Monday, June 15, 2015

Kaedah Rawatan Dengan Doa. .........

Untuk melakukan rawatan dengan doa-doa yang terdapat di blog ini, anda perlu mematuhi peraturan berikut.

1. Sebaik-baiknya buat rawatan/berdoa selepas anda selesai solat fardu. Ini kerana ketika itu anda dalam keadaan bersih (fizikal & rohani) dan berwuduk.




2. Mulakan dengan Bismillah. Sebaik-baiknya anda menghadap kiblat dan anda berada berhampiran pesakit.

3. Beristighfar dalam bilangan yang ganjil.Istighfar untuk memohan keampunan Allah.

4. Menyebut syahadah untuk meningkatkan keyakinan dan keimanan kita.

5. Berselawat dalam bilangan ganjil. Sekali kita berselawat, sepuluh kali Allah membalasnya.

6. Membaca Surah Al-Fatihah. Surah ini merupakan kunci segala ilmu.

7. Membaca Ayatul Qursi.

8. Membaca Selawat Syifa'dalam bilangan ganjil. Ada yang menyarankan sebanyak 7 kali.

9. Membaca doa yang anda perolehi dari blog ini dalam bilangan ganjil. Sebaik-baiknya doa ini anda amalkan dulu. Baca setiap kali selepas solat supaya ia sebati dengan diri anda.

Lakukan dengan penuh yakin. Ingatlah penyakit itu datangnya atas kehendak Allah dan sembuhnya juga atas kehendaklah.

Tanamkan dalam diri anda bahawa setiap penyakit itu adalah ujian Allah. Bermohonlah kepada Allah supaya dipadamkan ujian itu.

Jika anda ada kelapangan , saya sarankan supaya anda melalkukan solat sunat hajat. Memohon kepada Allah supaya disembuhkan penyakit tersebut.

No comments: