Tuesday, January 22, 2013
Singgang Daging .......
Bahan-bahanya :
300 gram daging boneless
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah@ 1/4biji bawang besar
2 sudu besar ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup atau kunyit serbuk
1 sudu kecil lada hitam
1 keping asam gelugor
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 tangkai lada kering ( kalau nak ganti dengan beberapa cilipadi pun boleh)
secubit garam
2 sudu kecil jintanmanis
Cara-caranya :
1. Hiris nipis daging, basuh dan toskan, kemudian tumbuk lumat, ketumbar, lengkuas, halia, kunyit hidup, bawang merah,lada hitam, lada kering dan jintanmanis.
2. Di dalam periuk masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi bersama daging, kulit kayu manis, buah pelaga curahkan air sehingga paras daging tenggelam, rebus daging hingga empuk. Kemudian masukkan asam gelugor dan sesuaikan rasa, masukkan garam.
3. Renehkan daging singgang selama 20 minit dan sehingga terbit minyak, sedap dimakan bersama nasi putih panas dan sedikit budu yang dicampur dengan cili padi dan sedikit jus limau kasturi.
Labels:
meat (daging)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment