Thursday, December 2, 2010

~ Roti Chocolate ~


Bahan-bahan

* 200 gram tepung roti
* 50 gram tepung gandum
* 1 sudu besar butter atau marjerin
* 140 ml susu segar
* 1 sudu kecil yis
* 2 sudu besar gula
* 1/2 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil bread improver
* 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara

1. masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari.
2. perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
4. susun selang seli 3 doh tadi dalam bekas .

Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.

No comments: