Tuesday, November 11, 2014

Blueberry Cheesecake..

 

(1)
Dasar kek:
200gm biskut oreo - di buang krimnya - kisar atau tumbuk
50gm mentega cair

Bahan kek:

500gm krim keju
  1/2 cwn gula kastor
1/2sb esen vanilla
2 biji telur 
150ml whipping krim 
1sb lemon juice
blueberry filling secukupnya


Cara-cara

Dasar Kek : 

Masukkan oreo kisar ke dalam acuan springform.
Cairkan mentega (saya panaskan dalam kuali) dan tuang ke dalam acuan. Gaul oreo yang telah dikisar dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
cairkan mentega

tuang, gaul dan padat2kan

bakar
Bahan kek:
Putar keju krim dan gula hingga sebati.
Kali ni guna jenama Anchor

sedia untuk putar
Masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.




adunan kek


Masukkan adunan dalam springform yang dah ada dasar tadi.  Masukkan pula bluberry, saya masukkan satu-satu macam saya buat versi dot dot dot. Sebabnya, saya takut kek bertukar jadi biru hehehe. 




Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam. 
......................................................................
 (2)


Bahan-bahan

2 cawan biskut digestive/marie yang dikisar (saya pakai biskut marie-lebih kurang 38 keping biskut)
2 sudu makan butter

600gm soft cheese (saya guna cream cheese)
3 biji telur
1 cawan gula
2 sudu makan tepung gandum
1 1/2 sk esen vanilla
1/4 sk almond extract
1 1/2 cawan blueberry


Cara-cara

Kisar Biskut. Cairkan mentega (gunalah microwave atau panas atas api). Campur mentega dan biskut. Kepal-kepalkan. Kalau biskut berderai, tambah butter lagi.


Guna 2/3 bungkus je




Alas loyang dengan baking paper/baking parchment. Tekan-tekan biskut dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk.




Putar krim cheese hingga berkrim.



Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan tepung, putar lagi.




Masukkan telur sebiji demi sebiji putar lagi hingga sebati.



Masukkan vanilla dan almond extract. Putar sebentar.



Tuang adunan dalam loyang (yang dah ada biskut tadi).



Ambil blueberry dan tabur di serata kek. Guna jari je dan kalau guna blueberry daripada filling, ambil buahnya sahaja.




Panaskan oven 150-160 darjah. Bakar guna teknik water bath (klik sini untuk teknik yang betul) selama 55 minit.

No comments: