l
Bahan-bahan yang diperlukan;
Cuka putih
Baking soda
Cotton buds
Air panas
Kain lap
Plastik sampah
Langkah-langkahnya ialah;
1) Taburkan serbuk baking soda di bahagian celah tingkap
2) Tuangkan juga separuh cawan cuka ke ruang yang sama
3) Kita akan mendapati apabila dua bahan ini bercampur, ia akan
menghasilkan buih-buih dan melonggarkan zarah-zarah kotoran di atas
permukaan tersebut.
4) Setelah anda mendapati buih-buih itu mula berkurangan, ambil cotton buds dan sental pada bahagian kotoran tersebut. Anda mungkin memerlukan jumlah cotton buds yang banyak untuk melakukan proses ini. Cotton buds
digunakan kerana saiznya yang kecil dan memudahkan anda untuk menyental
celah-celah tingkap yang sukar dicapai dengan menggunakan berus dan
kain.
5) Setelah anda habis menyental kotoran degil itu, tuangkan air panas di celah tingkap
.
6) Ambil kain tisu atau kain lap dan keringkan bahagian tersebut.
7) Jika bahagian celah tingkap anda masih kotor, ulangi langkah tersebut sehingga berpuas hati. Dah siap!!!
No comments:
Post a Comment