Thursday, November 28, 2013

Kek Kukus Buah Berkeju

 
 
Bahan-Bahan:-
  • 240 g tepung gandum* (angaran 2 cawan)
  • 1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
  • 250 g gula halus
  • 250 g mentega
  • 230 g cream cheese
  • 4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1 1/2 camca teh esen vanilla
  • 140 g tepung gandum* (yang berasingan dari tepung di atas ya..)
  • 300 g buah2an campuran (mix fruit)*
  • 50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata)
Cara-Cara:-
  1.  Lenser tin  dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan
  2. Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata.
  3. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih.
  4. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
  5. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
  6. Akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.
  7. Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan.
  8. Kukus- 55 minit. (*Periksa dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak).
  9. Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...

    ///////////////////////////////////////////////////////////////////////////


    KEK BUAH


    1 cawan butter
    1 cawan gula halus
    2 biji telor
    1 sudu teh baking powder
    21/2 cawan tepung gandum / tepung kek
    1 sudu teh esen vanila
    Sedikit pewarna kuning
    1 cawan buah2an campur

     
    Cara2 membuatnya :

    Pukul butter dan gula hingga kembang...masukkan baking powder, telur, esen vanilla dan pewarna kuning...pukul lagi sehingga gebu dan kembang.
    Masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan buah2an campuran tadi...gaul biar sebati.
    Sediakan loyang yang telah di sapu dengan sedikit butter ....
    Selepas itu, masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.

No comments: