Friday, August 19, 2016
JUS NENAS ...........
Demam selesema dan batuk berkahak ni, elok sangatlah anda cuba keajaiban nanas kisar. Minuman ini mampu rawat batuk anak kecil lingkungan umur 1 tahun ke atas. Lagi bagus, minuman ini juga boleh hilangkan kahak dan batuk tanpa minum ubat batuk.
Apa yang anda perlukan ialah:
Kisar 1/2 biji nenas
1/2 in halia
Sedikit madu (jika suka)
1. Gunakan nanas yang manis, jangan nanas muda.
2. Jika mahu lagi sedap anda boleh tambahkan dengan 2 sudu makan madu lebah. Kisar ketiga-tiga bahan dengan 1 cawan air masak.
3. Setelah kisar, tapis hampas buah untuk ambil jus nanas. Kemudian masukkan dalam botol dan simpan dalam peti untuk dinikmati.
Saranan minum:
Minum pagi dan malam sebelum tidur untuk hilangkan batuk.
Untuk permulaan anda disarankan guna 1/4 biji nanas dan sedikit halia (anggaran setengah inci dibahagi 2).
Rahsia ini bukan kanak-kanak je, orang tua pun boleh amalkan untuk sembuh dari batuk. Selamat mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment