Monday, August 1, 2016

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR ............


Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit rohani dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai penawar ini sangat masyhur semasa zaman kegemilangan Islam. Tetapi setelah sekian lama, ramai dikalangan umat Islam kurang yakin akan hikmah dan mukjizat Al-Quran sebagai penawar kepada segala penyakit.

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR

Di dalam surah Al-Israa’ ayat 82, Allah (s.w.t) berfirman:
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”

Dan di dalam surah Fussilat ayat 44, Allah (s.w.t) berfirman:
“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”.

Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah (s.w.t), penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR

Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawarnya di dalam Al-Quran. Sebagai contohnya.
  • Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)
  •  
  • Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.
  •  
  • Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.
  •  
  • Ayat-ayat dalam surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotik.
  •  
  • Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47, ayat 66 hingga 74 dan ayat 81 hingga 89 untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang) dan juga untuk peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
  •  
  • Ayat-ayat dari surah Al-Anbiyaa', surah Al-Qasas, surah Huud dan surah Kahfi khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
  •  
  • Ayat-ayat dari surah Yusuf dan surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.
  •  
  • Ayat-ayat dalam surah Maryam, Anbiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.
  •  
  • Ayat-ayat dari surah Mukminun, Yunus, Hud, Anbiyaa, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk pelbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.
  •  
  • Ayat-ayat dari surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Ayat al-quran sebagai pengganti ubat

Setiap ayat Al-Quran yang boleh diamalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

Kehebatan dan mukjizat al-quran

Memang benar, perubatan sebegini kadang-kala tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden adalah berasaskan kepada logik dan “reasoning”. Oleh itu,perubatan moden lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti antibiotik dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau oxycodone dapat mengurangkan kesakitan seseorang).

Sebagai contoh dalam Perubatan Al-Hidayah ini:

  • Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi apabila kita membaca terjemahan ayat-ayat tersebut, ia langsung tidak berkaitan dengan ubat tahan sakit, ini merupakan adalah kehebatan Al Quran.
  • Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 adalah untuk penyakit yang ada kaitan dengan masalah urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat-ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.
  • Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.
  • Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 pula merupakan ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.
  • Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 adalah untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kesuburan, kewangan dan harta kekayaan

Penyakit kritikal (Kanser)

Ramai yang mengidap penyakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah (S.W.T) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada pesakit yang telah disahkan mempunyai sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

Penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Pesakit kanser digalakkan untuk berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy disamping membaca ayat-ayat Al-Quran yang diberikan.  Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan ini.

Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Melalui rancangan-rancangan televisyen seperti “Penawar Syifa” di saluran Astro Oasis dan “Segmen Syifa” di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, ramai yang telah menceritakan pengalaman mereka dalam menangani penyakit kanser setelah menerima rawatan dan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran.

Penyakit rohani (spritual illness)

Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati penyakit-penyakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau).

Sebagai contoh:

  • Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.
  • Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Toha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.
  • Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Toha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

Penyakit gangguan makhluk halus

Penyakit-penyakit gangguan selalunya disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila jin masuk ke dalam badan manusia, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka akan terganggu, dan kadang-kala “anxiety level” mereka sangat tinggi. Selalunya mereka merasa sakit di bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Apabila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”.

Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus,jin tersebut perlu terlebih dahulu dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah s.w.t). Keupayaan mengeluarkan atau memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu keupayaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan atau dimusnahkan, rawatan disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Asy Syu'araa, Surah Arrad, Surah Toha, Surah Fussilat, dll.


Kasih Sayang Ibubapa Soleh dan Kaedah Pendidikan Anak

Setiap malam apabila menidurkan anak hendaklah
1-di wiridkan diubun ubun anak sebanyak yang mungkin Ya Latiff    100x
2-Surah Al Fatihah (Umul Kitab)   1x
3-Alam Nasyrah  1x
4-Pesanan/ Doa yang bagus bagus kepada anak ______binti Kita(IbuKandung)
5-Sapukan Air Lebihan Wudhu ke ubun ubun anak    

Kecantikan Wanita / Isteri      

Apa itu "ABQARO?"
Maknanya ialah Perawan atau senantiasa cantiiiiiiik.
Maksud Cantik dalam Islam ialah apa yang ditonjolkan dari dalaman ke luaran.
Maksudnya dari segi akhlaknya, kesihatannya dan paras rupanya.
Caranya
1-Lepas Solat Isyak ambil air segelas
2-Baca Surah AlFatihah 1x
3-Baca Ayatul Kursi 1x
4-Baca Surah Al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7x
5-Tiup pada Air. Niat untuk Kecantikan Diri dan Kebahagiaan Rumahtangga
        

No comments: