Friday, September 13, 2013

Buah Melaka (onde-Onde)

 
 
Bahan-bahan;-

2 cawan tepung pulut
Gula melaka diracik/disagat
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
3-4 helai daun pandan + 1 cwn air (diblend sekejap saja)@ gunakan pes pandan
Kelapa parut secukupnya (ambil putihnyer sahaja)

Cara:
1. Campurkan tepung pulut,garam dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air jus pandan supaya adunan tidak terlalu lembik dan melekit.
3. Jika adunan melekit, tambahkan tepung pulut sedikit demi sedikit dan gaul lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan.
4. Buat kepalan sebesar atau sekecil saiz yang disukai dan bulatkan. Kemudian lubangkan di tengah-tengah dan masukkan inti gula melaka tutup kembali menjadi seperti bebola.
5. Didihkan air yang banyak dalam periuk.
6. Setelah air benar-benar mendidih, masukkan adunan bebola tadi ke dalam periuk dan tunggu sehingga timbul.
7. Angkat dan bolehlah di golekkan atas kelapa parut yg telah telah digaul dgn sedikit garam dn di kukus sebentar.

No comments: