Tuesday, May 31, 2016

PUNCA SAKIT BUAH PINGGANG ........





Buah Pinggang adalah satu organ yg penting dlm badan kita ..tugasnya ia lah ..
1.   menapis darah
2.   menghasilkan air kencing
3....menghasilkan hormon
4.   menyahkan toksid


Punca sakit buah pinggang adalah tabiat pemakanan yang tidak terkawal ....

Antara puncanya ia-lah :

1. .  Kurang minum air ..
2.    Diet tinggi garam
3.   Tangguh buang air kencing
4.   Pengambilan gula berlebihan
5.   Kekurangan vitamin dan mineral penting ..
      (vit B6 dan magnesium adalah penting utk mengurangkan risiko batu karang)
6..  Mengambil sumber protein dari binatang ....ia itu daging merah.
7.   Tidak cukup tidur
8.   Suka minuman berkafein ...
9.  Ambil pain killer (ubt tahan sakit) terlalu kerap.
      (boleh mengakibatkan rosak hati dan buah pinggang yg terok)
10. Minum alkohol. 



Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:
-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.


Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:
-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.



No comments: