EMPAT PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN

ILMU
AMALAN
EKONOMI
KESIHATAN

HIKMAH PERKAHWINAN


-Menyahut seruan fitrah
-Sunah para nabi dan rasul
-Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram kerana ada keselamatan dan ketenangan
-Memelihara iman (penghalang maksiat)
-Mengikis rasa bimbang akan rezeki
-Mengembangkan keturunan
-Mewujudkan displin - ada peraturan dan fitrahnya, terutama jika ada nak-anak. Sarung cincin jadi haram apabila ada kepercayaan lain mengikut Sunah yang sering dilakukan setelah aqad nikah
- meletakkan tangan kepala isteri lalu berdoa - ALLAH , aku memohon kebaikkannya dan segala kebaikan segala yang engkau ciptakan pada dirinya
-melakukan solat sunat dua rakaat berjemaah , suami isteri
- khutbah akad
-para hadirin membaca doa untuk pengantin
-bernikah pada hari jumaat
-mengumunkan berita mengenai majlis perkahwinan
- mengadakan kenduri perkahwinan (walimah)

Daripada Aisyah r.ha telah bersabda Rasullullah s.a.w m madhumnya , 'Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta ," (Riwayat Imam al-Bazzar

No comments: